Cornetto Dark Chocolate Brownie | NaSa

Cornetto Dark Chocolate Brownie

in , , by NaSa, September 27, 2021
Assalamualaikum

Tadi sebelum Asar, Amirah hantar whatsapp kata abah minta ambilkan kad bank dia dalam purse mama yang aku pegang sepanjang mama masuk wad ni. Katanya duit BSHR dah masuk dalam akaun BSN. Jadi abah nak la ambil duit tu buat bayar roadtax kereta. Tapi masa aku nak serahkan kad tu kat abah, dia suruh aku pegang pula sebab "Nanti pergi la ambil duit." Eh pulak?

Rupanya nak suruh aku ikut dia ke masjid. Nanti on the way balik, aku la kena cucuk duit tu di ATM lol

Masalah komunikasi kejap. Tapi mujur stesen minyak Petron dekat rumah tu ada ATM MEPS yang boleh cucuk semua jenis kad bank. Pastu kan caj perkhidmatan RM1 kalau guna kad yang tak sama brand dengan ATM tu kan dah lama takde sejak COVID ni. Jadi tak perlu la nak ke Wakaf Bharu sana semata-mata nak cucuk duit. Sis malas beratur panjang. Dah la BSN tu kecik.

Selesai abah solat Asar di masjid dengan geng lebai vaccinated dia tu, kona la ke Petron tu kejap. Siap cucuk duit yang abah kirim, sempat aku melilau depan peti aiskrim dalam kedai Petron tu. Sebab haritu teringat ada baca entri rakan-rakan bloger pasal aiskrim Cornetto baru sekarang. Bentuk bunga ros la, apa la. Jadi nak tahu la ada stok kat sini ke tidak kan.

Hasil penemuannya, ADA!

Bukan main banyak lagi ye perisa-perisa aiskrim Cornetto ni sekarang. Dulu-dulu vanila dan coklat je paling banyak ditemui. Sekarang dah macam rainbow 🌈 Ada macam-macam warna dan perisa.
Cornetto love rose peach flavoured
Love Rose. Perisa buah peach katanya. Aiskrim ni ada blogger pernah makan. Dia bentuk bunga ros hehe
Cornetto with cookies
Cookies and Cream. Standard biasanya Oreo la kan.
cornetto raspberry yoghurt
Raspberry Yoghurt. Warna dan corak di pembungkus dia cantik 😍
unicornetto
Unicornetto. Rasa cotton candy marshmellow apa benda entah yang ni. Ada strawberi sekali.
cornetto dark chocolate brownie
Dark Chocolate Brownie.
Rasanya pernah nampak Cornetto perisa lain juga sebelum ni tapi peti aiskrim Petron ni cuma ada jenis-jenis di atas ni je. Dan antara 4 ni, aku beli yang Dark Chocolate Brownie. Sebabnya aku tak pernah makan apa-apa perisa peach so takut tak suka rasa dia. Yogurt pun aku tak suka. Yang Unicornetto tu pernah beli masa viral dulu dan menyesal teruk sebab tak terbaca description dia kat dalam tu ada jem strawberi hahaha. Aku mana suka strawberi tapi gigih juga la aku perhabis sebab mahal kan.

Sampai ke rumah, terus bergegas basuh tangan nak makan aiskrim brownie tu sebab Kelantan sekarang cuaca siang dia kering dan panas gila. Takut cair meleleh aiskrim tu tak sedap pula kan.
Rupa aiskrimnya.
Sesuai namanya, Cornetto Dark Chocolate Brownie ni berwarna coklat gelap berbanding Cornetto perisa coklat yang biasa. Tapi bentuk aiskrim dia normal je macam Cornetto biasa, tak unik macam Cornetto Love Rose yang bentuk bunga ros tu. Di bahagian atas aiskrim ni, ada sos coklat di celah setiap kelopak aiskrim. Yang berketul di atas tu adalah cebisan brownie yang dalam namanya tu la.

Dari segi harga, aku rasa agak OK sebab satu aiskrim ni RM3 je. Cuma mahal beberapa puluh sen daripada Cornetto coklat atau vanila yang biasa. Tapi dari segi rasa, ianya agak so-so je bagi aku.

Di lidah aku, rasa aiskrim dia tu lebih kurang je dengan Cornetto coklat biasa. Cuma ada pahit sikit je sebab guna dark chocolate kan. Sos coklat tu pula terlebih manis. Kalau ikut logik, pahit jumpa manis boleh la jadi seimbang rasanya kan. Tapi sebab bahagian aiskrim tu lagi banyak daripada sos coklat tu, maka rasa pahit tu pun lebih banyak la. Jadi tak seimbang juga ahaha

Selain tu, cebisan brownie dia tu sikit je. Rasanya tak manis tak pahit. Lebih kepada hampir tawar. Teksturnya pun agak lemau. Serupa biskut keras yang simpan di tempat lembap lama sangat. Nak buat macam mana kan dah dia duduk dalam atas aiskrim dan disimpan pula dalam peti sejuk beku haha. Bila dalam mulut, brownie tu mudah larut. Tapi aku tak berkenan sangat sebab lembik semacam je. Rasa macam kenapa la kau ada kat sini? Sedap lagi Cornetto biasa yang letak coklat cip sebab crunchy lol

Biasanya keistimewaan Cornetto ni, hujung kon dia kan ada coklat yang ramai orang selalu tunggu makan paling lassssst sekali sebab tu part paling sedap kan. Tapi hujung kon untuk Cornetto Dark Chocolate Brownie ni tak sedap macam biasa pun. Dia rasa mildly pahit dan lebih kepada tak ada rasa. Aku beria tau tunggu nak makan part tu tapi akhirnya sis cuma terasa kecewa sedikit 😅

Sedap lagi Cornetto yang all-time favourite aku, Cornetto KitKat 😋

Rating keseluruhan untuk Cornetto Dark Chocolate Brownie ni, kita bagi 4⭐. Tak ada salah di aiskrim tu pun sebab nama pun guna dark chocolate jadi tak boleh la nak expect dia manis macam milk chocolate kan. Tapi sebab lidah aku cuma sukakan sebahagian je rasa aiskrim ni,  tak boleh bagi markah penuh la sebab tu tak dapat lagi 1⭐ Lidah orang lain-lain kan. Nak buat macam mana.

Selain Cornetto pelbagai perisa ni, ada lagi satu aiskrim yang aku dah lama usha sebenarnya iaitu aiskrim sandwich Oreo ni. Aku perhati je setiap kali pergi kedai.
oreo ice cream sandwich
Tengok dari luaran macam besar serupa piring.
Dah berapa bulan duk terliur nak rasa tapi tak terbeli-beli sebab harga aiskrim sandwich Oreo ni mahal kalahkan nasi hahaha. Satu bungkus ni harganya RM4.90. Kalau duduk UUM ni boleh beli nasi sebekas penuh, ikan keli besar, dan teh o ais sebungkus. Ralat rasa. Tunggu la kot ada orang belanja esok aku beli la. Nak beli guna duit sendiri tak sampai hati hahaha

Ada kawan di Twitter kata aiskrim sandwich Oreo ni tak sedap sangat sebab biskut dia pun rasa lemau juga sebab lama duk apit aiskrim sejuk tu kan. Tapi tu la sebab aku pernah makan Cornetto Oreo dan aiskrim batang Oreo sebelum ni, nak juga la cuba versi aiskrim sandwich pula. Kasi cukup pengalaman setiap koleksi untuk sekali. Pastu tak beli dah la sebab mahal kan 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. tak pernah try dark choc..yg yoghurt tu pernah cuba..sedap, rasa masam2 sikit..

    betul, oreo yg tu tak brp sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin berbelah bahagi nak beli yg oreo tu bila ramai cakap camni haha

      Delete
  2. Replies
    1. masa ada sos coklat dia tu sedap. klu aiskrim sahaja kurang manis sikit

      Delete
  3. Hehe kira baik hati bagi 4 bintang. Baca penerangan macam layak dapat 2 1/2.
    Suka masam-masam, mungkin cuba yagurt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pemurah sikit bab rating ni hehe. sbb overall ok cuma diri sendiri je cerewet sikit 😂

      Delete
  4. tak pernah try tapi packaging tu semua menarik perhatian untuk beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Cornetto makin kreatif skrg dgn packaging cantik so boleh cuci mata walaupun tak suka perisa aiskrim dia haha

      Delete
  5. Semua flavour sedap sedap. Lama dah tak membeli aiskrim cornetto. Aiskrim Oreo tu pun macam tak pernah jumpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini pula tengah musim panas kering sangat. lagi berselera nak beli aiskrim kan

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS