Ulser dah rupa internet bulanan. | NaSa

Ulser dah rupa internet bulanan.

in , , by NaSa, August 04, 2021
Assalamualaikum
Pernahkah anda ditimpa bala penyakit yang ini? 😌
Kenapa aku cakap ulser ni macam internet bulanan?

Sebab hidup sebagai seorang aku ni, memang hampir setiap bulan akan dapat ulser. Gusi, lidah, lelangit, anak tekak, boleh kata semua tempat dalam mulut ni dia pernah menyinggah. Naik pula bukan sebiji dan bersaiz kecil. Dah banyak kali dah dapat 2-3 biji sekaligus di tempat berbeza, membesar pula dekat saiz 1cm, ambil masa lama nak sembuh, dan sakit pula masuk tahap mencarut haha

Asalnya, sejak dulu aku memang cenderung dapat ulser. Masa belajar di KPM, pernah juga jumpa rakan seperjuangan yakni roommate aku Azeera yang sama juga nasib selalu dapat ulser haha. Bergilir-gilir kami dalam bilik tu mengaduh sakit sebab ulser. Kejap dia kena. Pastu aku pula. Kadang-kadang kena serentak. Sama-sama la kami hidup tahan air mata.

Biasa orang kata ulser ni terjadi sebab tak minum air kan. Bukan aku ya. Aku dari zaman sekolah lagi memang dah hantu air. Sehari minum 2-3 liter tu adalah benda biasa bagi aku. Takde masalah tak cukup air di sini. Kecuali kalau sebab perubahan cuaca tu ada kemungkinan la. Sebab setiap kali musim beralih daripada panas kepada hujan ataupun hujan kepada panas, ada la babak-babak gusi aku pecah dan membentuk ulser sendiri tu. Selain tu, tergigit gusi sendiri pun ye juga. Alkisahnya, taring belah kiri aku ni terlebih pula tajamnya. Ada waktu dia rasa nak tergelincir dan tergigit gusi bawah, mampus la jadi ulser besar lebih 1 cm kat situ. Menangis aku tau.

Tapi kebelakangan ni, pembentukan ulser aku dah jauh lebih teruk. Ianya lebih ketara sejak PKP bermula dan aku balik rumah belajar secara atas talian. Hampir setiap bulan aku akan dapat ulser atau "mata ikan" atau kalau bahasa mak aku, "pecah mulut" ni. Hampir setiap bulan ada je kisah aku dan ulser yang aku duk meroyan di Twitter setiap kali naik. Fedup dah agaknya follower aku baca tweet aku pasal ulser je 😂

Pada mulanya kan, punca ulser makin kerap naik ni aku kaitkan dengan perubahan gaya dan suasana hidup. Sebab masa tinggal di kampus UUM, aku jarang dapat ulser. Sebab kan setiap hari sibuk terkejar-kejar pergi kelas, study untuk test dan kuiz, buat assignment, join program, etc. Pendek kata, banyak bergerak. Maka, banyak la aku guna tenaga. Hasilnya, mesti la lapar. Untuk kembalikan tenaga dan atasi lapar, kena la makan kan.

Bab tu tak jadi masalah sebab UUM ni banyak kafe dan gerai makanan di kampus dan asrama. Pastu hampir setiap minggu ada festival yang jemput peniaga makanan dari luar dan ada juga orang buat servis delivery makanan Memang banyak la pilihan juadah. Cakap je nak makan apa, boleh beli je. Rasa nak makan kuih ke, fast food ke, dessert ke, order je. Akan ada orang yang hantar rapat ke depan bangunan asrama. Harga pun berpatutan.
Nasi dan spicy Korean butter chicken di DKG 6 😋 
Stimboat dan aneka sosej di pasar malam Changlun (festival di UUM pun ada jual juga) 😋
Kegemaran nombor satu, nasi beriani dan kambing bakar + sos lada hitam. Rindu teruk 😩
I miss this festival scenery 😌
Duit memang banyak habis buat beli makanan je di kampus ni. Almaklum la badan dah penat belajar, jumpa  pula makanan sedap-sedap jadi berselera la nak makan. Pendek kata, zat makanan tu cukup hatta mungkin terlebih. Sebab tu agaknya aku jarang dapat ulser kat sana (demam je aku kerap dapat sebab cuaca Kedah ekstrem haha)

Tapi sejak belajar atas talian di rumah masing-masing ni, selera makan aku memang merudum teruk. Ye la hidup dalam rumah je kan. Bergerak pun dari bilik ke ruang tamu ke dapur ke tandas. Ulang tu je. Bila tak banyak guna tenaga, aku pun takde mood nak makan sebab tak rasa lapar. Masa puasa 2021 haritu, aku boleh survive 2 hari puasa dengan hanya minum air masa bersahur dan berbuka tanpa makan nasi sebab memang selera 0 🙂

Tambahan pula aku ni memang jenis susah nak makan. Kalau lauk tu kena dengan tekak aku, ada kala makan sampai menambah. Tapi kalau lauk tu mengandungi sesuatu yang aku tak makan, lapar macam mana pun aku rela tak nak makan. Contoh kalau mak aku buat sup tapi letak suhun, auto tak jadi makan sebab aku tak boleh makan suhun 😅 Panggil la aku cerewet kalau nak. Tapi dah tekak aku tak boleh terima, nak buat macam mana.

Biasa la bila duduk rumah ramai-ramai, sumber lauk terhad. Nak masak lauk macam-macam jenis ni renyah la kan especially kalau aku sorang je tak makan. Kalau kedai makan tu takpe la buat aneka lauk pun sebab customer macam-macam yang pergi kedai dia. Aku pun malas la nak demand lauk spesifik sebab tak nak menyusahkan. Maka aku goreng telur sendiri je la biar hidup aman haha. Cumanya bila tak makan banyak, zat pun kurang. Sebab tu kot bila duduk rumah, makin menjadi-jadi ulser aku naik setiap bulan.

Saaaaampai la aku consult doktor gigi masa aku pergi check gigi untuk cabut geraham bongsu harini yakni 4 Ogos 2021. (Mak aku bising suruh jumpa doktor klinik kesihatan actually tapi alang-alang aku nak check gigi, baik tanya doktor gigi terus sebab ulser tu pun jadi dalam mulut kan hehe)

Doktor gigi tu kata, situasi ulser berulang aku ni masuk kategori "stress ulcer". Kiranya benda ni terjadi disebabkan tahap tekanan aku yang tinggi. Tambah pula aku ni memang ada masalah oral disebabkan gigi berlapis ni, haaa auto makin bermasalah mulutnya. Tu yang aku ni dah dua kali tak boleh cabut gigi sebab ulser terbaru aku ni jadinya di lelangit tepi anak tekak. Perit woo nak telan makanan. Doktor pun kata kesian laa kat aku sebab kang cabut gigi dah sakit, ulser pun sakit juga. Nanti macam mana nak makan. Maka doktor tunda dulu cabut gigi, suruh tunggu ulser sembuh dulu 😢

Diagnosis doktor gigi tu make sense juga sebab aku perasan yang ulser ni memang semakin teruk sejak UUM mulakan sesi belajar atas talian sepenuhnya tahun lepas pun. Cara belajar baru kan, berkait la dengan faktor perubahan gaya hidup yang aku sebut memula kat atas. Pastu medium belajar tu tak biasa guna dan beban kerja pun lagi banyak untuk cover markah exam, memang tinggi la tahap stres untuk adapt benda tu dalam rutin harian aku. Hasilnya, gabungan tak cukup zat makanan dan tahap stres yang tinggi ni la yang mencetuskan fenomena kerap dapat ulser dalam mulut aku 💀

Doktor pesan kalau boleh cuba kurangkan stres dan tingkatkan penjagaan kebersihan mulut dan gigi, InsyaAllah boleh kurangkan kejadian ulser ni. Emmm bab jaga kebersihan mulut tu boleh lagi dibuat. Tapi kalau nak kurangkan stres tu tak mampu la dengan keadaan sekarang. Dah setahun lebih kot aku kumpul stres dari PKP dan belajar online ni. Pastu sekarang tempat praktikal untuk sem depan pun belum dapat. Entah apa nak jadi nasib aku pasni 😢

Sedih kan hidup aku. Tu pun nasib baik la aku ni cuma banyak terjejas dari sudut ni je. Walaupun hampir setiap bulan aku bazirkan masa 1-2 minggu dalam sakit tunggu ulser-ulser tu sembuh, sekurang-kurangnya beban masih agak kecil. Kalau dibandingkan dengan rakan-rakan seperjuangan lain, siap ada yang betul-betul burned out dengan tekanan dan ada yang lebih parah sehingga disahkn meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirajiun dan Naudzubillahmindzalik daripada kena kat kita 😔 

Malangnya bila kami yang pelajar ni mengadu pasal stres belajar atas talian, ramai pula yang pandang enteng siap cakap "apa yang susahnya. buka phone dan laptop je pun." Pastu tuduh kami "pelajar manja" ergh. Jahanam youuuu!!! 🙄

Anyway, sebelum berpisah ayuh aku kongsikan beberapa cara yang aku guna untuk adapt dan hidup dengan ulser ni.
1) Colgate Plax Mouthwash perisa Peppermint.
Mula-mula beli botol kecik pastu jatuh hati sebab tak terlalu pedas. Akhirnya aku beli pek berkembar yang botol besar terus. Dia berangin tapi takde la rasa lidah terbakar macam Listerine (yang tu berair mata woi). Berkumur dengan ni buat ulser aku rasa kebas dan nak gerakkan mulut untuk makan atau minum tu kurang la rasa sakit. Cumanya kalau makan lepas berkumur tu auto rasa macam telan ubat gigi je haha

Mouthwash ni kalau untuk ulser besar, dia rasa kebas je. Tapi kalau untuk ulser kecik-kecik, aku rasa macam function juga sebab ulser tu lebih cepat tertutup. Tapi ni ikut pengalaman aku sendiri je la. Tak dibuktikan oleh kajian saintifik pun.
2) Vitamin B dan C
Aku baca punca-punca ulser, katanya antaranya adalah tak cukup vitamin B, C, dan zat besi dalam badan. Aku kan tak banyak makan so tak cukup la 3 zat ni. Jadi aku beli vitamin B dan C dari Shopee yang 100 biji terus untuk tengok kesan jangka masa lama kononnya. Tapi makan 2 bulan straight sama je naik ulser juga dalam 2 bulan tu so aku fedap dan tak sambung makan hahahah

Oh ye aku ambik vitamin C kanak-kanak 100mg sebab mengikut nasihat doktor, badan kita ni cuma perlukan sebanyak tu je vitamin C dalam sehari. Yang jual sampai 1000mg tu auta je semua. Baki vitamin C lebih tu nanti keluar dalam air kencing je so membazir 👀
Folic acid 5mg.
Folic acid ni pun sejenis vitamin B juga, jenis B9. Aku beli asing sebab kandungan vitamin B dalam botol atas tadi tu cuma ada B1, B2, B6 dan B12 je. B9 takde so tak cukup komponen vitamin B. Tapi last sekali tak makan juga sebab lupa. Mujur beli murah je
3) Oragel Pain Relief
Gel ni aku beli sekali dengan folic acid tu masa bulan Januari 2021 lagi sebab dah fedap dengan ulser kononnya. Tapi masa ulser naik bulan tu dan bulan-bulan seterusnya, aku tak buka pun sebab guna kuasa willpower je tunggu ulser tu sembuh sendiri hahahah. Lagipun aku memang tak suka ubat gel sebab asal letak di ulser je, banyak telan masuk perut je sebab licin air liur. Bulan Julai ni baru aku buka dan cuba. 

Pakai gel ni boleh menangis ya. Pedih yang amat bila letak di tempat ulser. Tapi sekejap je la sakit dia sebab lepas tu ulser tu akan rasa kebas dan sakit tu hilang. Aku letak di ulser hujung lidah ni rasa keras je lidah aku. Kebaikan, nak buka mulut untuk makan dan minum lepas sapu gel ni akan hilang rasa sakit.

Kesan kebas tu tahan la dalam 2 jam. Tapi lepas kesan gel hilang, rasa sakit di ulser aku jadi lebih teruk pula. Macam dia tangguh je sakit tu sebenarnya instead of hilangkan terus lol. Sebab tu dinasihatkan untuk sapu gel ni setiap 3 jam.
4) Gingigel
Ni aku belum guna lagi. Doktor gigi tadi tu yang recommend sebab ni ubat versi spray dan akan bagi kesan kebas di ulser. Katanya lebih mudah guna daripada gel yang akan hilang sebab air liur. Pastu kalau kes ulser yang naik di tempat yang susah nak capai macam di lelangit anak tekak aku ni, takde la aku nak kena jolok tekak sapu gel kan. Boleh halakan muncung botol dan spray je. Bernas cadangan doktor ini. InsyaAllah pasni aku nak cari.

Setakat tu saja aku nak membebel dan meroyan pasal penyakit aku kali ni hehe. Selamat menyambut bulan Ogos semua. Jaga diri elok-elok ya. Kes dah cecah 20k dah ni 😢

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Sama lah. Dulu selalu kena ulser dalam mulut, biasanya bibir bawah. Nak kata dehidrasi, tak sebab memang kerap minum air masak.

    Tapi lepas amalkan vitamin C, ulser jarang sangat nak muncul melainkan tergigit bibir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaa dah minum air banyak padahal. tp bibir atas bawah kiri kanan lidah lelangit semua tetap kena. penat la tahan sakit hahah. rasa nak start balik vitamin C tapi nak up 500mg la pasni. mana tau berkesan

      Delete
  2. Bila kena ulser memang tak boleh bawa bincang. Lagi la kalau makan makanan pedas atau masam..rasa nak meraung sampai terkeluar anak tekak..aduhhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. minggu pertama kena memang menangis juga even masa minum air pun sbb pedih ya amat. ni naik setiap bulan pula allahuuu

      Delete
  3. Masa baca tajuk tu pun dah terdetik nasa kurang minum air ni, bila baca sampai bawah baru tahu sebab stress. Sedapnya semua menu dalam gambar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tidak benar bab kurang air tu. family pun pelik kenapa selalu dapat ulser sbb dah tahu dah memang sy hantu air kat rumah. sekali doktor kata sbb stress tu yg baru "ooo patut la" 😂

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS