Assalamualaikum
Alkisahnya...masa hari jadi anak buah aku si Amirah pada 16 September yang lepas, aku kan tak dapat buat kek macam tahun sebelumnya untuk sambut kecil-kecilan. Soalnya kan dari petang sampai ke tengah malam aku di hospital uruskan mama masuk wad. Kaklong dan abang ipar aku (umi dan ayah Amirah) pula tengah kuarantin sebab abang ipar aku berjangkit COVID-19 dari tempat kerja.
Jadi tak ada sesiapa la nak sambut hari jadi Amirah tu. Rasa kesian pula kat dia sebab masa hari jadi adik dia bulan lepas kan aku buatkan kek. Umi dia pun ada belikan KFC makan ramai-ramai. Walaupun tak nak didik budak-budak ni seolah-olah hari jadi adalah benda yang wajib sambut, tapi sebab adik dia dapat, takkan dia tak dapat kan. Tak adil la pula rasa. Dah la nenek tersayang mereka pun lama sangat masuk hospital. Dijangka Oktober ni baru balik. Tak ke sendu je perasaan dalam rumah.
Jadi lepas balik dari PPV untuk lengkapkan dos kedua vaksin haritu, aku saja la minta abah berhenti di McDonald's dekat rumah tu sebelum balik sebab masa tu aku belum makan apa-apa pun. Lagipun dah berapa hari aku duk mengidam nak makan McD tau. Tapi asyik tak kesampaian je sebab malas nak keluar. Nak ajak orang keluar pun malas haha. Kali ni baru tercapai hajatnya sebab boleh guna alasan "Saja nak celebrate sempena dah cukup vaksin" ✌🏼 mujur abah pun melayan je hehe
Henlooo~ |
Alang-alang dah ke McD ni, aku whatsapp la Amirah tanya dia nak makan apa. Sebab budak tu pun dah berapa lama duk mengecek aku minta belanja makan. Budak-budak ni memang tau. Kenapa rajin sangat minta dengan aku yang belum start kerja ni, aku pun tak tahu. Padahal makcik pakcik dia yang lain semua dah kerja ada gaji kot. Aku ni hidup catu duit PTPTN je tau hahahah
Tengok la demand nak makan apa. Dengan sticker muka tak bersalah dia tu lagi lol (Nana = nama panggilan aku oleh anak-anak buah masa mereka pelat dulu dan melekat sampai sekarang) |
Jawapan dia kepada whatsapp aku tu, kemain ye order burger ayam spicy yang sedang rancak beriklan di TV sekarang. Air pula nak upgrade Milo, taknak Coca Cola. Ewah ewah ewah hahaha. Anak jaman now ni memang advanced betul ye. Aku dulu kecik-kecik makan burger Ramly tepi jalan je tau 😂
Tapi aku belikan juga la sebab sis memang kesian kat dia pun sebab lama sangat tertunda hari jadi dia kan. Untung app McD selalu juga bagi kita tebus kod diskaun untuk set makanan tertentu. Jimat sikit.
Aku beli 2 set burger ayam biasa guna kod diskaun, 2 set burger ayam spicy, dan set GCB untuk aku (sebab terliur tengok iklan haha). Cukup la 5 set untuk aku, abah, anak buah 2 orang, dan kakak ipar seorang yang jaga budak-budak tu di rumah. Ni pun aku beli untuk orang yang confirm ada di rumah lepas aku balik vaksin je la. Nak beli untuk semua sekali, takdak duit lol. So yang mana takde di rumah sebab kerja tu, not your rezeki haha. Lain kali la aku belanja yee.
Tapi nak dijadikan cerita kan, kod diskaun dalam app McD tu termasuk sekali dengan 2 aiskrim sundae. Jadi 2 aiskrim, campur dengan air 5 cawan, dan burger berserta fries tu 5 set, mesti la berat kan. Dah la McD guna beg kertas je. Jadinya masa aku pegang, beg tu terkoyak dan isinya tumpah loooool
Buat hal la Nasa. Memalukan 🙈 |
Mujur terkoyak depan staf McD haha. Jadi dia gantikan fries lain dan bagi beg kertas yang ada lubang pemegang jenis tebal tu. Mujur aku pun memang sentiasa bawa beg reusable jenis boleh lipat (corak hitam putih tu) gantung di beg aku. Jadi boleh la sumbat beg fries dan beg burger tu dalam tu untuk diselit di pergelangan tangan sementara aku usung 2 tray air berisi 7 cawan tu ke kereta. Kemain berhati-hati aku langkah longkang tau. Mujur takde cawan yang terbalik. Kalau tak, lagi memalukan. Aaaaa inilah akibatnya kalau tak menyempat nak datang beli sorang-sorang hahahah
Balik rumah, dapat la aku, abah, dan anak-anak buah ni buat mini piknik. Berselera ya Amirah dapat burger ayam spicy yang diidamkan tu. Aku baru duk meratah fries, dia dah habis sebiji burger haha. Tak sempat pun nak ambik gambar dia duk makan tu. Rasa berbaloi juga la. Takpe la terbang duit aku sikit. Umi dia pun macam bersyukur juga aku belikan sebab dia kan jauh di hospital sekarang. Harapkan kami yang adik-adik ni je la tolong layan karenah budak-budak ni.
Lagipun aku sendiri ralat sebenarnya. Biasa kalau takde makanan yang beli pun, ada kek kukus yang aku buat sendiri pun anak-anak buah dah happy sebab dapat makan kek ramai-ramai. Tapi haritu memang aku tak dapat buat apa-apa sebab kalut dengan urusan hospital dan tugasan internship. Jadi bila Amirah minta burger dan rumah pun dekat dengan McD, boleh juga la tunaikan untuk ambil hati dia.
Selain gembirakan budak-budak tu, dapat juga feeling makan sedap dengan abah sebab selama mama masuk wad ni, abah pun tak lalu makan. Jenuh kakak dan adik aku nak memujuk. Siap beli lauk macam-macam baru abah berselera. Ni sebab abah makan sekali dengan cucu-cucu dia sambil melayan mereka bersembang, haaa elok je abah makan aiskrim sundae habis secawan dia seorang haha
Tapi sebab aku beli ala kadar untuk orang yang ada di rumah petang tu je kan, keesokan tu baru kami berkelah besar sikit. Kali ni jemput keluarga abang aku sekali sebab dia ada di kampung sebenarnya. Alang-alang dah cukup vaksin dan dah boleh rentas negeri, dia minta cuti balik dari Melaka sebab nak tengok mama. Tapi sebab abang aku duduk rumah mertua dia, aku sempat beli McD tu untuk anak-anak buah Kelantan di rumah aku je la. Anak-anak buah yang Melaka tu tak dapat. Sebab tu kaklong transfer duit suruh beli pizza dan kek hari jadi untuk Amirah buat jamuan makan ramai-ramai.
Selain pizza, ada juga ayam KFC sebab Pizza Hut dekat rumah tu dah nak kehabisan pizza. Kakak aku kata lama nak tunggu pizza baru tu siap jadi dia beli di KFC seberang jalan pula buat topap. Untung ya kampung aku ni dah maju dan ada bersepah kedai fastfood ni haha. Hasilnya, dapat la semua anak buah dari Melaka dan Kelantan tu makan beramai-ramai dengan meriah. Dapat la ganti kemeriahan raya yang tak dapat sambut sama-sama 2 tahun berturut-turut sebab PKP dulu haaa gittew~
Harapnya lepas mama dah keluar dari wad nanti, dapat la buat jamuan lagi sebab kesian la kan mama dan kaklong je yang takde di rumah masa ni. Padahal anak-anak dan cucu-cucu dah cukup belaka sobs
Sebelum berpisah, saja nak review sikit pasal GCB (Grilled Chicken Burger) McD ni. Rasanya tak la sedap sangat pun. Masin je lebih. Ayam liat nak gigit dan roti melekat di lelangit. Dah la patty ayam GCB ni leper teruk. Expectation dalam iklan kemain tunjuk tebal padahal realitinya, ke laut...hahahah
Sedih betul kejadian GCB ni lol |
Burger zinger KFC juga yang sedap. Isi patty dia juicy, tebal, dan ada sos keju dia yang terkenal tu haha. Beli pula double zinger macam ni. Boleh dua kali makan pagi dan petang 😂 |
Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
happy birthdayyy Amirah
ReplyDeleteuntung mak sedara baik hati belanja
semoga dipermudahkan semua urusan family Nasa ye
aaminn
Aminnn. begitulah harapannya. terima kasih Cik Nor 😊
DeleteSalam kenal Nadhirah... Happy birthday Amirah. Bagusnya mak sedara sambut birthday buat anak sedara. Untungnya Amirah.
ReplyDeleteSalam kenal juga, kak. Terima kasih sudi berkunjung ke mari :D
DeleteHappy belated birthday Amirah. Best la ada Nana celebrate kan. Rasa la bebudak tu diraikan. Tahniah Nana. hehe
ReplyDeleteTerima kasih ^^ ye biasanya buat kek pun makan dgn atuk nenek dia je kalau umi dia tak balik cuti. tp ni walaupun nenek dan umi dia takde, family yg lain semua lengkap jadi meriah la juga
DeleteBaiknya makcik ni celebrate besday anak buah.
ReplyDeleteUntung beli zinger dpt yg gebu.. Ammi beli kat drive thru haritu kurus leper pastu roti lagi besar dr ayam. Confuse Kot2 salah sebut ke masa order tadi. Mmg xde rupa zinger pon burger ammi tu
Alhamdulillah kongsi rezeki sikit-sikit dgn family.
DeleteKFC tu memang hit and miss selalunya. ada cawangan okey. pergi cawangan lain ke laut. sabar je la kita
Hepi birthday Amirah! Kek beli pun takpe, dia tetap hepi. Asalkan ada orang ingat birthday dia. Semoga mama awak segera sembuh, dapat jumpa cucu
ReplyDeletebanyak betul makanan , semua sedap2
ReplyDelete