2 minggu selepas cucuk dos pertama Pfizer... | NaSa

2 minggu selepas cucuk dos pertama Pfizer...

in , , by NaSa, September 15, 2021
Assalamualaikum

Seperti yang sedia maklum, 2 September 2021 yang lepas aku dah selamat dapatkan dos pertama vaksin Pfizer. Kalau ikut tarikh harini, hampir 2 minggu la dah berlalu. Tinggal lagi seminggu lagi sebelum aku kena dapatkan dos kedua vaksin tu 23 September ni. Maksudnya Khamis depan.

Fuhh boleh merasa angin pantai lagi la aku haha

Vaksin Pfizer memang kena tunggu 3 minggu sebelum boleh dapatkan suntikan dos kedua.

Lepas suntikan dos pertama Khamis haritu, kesan sampingan yang paling kuat aku rasa kan, cuma bahu belah kiri jadi berat je. Memang sejak di PPV tu lagi sampai la keesokan hari (Jumaat) tu bahu aku berat.

Daripada mula-mula rasa kebas, memang Jumaat tu nak angkat siku lebih daripada paras pinggang pun tak larat haha. Sehari aku duduk dengan keadaan lengan bengkok tu. Malam pertama lepas vaksin tu aku tidur lurus je. Takut tertimpa bahu kiri yang bengkak 😂

Kesan sampingan lain, ada juga rasa macam badan panas nak demam. Yang rasa dahi hangat, hidung rasa panas masa bernafas tu. Tapi akhirnya tak demam pun. Segar-bugar je sampai sekarang lol

Selain tu, ada juga rasa perut berkeroncong sepanjang hari tu. Ni kot kesan sampingan yang orang kata lepas cucuk vaksin tu asyik rasa lapar dan nak mengunyah je. Tapi aku ni nasib baik juga la bukan jenis makan banyak. Dan aku memang jenis skip makan pun. 

Kadang-kadang tak breakfast, tak lunch, tak dinner, atau kesemua sekali. Jenis aku, tak makan pun takpe asalkan minum air hehe. Jadi bila perut berkeroncong lepas vaksin tu, aku tak rasa nak makan la. 

My mind strictly felt "just because your stomach grumbles, it doesn't mean you're hungry and need to eat." Gitu ye. Perut berbunyi tak bermakna badan lapar.

Dan sedangkan perut lapar waktu biasa pun aku tak makan, inikan pula perut lapar sebab vaksin. Kalau makan juga, buat loya tekak je. Bunyi macam tak sihat kan tapi sis memang jenis tak boleh dipaksa makan. I'll hate the food and I'll hate you too huhu

Tu je la kesan sampingan yang aku dapat lepas suntikan dos pertama Pfizer tu. Takde pula sakit kepala, mengantuk, etc. Dan kesan sampingan yang aku rasa tu pun cuma masa 3 hari pertama je.

Lepas tu dah boleh buat aktiviti macam biasa. Bahu je la bengkak sikit lagi. Mujur juga sebab aku malas nak layan demam. Dah aku jenis susah makan, kalau demam lagi lambat sembuh sebab takde selera masa normal + takde selera masa demam, mana nak dapat zat dan tenaga untuk sembuhnyeeee 😐

(Sebab tu aku kalau dapat ulser lambat sembuh sebab takde selera masa normal + sakit mulut, lagi aku taknak makan. Pastu dapat lagi ulser lain sebab tak cukup zat haha episod hidup yang takkan habis)

Dan bertambah-tambah mujur aku cuma dapat kesan sampingan ringan ni sebab mama masuk hospital tau Ahad (5 September) tu. Something pasal keracunan makanan dan jangkitan kuman di usus.

Dari lepas Asar membawa ke malam aku 'melepak' di unit kecemasan Hospital Tumpat ni.

Puncanya sebab ada benda yang dimakan tu tak ikut nasihat doktor berdasarkan keadaan penyakit 👀 Mendapat la gastrik membawa kepada muntah-muntah. Tapi taknak pula pergi klinik awal-awal tau.

Walaupun dah pergi unit kecemasan di klinik kerajaan dan HA nak hantar terus ke hospital dengan ambulans, reject pula sebab taknak masuk wad katanya. 2 hari kemudian, keadaan makin teruk haa baru la datang ke unit kecemasan ni. Memang doktor suruh tukar hospital dan terus masuk wad la.

Payah ye berurusan dengan orang tua ni kadang-kadang. Apa yang kita cakap tu ada yang agak sukar nak dengar dan ikut. Kita cakap lebih-lebih kang, kecik hati pula. Dilema betul anak-anak menengoknya.

Lepas dah dapat pengesahan doktor kena pindah ke Hospital Pasir Mas dan masuk wad di sana, haaa memang kabut satu rumah la masa tu nak uruskan hal waris yang nak teman di wad tu.

Soalnya kaklong aku tengah kuarantin since abang ipar aku positif COVID dari tempat kerja. Abang aku pun kontak rapat belah mertua dia yang positif. Kakak aku lagi sorang ada masalah kesihatan. Adik aku pula lepas vaksin 4 September (Sabtu) tu, dia demam. Nak bagi abah jaga? Emmm

Lagipun peraturan untuk waris pesakit di wad sekarang dah makin ketat sejak penularan varian Delta dalam COVID-19 ni. Waris yang nak teman pesakit tu kena sama jantina dengan pesakit, buat swab test, dan tak boleh tukar waris saaaaampai discharge. Maksudnya tak boleh tukar-tukar orang jaga di wad. Kalau dulu boleh bergilir harini aku, esok kaklong, lusa kakak aku. Now? Yillek

Doktor kata ada pilihan waris nak masuk teman atau tidak. Tapi kalau pesakit tu larat nak uruskan diri, naik turun katil, jalan pergi tandas, buat semua sendiri, tak apa la kalau takde orang teman kan.

Cumanya mama tak boleh la buat semua tu sebab tulang kaki dia retak. Nak naik katil hospital tu pun mengah nak panjat sebab kaki tak kuat nak tunjal lantai. Dah la mama sakit buah pinggang nak kena pergi dialisis lagi. Kalau takde orang teman, siapa nak uruskan?

Dah semua ahli keluarga aku ada masalah tersendiri dan aku sorang je yang maintain sihat walaupun baru lepas cucuk vaksin tu, automatik aku la yang kena teman di wad. Mujur aku praktikal dari rumah.

Jadi walaupun 2 hari aku tak dapat masuk online meeting, kerja aku masih jalan sebab semua dokumen kerja memang aku dah sync masuk Google Drive. Jadi masa tunggu di wad tu boleh la siapkan sikit-sikit guna phone. Untung juga bos sangat memahami situasi masa tu kecemasan kan.

Momen dipindahkan dari Hospital Tumpat ke Hospital Pasir Mas.

Merasa la sis naik ambulans kali kedua. Kali pertama dulu masa tingkatan berapa entah

Pertukaran hospital ni sebab Hospital Tumpat fokus dia lebih kepada kes COVID kalau tak salah. Dan macam yang dalam entri aku yang lepas, Hospital Tumpat cuma ada unit dialisis je. Hospital Pasir Mas ada unit nefrologi sekali dan ada pakar sakit buah pinggang jadi diagnosis penyakit mama ni boleh dibuat dengan lebih lengkap di sana kalau betul berkait dengan buah pinggang.

Perjalanan dari Hospital Tumpat ke Hospital Pasir Mas ni ambil masa dalam 40 minit. Berkat dapat pemandu ambulans yang berdarah Toretto dalam Fast and Furious kot. Laju nak mampos.

Mashaa Allah habis segala lubang atas jalan kot dilanggar. Bukan setakat aku ni melambung di kerusi, katil besi yang mama duk baring tu pun boleh terangkat dan terhempas semula. Mujur aku tak mabuk kenderaan. Kalau tak, belum sempat tiba di destinasi, aku dah muntah dulu dalam ambulans tu.

Sampai di hospital, terus ditolak masuk ke Wad Kristal.

Sebelum boleh duduk temankan dalam wad tu, aku kena dapatkan slip daripada nurse wad ni dan ke kaunter pendaftaran semula untuk isi borang saringan COVID dan buat swab test. Function ye hospital ni sebab tengah-tengah malam pun makmal buka lagi untuk uji sample swab tu.

Lepas isi borang saringan dan bagi nama serta nombor phone, staf kaunter pendaftaran tu suruh "tunggu bawah khemah". Aku sebab penat masa tu, tak tanya dia balik "khemah kat mana?"

Aku pun masuk tunggu di ruang menunggu kat dalam hahahah. Lepas tu baru aku was-was ehh ni ke khemah nye? Tanya pak guard, dia kata nun di depan parking hospital. Eh salah tempat rupanya saya.

12 tengah malam tau masa ni dan aku sorang je yang ada di khemah ni selain nyamuk. Tahu tak seram dia tu cemana?

Tak tipu memang takut tau tunggu sorang-sorang kat situ. Sampai aku pergi balik ke kaunter daftar tu tanya betul ke kena tunggu kat situ haha. Ye la dah takde bayang nurse pun di bilik isolasi untuk swab tu. Tapi dia kata medical staf ada isi dokumentasi apa entah so memang lama. Jadi tunggu je di situ sampai dia panggil. Maka sis sambung je la derma darah kat nyamuk di khemah tu.

11.30 malam aku mohon swab test tu, pukul 12.30 pagi baru aku dapat cucuk hidung nye. Sejam juga menunggu padahal aku sorang je pun lol. Sehabis mungkin aku cekalkan hati sebelum swab tu sebab Hajar kata sakit. Tapi ya Allah memang ada rasa nak bergaduh ye masa hidung dijolok dengan alat dia tu. Rasa intruded betul saat benda tu masuk dalaaaam melalui lubang hidung kita.

Staff kaunter tu kata ambil masa 1-2 jam untuk keputusan swab test tu keluar. Selagi belum keluar, aku belum boleh masuk wad. Dah rupa apa aku baring atas kerusi menunggu depan perpustakaan hospital. Mujur ada kipas haha. Dekat pukul 2 pagi baru aku dapat keputusan swab test tu.

Alhamdulillah negatif.

Malam pertama dalam wad tu, aman je sebab ruang wad yang kami duduk tu cuma ada 3 orang pesakit termasuk mama. Untung aku keding jadi boleh la susun 2 kerusi dan tidur atas tu je.

Walaupun ada katil kosong, tapi tak berani nak tidur atas katil tu sebab kesian kat nurse nak kena sanitize dan tukar cadar kalau ada orang duduk. Dah la aku malam tu tak mandi pun sebab ye la datang hospital ni sehelai sepinggang je sebab tak expect kena masuk wad.

Esoknya, lepas tengok keadaan mama lepas makan antibiotik tu beransur okey, tak ada muntah dan susah nak bernafas macam sebelum ni, doktor kata dah boleh tukar pergi wad biasa. Jadi kalini ditukar pergi ke Wad Zamrud sebelah tu pula. Ni wad kanak-kanak asalnya tapi macam-macam pesakit ada.

Jujur tau Wad Zamrud ni paling nightmare ya. Malam kedua di hospital tu aku langsung tak boleh tidur.

Sebabnya ada la sorang pesakit ni yang baru pindah masuk wad tu pada hari sama kami masuk. Aku tak tahu dia sakit apa tapi dari waktu Maghrib dia masuk tu saaaaaaaampai la esok hari, menjerit je kerja.

Makcik tu langsung tak tidur sebab duk menjerit panggil anak dia ke siapa entah. SEPANJANG MALAM DAN HARI, SETIAP BEBERAPA MINIT. Tak berhenti langsung dia menjerit tu. Banyak betul suara dia.

Patutnya malam kedua ni boleh selesa sikit la nak tidur sebab kakak aku dah hantar bantal, selimut, dan baju untuk aku tukar lepas mandi kan. Tapi tidur aku tak nyenyak langsung. Sempat lelap pukul 1 pagi lebih je pastu pukul 4 ke 5 pagi entah aku terjaga balik sebab dia duk menjerit tu.

Elok aku tak demam lepas vaksin, sebab stress dan tak cukup rehat dalam wad tu, aku terus rasa makin tak larat dah badan. My sour mood got sourer and sourer by each minute passing by 🙂

Mujur hari ketiga dah tak payah bermalam dalam wad. Mama yakinkan doktor yang dia dah elok daripada sebelum masuk wad tu dan boleh balik tanpa isu dah. Mujur la doktor buat rondaan awal petang tu dan nurse proses discharge note pun cepat. Jadi pukul 3 lebih bercakap dengan doktor, sebelum Asar dah dapat discharge note untuk balik. Kalau tidak, pagi esok baru boleh balik agaknya.

Fuhh aku fikir kalau kena hadap lagi satu malam dalam wad dengan makcik menjerit tu, aku lagi rela tidur di kerusi menunggu luar wad depan meja pak guard tau. 

BALIK!!!
By the way tulisan cacing apa entah dia tulis di slip ubat tu. Faham pula orang farmasi baca lol

Tu pun sebelum kami balik, makcik menjerit tu tak habis menjerit lagi tau. Bezanya suara dia dah slow sikit la berbanding masa mula-mula masuk tu. Memang dia tak tidur langsung ke apa 2 hari tu, aku pun tak tahu sebab tak berhenti langsung menjeritnya.

Aku takde la kejam sangat nak marah kat dia sebab dia pun dah tua dan nama pun sakit kan. Kalau orang sihat yang sengaja duk menjerit boleh juga kita tegur. Tapi tu la perasaan annoyed tetap ada juga sikit sebab dalam situasi camtu, siapa je boleh tahan haha

Mama minta balik tu pun sebab dia sendiri tak tahan. Kalau dah aku yang sihat ni duduk dalam wad dengan orang macam tu pun rasa nak sakit, inikan pula kalau orang yang memang sakit kan. Dah la sepanjang dalam wad tu kena pakai mask hatta masa tidur pun. Lemas wehhh.

Jadi pesanan khidmat masyarakat di sini, jagalah kesihatan anda dan ahli keluarga sebaik mungkin. Hospital sekarang tak macam hospital dulu. Nak pergi jumpa doktor pun dah risiko, nak masuk wad lama-lama lagi la risiko. Dah la waris pun tak bebas keluar masuk dan tukar orang untuk jaga pesakit.

Katakan kalau ditahan di wad sampai berminggu-minggu, haru juga tau kalau sorang je nak urus dari awal masuk sampai habis. DAH LA WARIS KENA REPEAT SWAB TEST SETIAP 3 HARI!! Rabak hidung wooo

Aku lepas balik hospital tu memang sakit otot sakit urat terus demam tau. Tak peduli apa aku makan panadol terus tidur je lepas sampai rumah tu. Nasib baik tak melarat.

Jadi memang mujur sangat la aku dapat kesan sampingan ringan je lepas dos pertama Pfizer tu. Kalau tak, memang aku pun tak larat dan tak layak nak masuk kawasan wad untuk teman mama di hospital. 

Harapnya dos kedua minggu depan pun tak teruk juga la kesan sampingannya. Risau pula aku hahaha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Kuat betul awak...semoga dipermudahkan semuanya yaa ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuat sambil membebel dalam hati haha. Terima kasih ☺️❤️

      Delete
  2. Akak pula yang rasa semput sekali baca pengalaman tak boleh tidur di hospital tu. Moga semua ahli keluarga terumata emak dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.

    Akak datang balas kunjungan. Terima kasih kerana sudi blog akak, dik. Akak dah lama follow blog awak rupanya, cuma langkah kaki tak panjang untuk datang ke mari. Selamat berkenalan semula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn. Terima kasih atas doanya. Memang dgn norma baru sekarang makin semput dlm banyak benda hehe.

      Tu la saya rasa pun pernah je kita berinteraksi sebelum ni tp tak perasan pula ada yg belum follow. Maaf ye saya lambat balas follow tu huhu. Terima kasih juga sudi berkunjung ke sini 😊

      Delete
  3. bila masuk wad barulah terasa nikmatnya duduk di rumah dgn selesa n bebas... masa bln posa abe kie masuk wad 10 hari angkara covid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. lagi selesa rehat di rumah sendiri. tapi tu la mama sekarang dah kena masuk wad lagi sekali dah. tabah abe kie. semoga abe kie dan keluarga sentiasa sihat

      Delete
  4. Mudah-mudahan semuanya akan baik-baik sahaja.
    In syaa Allah, bersama kesukaran pasti ada yang dipermudahkan 0leh-Nya.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS