Lengkap dos kedua Pfizer ✅ | NaSa

Lengkap dos kedua Pfizer ✅

in , , , by NaSa, September 23, 2021
Assalamualaikum

Certificatenye rahsiaaa haha
Alhamdulillah...harini 23 September 2021 aku dah berjaya dapatkan dos kedua vaksin Pfizer lepas suntikan pertama vaksin haritu diberi pada 2 September 2021. Jadi cuma 3 minggu saja la tempoh menunggu untuk dapatkan dos kedua tu. Kemudian kena tunggu lagi 2 minggu sebelum status dalam MySejahtera boleh bertukar daripada Partially Vaccinated kepada Fully Vaccinated

Mujur perjalanan kali ini pun dipermudahkan. Lepas ni, boleh la bebas sikit nak merayap keluar pergi Kota Bharu ke hehe. Tau tak yang aku ni dah berapa minggu tak keluar pergi pasar raya walaupun ada banyak stok makanan peribadi dan barang keperluan dah habis. Sebahagian puncanya sebab takut risiko jangkitan, sebahagian lagi sebab malas, selebihnya sebab takde duit 😂
Sebiru langit di atas sana ewahhh~
Untuk suntikan dos kedua vaksin kali ni, kita gayakan tema biru ya. Puncanya, mask fabrik bercorak batik yang aku guna tu adalah warna biru berlatarbelakang putih. Nak la matching dengan baju sekali kan. Baru semangat sikit nak pergi vaksin bila lawa kan. Aku pun sejak duduk rumah ni jarang nak melawa sebab takde tujuan. Pergi pasar raya pun pakai t-shirt sarung kardigan je apa ada hal? hahaha

Tapi pengalaman untuk suntikan vaksin dos kedua ni tak meriah dan seronok sangat macam yang dos pertama haritu la. Bayangkan sampai-sampai di PPV tu, brader RELA tu kata "mungkin lama sikit tunggu ni sebab blackout." Aku macam ehhhhh? Mana mungkin?? 😂

Rupa-rupanya memang blackout ya.
Tengah suluh apa tuuuu?~
Mungkin sebab untuk dos kedua ni rekod kita dah ada kan, dan masa aku sampai tu pun boleh kira dengan jari je orang yang tengah tunggu turn untuk cucuk vaksin, jadi memang proses dia cepat la berbanding haritu. Aku nak ambik gambar pun tak sempat sebab laju je nama kena panggil. Sup-sap sup-sap di kaunter sana sini pastu eh dah menunggu depan booth untuk suntikan ni.

Sebab orang tak ramai, memang satu tu je booth yang buka untuk cucuk. Kelakar juga tengok staf yang check borang tu ada orang suluhkan dengan flash phone, pastu nurse yang mencucuk tu pun ada orang juga suluhkan dengan flashlight. Staf di luar yang lalu lalang tu ada duk tanya "Dah call TNB ke belum?" "Bila TNB nak datang?" hahaha

Masa giliran aku, aku saja tanya lagi "boleh rekod ke?" Pastu nurse dan staf yang tukang suluh flashlight tu beria kata "Tak payah la, dik. Tak nampak pun. Lighting tak cantik pun." Aku pun macam haa ye la. Padahal dia tak nak orang tahu PPV dia takdak api lettew hahaha. Mujur la masa dos pertama tu aku dah tebalkan je muka minta nak rekod dan nurse masa tu kata boleh. Ada la juga kenangan kan.

Dan oleh sebab tak boleh rekod tu, aku gigihkan juga la hati untuk tengok kat bahu tu masa nurse tu cucuk. Nampak la dia tarik syringe tu sikit kemudian tekan. Haa yakin dah vaksin tu betul-betul masuk. Nasib baik jarum dia kecik je dan ni dos kedua. Jadi kurang la seriau nak tengok jarum tu.

Efek vaksin dos kedua ni setakat ni takde rasa berat lagi. Kalau macam dos pertama haritu, 30 minit lepas cucuk dah boleh rasa bahu dan lengan berat kan. Tapi setakat ni, aku masih okey je walaupun dah berjam-jam berlalu. Lengan takde rasa keras tak boleh nak angkat ke apa. Tapi abah boleh kata "Awal lagi. Tunggu malam ni dan esok tengok cemana." Aku macam alaaaa abah ni. Doa la yang baik-baik je :')

Harap-harapnya memang takde demam ataupun kesan sampingan apa-apa la sebab sis dah kata sis busy. Takde masa nak sakit sebab nanti banyak kerja tergendala. Tapi tu la sembang serupa demam tu ada masa nak peduli kau sibuk ke tidak kan hahaha

By the way, untuk penyempurnaan dos kedua vaksin ni aku tak dapat sertakan gambar di photobooth PPV ya. Alkisahnya masa di PPV tu pun tak ramai orang duk tunggu nak vaksin jadi takde orang pun nak tolong ambikkan. Gambar atas tu pun lepas aku balik rumah baru minta anak buah tolong tangkap sekeping sebagai kenangan dah cukup vaksin. Tengok la kot aku ada lalu mana-mana tempat yang sediakan vaksin dan ada photobooth tu, nanti aku tumpang bergambar di sana 😂

Jaga diri semua. Semoga anda sentiasa diberikan kesihatan berpanjangan. Aminnnn~
 
Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Tahniah dik dah complete cucuk vaksin Pasni boleh ronda-ronda kat KB :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Lps ni buleh ronda2 satu Kelate...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih abekie. InsyaAllah lepas ni. Skrg tengah menghadap demam lepas vaksin haha

      Delete
  3. Alhamdulillah..selesai vaksin. Tunggu matang je lah ni. Semoga baik baik je. Aaminn...

    ReplyDelete
  4. Tahniah dh dpt full dose. Semoga kita semua terhindar dari covid 19..

    Kalau sudi nanti follow ammi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Ammi ^^. Dah follow dah hehe

      Delete
  5. Hehe akak baru dos pertama semalam. Cuak kena cucuk. Sakit juga kena cucuk.
    Kelakar pula black out. Tapi kan saya punya PPV macam gelap juga di tempat duduk. Cuma di tempat cucuk terang-benderang.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS