Assalamualaikum
Beberapa hari lepas masa tengah blogwalking, ada nampak banner tentang giveaway buku yang dianjurkan oleh saudari Fariha Jafri. Sempena ulangtahun pertama beliau buka kedai buku preloved di Shopee rupanya. Menarik sebab hadiah yang ditawarkan juga berbentuk buku. Syarat penyertaan pun mudah. Jadi ayuh la kita masuk menempel sekali hehe
Untuk giveaway ni, peserta dikehendaki cerita pasal 2 buku yang terbaik pernah mereka baca. Emmm termenung juga nak fikir memula tu sebab aku dah lama juga tak baca buku sebenarnya. Masa sekolah dulu rajin la beli siap family beli 1 almari besar untuk letak semua buku aku. Sekali tahun 2014 masa banjir besar tu sebahagian almari tu dan bukunya tenggelam. Jadi lepas tu aku pun dah jarang baca buku sebab serik buku rosak sobs. Baca manga dan webtoon dalam phone je rajin sebab takde buku fizikal kan haha
Jadi memula tu pening juga nak fikir balik tajuk buku yang aku pernah baca dan aku rasa sebagai buku terbaik. 2-3 hari fikir baru aku buat keputusan cerita pasal 2 buku yang aku paling ingat je la.
Jadi memula tu pening juga nak fikir balik tajuk buku yang aku pernah baca dan aku rasa sebagai buku terbaik. 2-3 hari fikir baru aku buat keputusan cerita pasal 2 buku yang aku paling ingat je la.
1) Where The Heart Is
Buku yang menyentuh hati. Kredit gambar: Goodreads |
Buku ni ceritakan pasal Novalee Nation, gadis umur 17 tahun yang ditinggalkan oleh teman lelakinya di Walmart (macam Mydin la kalau di Malaysia) waktu dia sarat mengandung 7 bulan. Macam-macam rintangan la Novalee kena hadap masa nak survive untuk bersalin dan besarkan anak dia tu. Dapat pula mak jenis tak guna. Ada ke patut orang bagi duit sumbangan untuk baby tu dia pergi rembat. Memang minta makan kaki. Mujur ada ahli masyarakat lain yang baik hati bantu Novalee ni untuk teruskan hidup.
Novel ni selain tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris aku, isinya banyak ajar pasal tema kekeluargaan, persahabatan, pengkhianatan dan sebagainya. Ada part yang sedih tu aku pun beria nangis. Hebat juga la boleh faham situasi walaupun baru budak sekolah haha. Tapi tu la ada juga beberapa babak yang situasinya lebih kepada ehem ehem, bukan untuk bacaan budak-budak. Tak explicit pun. Aku abaikan je bab macam tu sebab aku lebih fokus baca bab Novalee dan kawan-kawan dia yang banyak tolong dia tu.
Ending? Alhamdulillah happy. Tak sia-sia la sis belanjakan air mata untuk babak-babak sedih tu. Beria kan aku haha
2) 3600 Saat
Buku karya Charon terbitan PTS ni asalnya buku tulisan Indonesia kalau tak salah. Kemudian diterjemah dan diselaras isinya kepada Bahasa Malaysia. Buku ni adalah novel remaja pertama aku yang dibeli masa sekolah menengah, tak ingat Tingkatan 2 ke Tingkatan 3 entah. Ni memang zaman rajin gila kumpul duit sekolah pastu ajak abah pergi kedai buku beli novel-novel remaja. Habis 60-70 ringgit beli 3-4 novel tu biasa. Memang banyak la novel PTS dalam koleksi aku masa tu.
Buku karya Charon terbitan PTS ni asalnya buku tulisan Indonesia kalau tak salah. Kemudian diterjemah dan diselaras isinya kepada Bahasa Malaysia. Buku ni adalah novel remaja pertama aku yang dibeli masa sekolah menengah, tak ingat Tingkatan 2 ke Tingkatan 3 entah. Ni memang zaman rajin gila kumpul duit sekolah pastu ajak abah pergi kedai buku beli novel-novel remaja. Habis 60-70 ringgit beli 3-4 novel tu biasa. Memang banyak la novel PTS dalam koleksi aku masa tu.
My first chiclit gituuu Kredit gambar. PTS Media |
Watak utama dalam novel ni adalah Sofea, gadis yang memberontak akibat perceraian ibu bapanya, dan Hadi, pelajar model di sekolah yang ada masalah kesihatan tertentu. Jalan cerita? Cliche sikit la dan aku rasa boleh agak la kan kalau heroin bermasalah ni jumpa hero baik hati macam mana hehe. Tapi buku ni paling aku ingat sebab ala-ala buku angst dan romance pertama aku la.
Kalau aku baca buku Billie Letts atas tu aku lebih fokus kepada kekeluargaan sebab belum cukup umur nak faham pasal cinta kan, novel remaja ni boleh la nak relate pasal perasaan romantis yang diam-diam terbentuk antara Sofea dan Hadi tu. Tema cerita dia kan pasal budak sekolah yang selitkan banyak pasal persahabatan dan ada sikit pasal macam mana remaja belajar erti lebih daripada kawan ececeh. Sesuai dengan usia remaja aku masa tu la. Tapi tu la sampai dah masuk universiti ni pun aku kekal single ni apa cerita nyahhh emmm 💆🏻♀️
Jadi itulah buku-buku yang aku paling ingat dan antara buku yang aku suka baca masa zaman jadi ulat buku dulu. Sekarang pun ada juga aku beli buku. Paling baru buku yang aku beli adalah 3 buku terakhir dalam siri Harry Potter. Sebabnya masa di KYUEM dulu aku beli 4 buah buku pertama guna baucer buku 1 Malaysia. Pastu tak beli baki 3 buku tu sebab mahal nak guna duit sendiri haha. Almaklumlah sebuah buku je dah hampir RM50. Sesak sis.
Mujur haritu masuk Shopee tengok Big Bad Wolf ada jual 3 buku tu pada harga diskaun hampir 50%. Sebuah buku tu cuma hampir RM20 so aku pun beli la.
Tapi tu la aku beli ni pun sebab nak cukupkan koleksi je sambil nak cantikkan rak buku aku yang baru beli tu. Baca semua buku tu tidak pun hahahahahah
Cukup satu koleksi saya YEAY~ |
Giveaway buku ni akan berakhir pada 10 Oktober 2021 nanti. Masih ada masa nak join maka ayuh~~
Selamat maju jaya kepada semua peserta 😁
Bye dan Assalamualaikum.
Semoga berjaya dear Nasa
ReplyDeleteMacam menarik juga GA nih! Mrs. A pun dah kategori malas membaca buku muahhahhaaa... last baca 'Buku Otak' kot muahhhaaaa....
Good luck :)
ReplyDeletehttps://www.amazingdistance.com/
semoga beroleh rezeki
ReplyDeletebuku yg 1st tu mcm best utk dibaca..
ReplyDeleteSalam singgah daripada giveaway yang sama.. Best of luck to you dan semoga ada rezeki untuk kita semua...
ReplyDeletehttps://www.shikinrazali.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html
terima kasih. Aminn semoga berjaya juga :D
DeleteSemoga berjaya ya.. :)
ReplyDeletethank you :)
Deleteall the best
ReplyDeleteGood luck!
ReplyDeletesinggah dari giveaway yg sama. goodluck :)
ReplyDeletehttps://www.tiarasaphire.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html
Senarai pemenang dah diumumkan untuk Giveaway ni 😁
ReplyDeleteTerima kasih sudi join dan support.