Had Imaginasi Kanak-kanak: SIFAR | NaSa

Had Imaginasi Kanak-kanak: SIFAR

in , by NaSa, September 23, 2021
Assalamualaikum

Perkongsian rambang. 

Aku ada jumpa satu gambar ni dalam Google Photos dan masih belum terungkai misterinya pasal budak-budak jadi aku saja la nak cerita kat sini.

Biasa kan kita dengar yang daya berfikir dan daya imaginasi kanak-kanak ni serupa tiada had. Walaupun aku bujang belum ada anak, tapi ada la pengalaman jaga kanak-kanak tu. Sebabnya dua-dua anak kaklong aku tinggal di rumah aku. Mama abah yang jaga sejak lahir sebab masa tu kaklong masih bertugas jadi guru di Sabah. Tahun 2012 baru dapat balik bertugas di Semenanjung.

Sebab duk jaga budak-budak tu sejak baby sampai sekarang diorang dah nak sama tinggi dengan aku, memang merasa la aku hadap perangai pelik budak-budak ni. Ada je benda yang dibuatnya. Kadang-kadang tak tercapai dek akal kita yang dewasa ni dengan soalan dan perbuatan mereka. Entah mereka yang terlebih sel otak berhubung dan kita ni makin bodo piang sejak menginjak dewasa, tak tahu la. Boleh jadi dua-dua, boleh jadi memang aku yang bodo hahahah

Contoh imaginasi terlampau kanak-kanak hasil anak buah aku, cuba tengok gambar di bawah.
Buat upacara pemujaan apa do??
Ni hasil karya Amirah masa dia 10 tahun. Waktu ni umi dia rajin la beli lego kecik-kecik macam ni sebagai mainan adik dia yang baru masuk sekolah rendah masa tu untuk buat aktiviti kreatif. Tapi ni dah macam terlebih kreatif aku rasa. Dua kali pandang, aku pula yang seram. Lego tu sembah apa benda aaaa 😭

Aku tanya Amirah apa maksud di sebalik karya dia guna lego ciplak ni?

Dia pun gelak kata tak tahu sebab dia main buat je.

Menyeramkan kadang-kadang imaginasi kanak-kanak ni aahahahaha

Tapi aku tak ada la nak marah kat dia pun sebab budak dalam fasa membesar dan sedang mencuba banyak benda untuk ekspresikan diri kan. Cuma masa tu aku sebilik dengan Amirah tu sebelum aku pindah bilik yang sekarang. Jadi bila masuk bilik tetiba nampak atas meja ada lembaga lego tengah seru sesuatu macam ni tak ke rasa "ehhh apa benda do kau?" 😂

Macam-macam hal la kanak-kanak dan imaginasi mereka ni.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. tengah buat mafia ritual tu..nampak ganas je muka lego yg ngadap depan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga. garang berkaca mata hitam hahaha

      Delete
  2. hahaha..apalah yang Amirah imagine masa ni kan. Mungkin dia imagine satu group bersatu macam tu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreativiti yg tidak terjangkau di minda kita yg dewasa hehehe

      Delete
  3. betul tu , time itu la otak diorang tengah bekerja

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS