Assalamualaikum
Pernah makan ban serunding ayam keluaran Mighty White tak? Keeee tak tahu pun yang Mighty White ada keluarkan ban serunding ayam? hahaha
Ban serunding ni memang kegemaran aku. Walaupun roti putih, roti berinti, dan muffin coklat aku tetap setia beli jenama Gardenia sebab teksturnya bagi aku lebih lembut daripada Mighty White, tapi kalau ban serunding ayam ni memang aku beli yang Mighty White la. Sebabnya memang Mighty White je pun yang ada ban begini. Gardenia mana ada produk setara ban serunding ni (setakat ni) haha
Apa keistimewaan ban serunding Mighty White?
Banyakkkk tau. Tekstur ban ni sangat-sangat lembut, Serupa gigit gula-gula kapas. Serunding ayam yang diletakkan atas roti tu pun tak kedekut. Memang banyak dari awal hingga akhir (tengok gambar bawah). Dan bila dia kata "serunding ayam pedas" tu kan, dia tak tipu ya. Serunding tu memang pedas. Sesuai sangat untuk mereka yang sukakan makanan pedas macam aku.
Lapisan serunding yang tebal dan padat. |
Selain tu, ban serunding ni ada 2 jenis inti. Memang lain daripada yang biasa beli di bakeri la sebab yang tu biasanya cuma ada lapisan serunding je. Tapi Mighty White ni dia melangkah setapak ke depan sikit sebab dia sediakan ban serunding ayam berinti kastad mayonis dan juga sambal nasi lemak. Agak unik.
Ban yang inti kastad mayonis tu sesuai untuk yang makan pedas tapi tak mahu pedas sangat, jadi mereka akan rasa pedas daripada serunding ayam tu je. Tapi bagi mereka yang mahukan rasa pedas di luar dan dalam ban, boleh cuba ban inti sambal nasi lemak tu. Aku makan pun rasa berasap lidah haha
Yang mana satu pilihan kalbu? 🤔 |
Masa aku berulang-alik jaga mama di wad setiap kali temujanji dialisis di Hospital Pasir Mas tahun 2019 dulu, ban serunding Mighty White yang inti sambal tu memang roti wajib beli tau. Walaupun ada roti perisa lain daripada pelbagai jenama yang dijual di kafe hospital tu, tapi ban serunding ni je yang aku duk pulun 2-3 biji buat stok makan dalam wad. Suka punya pasal.
Tengok tarikh luput tu Ogos 2019. Dah lama tau i jadi peminat ban ni |
Dulu, pembungkus ban serunding yang berinti sambal tu guna plastik hitam macam atas ni sebenarnya. Bagi aku, menarik warna ni sebab senang nak dikenalpasti dan dibezakan daripada roti lain. Bayangkan dari jauh sebelum masuk ke kafe hospital tu aku dah nampak plastik warna hitam ni disusun berderet atas rak. Maka senang la nak tahu ban inti sambal tu ada stok kan.
Tapi sekarang dah tukar warna pembungkus kepada merah. Warna yang cantik dan gambar ilustrasi di plastik tu pun selaras dengan pembungkus ban inti kastad tu. Tapi lebih susah nak dibezakan dengan roti lain la. Sebab merah kan, bila tengok dari jauh mungkin ingatkan roti yang berinti strawberi.
Masa mama masuk wad lagi di Hospital Pasir Mas haritu dan aku duk melenggang ke kafe hospital macam biasa, baru aku tahu ban ni dah tukar pembungkus. Patut la setiap kali aku cari ban dalam plastik hitam tu di kedai dah tak jumpa. Asyik jumpa ban inti kastad tu je sebab yang tu je warna pembungkusnya dikekalkan guna warna oren.
Jadilah rupanya yang sekarang tu macam ni. |
Mula-mula pelik juga kenapa tiba-tiba je tukar warna pembungkus kan? Tapi bila baca di plastik tu dia tulis "With Improved Sambal Fillling", gamaknya Mighty White ada tukar resepi sambal la kot. Alang-alang tu, dia tukar warna plastik tu sekali. Nasib baik. Aku ingatkan roti kegemaran aku ni dah dihentikan pengeluaran haha. Rasa rugi la sebab ni produk Mighty White yang unik berbanding Gardenia kot.
Harga untuk satu ban, cuma RM1.80 sahaja. Mahal sikit tapi berbaloi sebab ada serunding ayam kan. Harga ni harga baru yang dah diselaraskan antara kedua-dua pilihan inti rasanya. Sebab dulu, harga ban inti kastad tu cuma RM1.70. Yang ban inti sambal tu lebih mahal RM1.90. Tapi kalini dua-dua jadi RM1.80. Jadi 10 sen yang hilang dari ban sambal akan dapat balik melalui ban kastad. Dia tak rugi la 😂
Untung masih ada gambar ni untuk dibuat perbandingan harga. |
Bahagian dalam ban inti sambal |
Untuk inti, ban serunding yang berinti sambal nasi lemak tu tak mengecewakan sebab macam gambar di atas, dalamnya memang dipenuhi sambal. Rasa sambal tu pun seperti yang aku cakap, memang pedas. Jenuh nak minum air haha. Cuma ban serunding yang inti kastad mayonis tu la bikin sedih sikit sebab serupa takde apa benda pun dalam tu. Tak percaya? Tengok gambar bawah.
Macam ada warna kuning kastad tu. Tapi takde rasa apa-apa yang berbeza pun. |
Ban inti kastad ni boleh buat meme expectation versus reality tau. Sebab di packaging dia tu bukan main lagi letak gambar inti kastad pekat yang padat sampai melimpah ruah dalam ban tu. Tapi ni masa makan serupa nampak ada lubang kosong je dalam ban 😂
Mana inti kastad pekat macam ni?? MANA??? |
Sebab tu aku lagi suka beli ban yang inti sambal tu sebab walaupun inti yang tu pun takde la melimpah ruah macam gambar di pembungkus, tapi sambal tu boleh nampak ada dan pedas sambal ia pun boleh dirasa. Yang inti kastad ni mehhh sikit bagi aku haha
Ada sesiapa lagi ke yang sukakan ban serunding ayam daripada Mighty White ni? Kalau anda sukakan yang inti sambal tu, kita boleh jadi geng 😂
Bye dan Assalamualaikum.
Ammi beli yg Gardenia je slalu sbb suami tak bg beli yg MW.
ReplyDeleteTp kengkadang ammi suka gak beli potato hun yg ada custard filling keluarkan Top Bakers. Sedap
pilihan ramai semestinya Gardenia kan hehe. ok boleh cuba juga roti Top Bakers nanti
Deletexterpandang plak mighty white.. sllu duk pandang gardenia je.. haha
ReplyDeleteok blh beli pasni..
kalau roti lain memang pandang Gardenia dulu pun, jarang Mighty White 🙈 tertarik yg ni pun sbb Gardenia cuma ada roti inti krim hehe
DeleteOh.. Memang pedas tu akak avoid la sebab tak tahan pedas sangat. Thanks for the warning. Hehe. Teringin nak try ada inti kastad tu. Kot lah rezeki dapat filling melimpah macam gambar tu
ReplyDeletememang sedap bun ciken floss ni
ReplyDelete