Rutin hidup di UUM yang kian terlupakan. | NaSa

Rutin hidup di UUM yang kian terlupakan.

in , , by NaSa, September 05, 2021
Assalamualaikum

Nota: Ini adalah entri bergambar yang panjang. Skrol baca caption je la korang 😂

Semalam kan 4 September 2021. Maksudnya, genap 3 tahun aku menyandang status sebagai pelajar UUM. Huhu cepatnya masa berlalu. Tahu-tahu dah hampir fasa untuk graduate dari UUM. Rasa macam baru semalam gelak dengan kaklong aku sebab tayar bagasi pecah masa check-in bilik di Inasis TM.

Waktu muda sikit hahahah
Tapi sejujurnya agak tak puas hati bila kenangkan dah hampir tamat belajar ni. Maklumlah cuma sempat belajar setahun lebih je di kampus UUM. Sem 3 kan aku tangguh. Pastu masuk sem 4, baru sebulan daftar semula di UUM, dah kena tukar belajar secara atas talian gara-gara COVID-19. Sedih. Sis belum puas kumpul memori kot. Tetiba kena belajar bertemankan dinding bilik je sampai habis.
 
Penangan belajar secara atas talian ni kan, makin lama aku pun tak ingat
 hidup di UUM dulu macam mana. Ye la belajar atas talian di rumah mana sama dengan di kampus. Takde orang pun yang kisah kau mandi ke tidak, pakai baju lawa ke tidak, makan ke tidak.

Bangun lambat ngam-ngam seminit sebelum kelas pun, masih sempat scan kehadiran sebab cuma kena buka link kelas di phone atau laptop je. Makan masa kelas pun boleh. Muka pun optional nak tunjuk atau tidak dalam kelas tu. Siapa yang rasa serabai tu boleh tutup je kamera. Berbeza dengan dulu yang memang akan semangat nak melawa ke kelas sebab akan berjalan keliling kampus.

Disebabkan itu, sempena ulangtahun ketiga bergelar pelajar UUM ni, izinkan saya kenang semula pasal hidup di UUM yang kini kian dilupakan tu sebab jauh sangat dari mata akibat COVID-19 ni 😌

1) WiFi UUM

Ini tak perlu cakap panjang. Aku rasa semua warga UUM akan sangat familiar dengan benda ni haha

Takde benda ni kerja tak jalan woo 😂
Sesungguhnya WiFi UUM adalah nikmat yang tak boleh didustakan. Besar jasanya kepada kami. Jimat data wohh. Di mana saja kau berada dalam kampus, mostly boleh connect dengan WiFi ni. Laju pun laju.

Tapi kalau sekali WiFi UUM tu jadi takde internet access macam ni, auto rasa nak tumbuk laptop hahahaah

Masa aku terkandas sebulan lebih di UUM sebab PKP tahun lepas, WiFi UUM ni salah satu pengelak daripada aku jadi mereng sebab boleh juga sis download anime dan movie buat isi masa lapang. Cuba kalau UUM ni terpencil dan internet lemah macam KPM Ayer Molek, mau sis meroyan sebab dah la tak boleh balik kampung, takde sumber hiburan untuk distract minda lagi huhuhu

Tapi sejak duduk rumah ni, lupa dah macam mana rasanya kesenangan hidup bila pergi ke mana-mana akan sentiasa dapat WiFi UUM dengan hanya sekali bayaran setiap semester lol. Sebaliknya, sekarang aku kena bayar 140+ bulan-bulan untuk WiFi Maxis. Pergi mana-mana kena bawa 2 phone sebab 1 untuk hotspot, 1 untuk kegunaan biasa. Berat beg tapi mujur berbaloi sebab line Maxis di kampung aku ni laju.

2) Kelas bersemuka

Norma baru kan semua kelas kena buat secara atas talian. Kalau macam UUM, guna aplikasi Cisco Webex selain daripada Portal UUM sendiri atau Whatsapp. 3 sem repeat cara ni dan hadap skrin phone je, akhirnya aku pun lupa macam mana perasaan belajar dalam bilik kuliah 😢

Padahal inilah elemen terpenting untuk melambangkan hidup seorang pelajar! gituu emosi kahkahkah

 Takde dah rasa macam mana kelas full house sampai ke belakang. Kalau yang kelas sempit macam DKG 6 tu, duduklah di tangga atau berdiri la di belakang kalau masuk lambat sobs

Takde dah kena sain tandatangan dalam senarai kehadiran pastu boleh usha nama siapa yang kuat ponteng dan ada potensi kena bar (takpun tolong sain untuk member lol)

Takde dah ramai-ramai angkat phone scan kod QR kehadiran serupa tengah rakam artis di konsert 😂 last sekali scan di monitor pensyarah jugak sebab phone tak detect kod dari projektor lmaoo. Lepas scan berjemaah tu ada bunyi tet tet tet bising gila haha

Dah tak boleh tengok pensyarah kejap berdiri depan komputer, kejap menulis di whiteboard. Dapat yang suka bagi contoh macam Prof Hanif ni lagi pening sis tengok beliau ulang-alik ke kiri, ke kanan. Ayat pula selalu beliau tulis tak habis 😂

Dan biasa kelas online ni tak banyak ambik nota sebab screenshot je apa pensyarah tunjuk. Maka takde juga la nota dengan tulisan mengantuk macam ni. Dan sampai sekarang aku sendiri pun tak faham apa aku tulis kahkahkah

No more berkumpul penuh sekelas camni pastu kalau kena cari orang untuk buat group, cuak tengok orang kiri kanan sebab tobat tak kenal sesiapa dalam kelas tu hshshhahahah aku la tu

Sabtu dah tak boleh jumpa kanak-kanak riang dalam kelas ko-k pusing-pusing cari & buat skop berita (walaupun sebenarnya lepas habis sem 4 memang dah jarang jumpa sebab dah habis ko-k haha)

Tugasan interview syarikat pun pakai Google Meet je sekarang. Takleh menghadap depan-depan haha. Macam temuramah Dr. Zaki (Pengarah Pusat Sukan) ni best beliau bawa pusing Pusat Sukan pastu ter-usha orang mandi kolam 🙈
(masa ni aku demam tau tapi sanggup redah naik bas pergi Pusat Sukan sebab sayang nak tunda tarikh interview haa gigih)

Tugasan pun semua hantar softcopy. Takde dah dapat mesej dalam group whatsapp blok/batch tanya "siapa buat servis printing", dan tak merasa juga nervous nak hantar dalam kelas atau sesat cari bilik pensyarah lol

Masalah hantar softcopy ni juga, kalau pensyarah puji hasil kerja nanti takde bukti bertulis gini tau sebab pensyarah akan cakap mulut je hahahahah. Aku dah la gila perhatian sikit 😂

Sekarang tugas pembentangan pun banyak kena rekod video upload youtube je. Kurang la nervous seperti pembentangan depan kelas. Walaupun sebenarnya aku lagi suka bentang depan-depan sebab boleh bersoaljawab dengan pensyarah pastu goreng je kalau tak tahu haha

Dan pembentangan video ni biasa drama dia masa ahli kumpulan lambat hantar video part dia je. Kalau pembentangan dalam kelas, dramanya boleh jadi lebih ekstrem sebab ahli tak guna buat sesurpris tak datang kelas terus masa giliran bentang 🙂🙂

Paling sedih, hujung semester pun tak dapat berdiri ramai-ramai keliling pensyarah macam ni untuk gambar kenangan sebab semua screenshot di Webex je. Tu pun ada yang tak buka kamera 😌 (btw Hai Dr Houcine :D)

Aku rasa la kan, dah berhantu agaknya DKG-DKG dan bangunan-bangunan kelas ni sebab lama sangat kosong 😂😂

3) Peperiksaan bertulis

Sedih tak yang aku cuma sempat jawab peperiksaan bertulis di UUM ni 2 kali je?? hahaha. Tapi sedih lagi pelajar baru yang masuk waktu PKP COVID-19 tu kan sebab pagar UUM pun tak pernah jejak.

Lebih sedih sebab banyak subjek yang batalkan peperiksaan bertulis dan ganti dengan tugasan lain. Kuiz dan ujian yang ada pun guna Google Forms atau portal je. Pensyarah yang fun sikit guna aplikasi macam Quizziz yang siap ada power up masa jawab kuiz tu. Rasa macam budak sekolah jap 😀

Ahh Dewan Muadzam Shah. Tak boleh dah gigil-gigil sejuk sebab aircond kuat nak mampos pastu tak boleh nak menulis jawapan dengan laju sebab tangan rasa beku 🥶
(btw aku kan...teringin nak dapat meja atas pentas tu untuk jawab exam haha)

Dewan TM ni pun boleh jadi dewan peperiksaan juga dan kegemaran budak-budak TM sebab almaklumlah depan blok kami je

The only time aku exam sekali dengan Qila di Dewan TM ni sebab ambik subjek sama dan nombor matrik aku awal sikit je daripada dia so kami duduk berjiran camni haha

Aku masa tu skema tau sebab rules kata tak boleh bawa masuk alat elektronik kan so biasanya aku tinggal la phone di bilik. Tak dapat la nak ambik gambar tempat-tempat exam. Sekali tengok orang lain ada je bawa masuk phone letak atas lantai. Lepas pengawas peperiksaan kutip kertas jawapan, masing-masing rileks main phone masa tunggu dibenarkan keluar dan takde kena marah pun.

Sis lambat tahu pasal tu makanya ada ni je la kenangan untuk exam bertulis aku di UUM 😌

4) Perang bas lol

An everyday ordeal hoho. Dulu-dulu menyampah je dengan karenah bas lambat, tak berhenti di bus stop yang diminta, dan orang lain jenis tak beratur. Tapi sekarang rindu pula sebab bestnya masa tu tenang je berdiri rapat-rapat jadi sardin dalam bas tanpa perlu risau orang sebelah bawa virus membunuh 🙂

Dan bas ni terapi aku juga tau sebab kalau stres dengan beban kerja atau perangai manusia, boleh duduk dalam bas pusing-pusing kampus walaupun tanpa destinasi spesifik. Lepas puas hati tawaf tu boleh turun di inasis sendiri atau pergi ke V-Mall cari makan.

Kan best ada outlet hilangkan stres belajar daripada duduk rumah terperap tak boleh pergi mana-mana. Tu pun ada manusia kata belajar online ni mudah dan pelajar yang komplen stres tu adalah budak lemah. Huh! Sesiapa yang berpandangan macam tu, dia bodoh. Sis tak peduli lol

Ada waktu mereka sopan beratur tunggu giliran.

Ada waktu semua berebut jadi sardin di muka pintu bas lagi.
Sukan sardin paling ekstrem, semestinya di DKG 6 lol. 10 bas datang, 10 kali juga takleh naik 😂😂

Siapa je tak pernah kena sidai tepi longkang sebab bas kena beratur ni dan perlu jalan kaki jauh-jauh ke bus stop yang sebenar kan. Lebih indah kalau waktu kena sidai tepi longkang tu, hujan lebat hahahah...haha..ha 😑

Also a usual occurrence, pemandu bas hilang 😂 Waktu macam ni kalau nak balik ke inasis takpe. Tapi kalau nak pergi kelas seterusnya, rasa cam nak pandu bas tu sendiri je hahaha

Alkisah kesan akibat lama sangat duduk di rumah ni juga, aku pun lupa jadual perjalanan bas tu macam mana. Like aku ada rekod video pusing-pusing kampus masa bosan haritu. Tapi bila tengok balik, aku pun tak ingat di laluan A dan B tu berhenti di bus stop inasis mana dulu.

Heck nama laluan untuk Inasis TM tu pun aku lupa laluan B hahahahah. So video di bawah ni kosong je la sebab aku tak tau nak label kawasan mana dengan nama apa (kecuali blok akademik) 😂

Tapi pandangan dari kerusi bas belah kanan je la. Dari belah kiri belum sempat rakam sebab tahu-tahu perkhidmatan bas dah dihentikan 🤣

5) FESTIVAL UUM!!!

Aktiviti ni takkan pernah dilupakan sebenarnya dan paling dirindui sebab ianya lubuk yang amat ampuh untuk habiskan duit dan kumpul merit hahahahah. Lepas inasis ni buat festival, inasis sebelah pula. Tak pun UUM sendiri yang buat di merata-rata tempat dalam kampus tu. Fuhh rindu momen struggle kawal nafsu sebab kalau tak, memang poket akan nipis dengan jayanya hari-hari. 

Festival inasis paling jauh aku pernah pergi yang Inasis Petronas je sebab masih laluan B dan gagah lagi la nak jalan kaki. Inasis di laluan lain sis malas nak tunggu bas. Tu pun nak balik dari Petronas gedik naik bas sebab malas jalan kaki. Pastu driver bas bawa pusing kampus sampai COB. Mujur takde benda tumpang naik sekali lol. But now no more makan sedap, aktiviti best, naik bas malam-malam :'(

TM Open Day 2018

Juga TM Open Day 2018 tapi kawasan gerai.
Aku guna gambar ni tulis artikel "UUM nak buka bazar Ramadan" untuk tugasan Kewartawanan. Ada member percaya 😭

Pesta Konvokesyen (Peskon) UUM ke-31 tahun 2018.
The only Peskon yang sis sempat rasa sebab tahun 2019 sis cuti kat rumah, tahun 2020 Peskon cancel lol tak sedih la kena reject jadi AJK Peskon tu

Festival Inasis BSN 2019.

Meriah BSN masa ni sebab buat area makan atas rumput ala-ala piknik tengah malam. Estetik tapi tu la mujur tak tercekik 😂

Masa festival BSN sis masuk petting zoo pegang ular haha

Aor Street Food Festival 2019
Mana datang entah. Tiba-tiba je ada. Tahu-tahu dah berderet gerai depan V-Mall haha

PetroFest di Inasis Petronas 2019.
Ni sempat menyinggah masa balik UUM untuk mohon tangguh sem.

Festival MISC 2020.
Gelak besar dengan Hajar dan Mila masa ni sebab hiasan pentas dah serupa pelamin orang kahwin 😂

TM Vaganza 2020.
Festival terakhir sempat join di UUM sebab minggu depan tu terus start PKP 🙂

TM Vaganza ni festival yang paling aktif kot aku join sebab banyak game aku masuk sebab nak kumpul merit. Tapi dapat juga la hasil fizikalnya. Hadiah tupperware, tumbler air, pastu duit RM30 sebab aku sorang je pos gambar di IG guna hashtag yang AJK program promote untuk pertandingan upload gambar. Lol rugi betul orang lain tak join padahal likes di gambar aku 50+ je sebab dah lama tak aktif 😂

Dan ni juga festival terakhir boleh jalan-jalan dengan Hajar. Pastu dah tak jumpa sebab dia PKP di Kedah, aku di Kelantan. Tahu-tahu member dah habis belajar camtu je lepas praktikal di UUM. Tak sempat bagi hadiah untuk konvo sebab bayang majlis konvo pun takde sobs

The only kenangan between aku dan Hajar. Ada hikmah la aku tetiba terbuka hati nak ambik gambar di photobooth berbayar tu kan 🙂

Oh ye ni idola I, abang takoyaki kerinting (gerai tanglung merah tu). I peminat dia sebab asal ada je festival apa-apa di UUM, akan ada abang ni jual takoyaki dan aku la tukang belinya hahaha

5) Makanan!!!!!!

My syurga~

Kalau baca entri pasal ulser haritu akan tahu la kenapa aku duduk UUM lebih sihat daripada di rumah lol

Dah kafe banyak pilihan lauk kan. Hari-hari boleh makan lauk berlainan. Bosan makan di kafe inasis sendiri, boleh pergi inasis lain. Festival pun hampir setiap minggu ada. Lagi banyak pilihan makanan. Untung aku jenis tak boleh makan banyak. Boleh la maintain 51kg dari awal masuk sampai sekarang 😂

Kafe TM. Hari paling best kalau sempat dapat sambal udang atau daging masak hitam 😋

Tapi sis biasa ambik ikan keli je. Memang dari KPM Ayer Molek membawa ke UUM tak berubah selera ya. Ikan feveret la katakan (btw ye i tapau guna tupperware sendiri sebab go green kononnya)

Dan biasa juga beli nasi, lauk, dan sayur 2 portion terus untuk makan malam sekali. So masa makan tu aku hidang dalam pinggan camni haha. Duduk UUM ni sayur jarang miss tau. Tapi duduk rumah kadang-kadang nasi pun tak makan. Pelik tak? 😗

Kanan tu gerai burger kesukaan. Kadang kalau malas makan nasi, beli burger ni je 2 biji. 1 untuk dinner, 1 untuk supper masa buat assignment haha. Mahal sikit tapi berbaloi la dengan kualiti burger dia sebab sos cili brader tu padu.

Biasa kalau malam kafe akan ambil pesanan di kaunter untuk masakan panas. Boleh la nak makan goreng goreng ke, sup ke. Tapi jujur cakap aku tak suka masakan panas kafe TM lol. Dia macam tasteless gitu. Daging masak merah keras la. Nasi goreng kurang rasa rencah la. Banyak la tak kena dengan citarasa aku. Pastu dapat pengalaman di bawah, terus rasa malas dah beli kat kafe TM 😂

Aku pesan: Nasi goreng cili, ekstra pedas
Abang kafe: 
Aku ingatkan dia akan tumbuk lebih cili masa buat rencah nasi goreng tu biar rasa nasi jadi lebih pedas. Rupanya 😂

Nasi goreng daging merah di kafe Sime Darby juga la yang paling superior. Daging sama banyak dengan nasi. Berbaloi la jalan jauh-jauh pergi beli tu sebab memang kenyang gila. The best nasi goreng daging merah in UUM aku rasa hahahahah

Spicy Korean butter milk chicken DKG 6 uwu

Mee goreng telur mata kafe SOIS. Nampak biashe-biashe kan. Tapi saja nak letak kat sini sebab nak bagitahu harga dia tu luar biasa. RM4 bhai. Sama harga nasi lemak ayam di Kafe Hantu di COB 🙂🙂 Terus aku boikot kafe ni lepas tu haha

Cheese tart DKG 1. Biasa beli sebelum kejar bas nak balik lol. Ada gerai bomboloni sekali kat situ tapi aku tak makan benda berinti jem so tak beli la. Ada juga makcik jual brownies dekat tangga koridor tu. Mahal sebab 4 potong kecik dah RM5 tapi kadang aku beli juga 😂

Brownies pre-order ni juga yang lagi berbaloi sebab sekotak murah gila RM13 je. Masa birthday tahun 2018 aku beli sambut birthday sorang-sorang haha forever alone la katakan

Bila terliur sangat nak McD tapi McD jauh dari kampus, memang rela perhabis duit upah runner untuk belikan. Pelajar baru nanti tolong la petisyen suruh McD buka cawangan baru di Changlun tu. Senang beli kalau mengidam 😂

Takoyaki  🐙 Salah satu menu wajib beli hehe

Menu paling dirindui, nasi beriani daging kambing bakar. Kalau festival tu buat masa awal sem lepas duit PTPTN masuk, aku akan beli sebab masih kaya kan. Kalau festival tu tengah-tengah sem, sis pandang je la sebab dah masuk fasa jimat duit haha

Nasi beriani ni ada kisah kelakar sikit. Aku tak ingat bila waktu sebenar ia terjadi tapi tahun lepas la. Ada satu ketika aku macam terkenang sangat kat nasi beriani dan kambing bakar ni. Tapi sebab PKP di rumah kan, jauh la dengan kedai dia. Kedai dekat-dekat pun belum tentu ada jual menu sama. 

Dan aku punya teringat kat nasi beriani ni sampai satu tahap, masuk mimpi tau. Situasi sama macam aku pergi festival UUM dan beli sendiri di gerai dia. Tapi tiba giliran aku, tahu apa abang tu kata? NASI BERIANI TU HABIS.

Faham tak kecewa tu cemana sebab dah la dalam dunia nyata tak dapat makan benda tu. Masuk dalam mimpi, makanan tu habis pula. HABIS! Mujur aku tak menangis dalam mimpi tu. Mainan tidur betul 🙂

Last but not least...

Occasional ice cream self-treat 🍦
Agak-agak cuaca panas sangat atau memang sis rasa nak makanan manis untuk hilangkan stres, ais krim la solusinya. Tapi sebab kelas online ni, kalau stres pun aku kunyah air batu dari freezer je la mampu 🙂
Banyak cerita pasal makanan di UUM ni. Kalau nak letak semua makin panjang berjela. Aku tamatkan di situ je la kisahnya sebab makin aku tengok gambar, makin lapar. Dah la masuk hari ketiga lepas vaksin ni, perut asyik berkeroncong je. Akhir kata, selamat tinggal syurga makanan di UUM 😌

6) Program

Walaupun program yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan dan kelab masih berjalan dan relatively lebih senang sebab cuma buka phone dan dengar je, tapi masih rindu la momen bersiap pakai lawa-lawa naik bas dan beratur tulis nama tu. Kadang join program di Facebook Live dan Webex tu aku bukan fokus sangat. Last sekali split screen dan aku buka twitter sambil biar je orang bercakap 🙂

Program bersama International Business Management Society (IBMS). Di sini la dapat jumpa Hidayah, Mila, Lyana...😊

Perjumpaan calon-calon ahli Peskon 2020. Walaupun sis kena reject even after gigih redah hujan pergi temuduga dan Peskon lepas tu pun akhirnya dibatalkan, masih fun la boleh jumpa ramai-ramai kumpul pengalaman

Program bersama inasis sendiri. Walaupun masa ni menyampah kena paksa turun dan akhirnya merit tak masuk-masuk pun tapi bila lagi nak lepak di padang malam-malam kan 😂

Dah tak dapat nikmat "makanan disediakan" camni haha

Masa join "Tanabata" anjuran Japanese Cultural Club. Contoh main redah je masuk program pastu takde ahli nak buat kumpulan so kita random je buat group dengan orang tak dikenali. Mujur ada Izyani (tudung putih tu) buat geng 😂

Juga salah satu contoh redah je masuk program solo pastu buat group dengan strangers lol. Masuk pun sebab support member (Qila dan Fatin) yang jadi AJK. Pastu menyesal sikit sebab kena lari keliling tasik Sime Darby. Aku mana ada stamina woi 😂

Program bersama Persatuan Sukarelawan. Banyak aktiviti sukarelawan ni dan salah satu aktiviti yang patut buat tahun lepas adalah pergi ke Thailand masa cuti sem Julai 2020. Aku dah bayar deposit RM100 kot pastu sebab PKP, program tu tertangguh dah setahun lebih dah. Aku pun dah masuk sem akhir ni. Dah la tak dapat merit antarabangsa, duit pun burn lmaoo

7) Cats of UUM

Ah ye sahabat bulu-bulu saya~

Pengubat stres yang sangat berguna. Tak jemput masuk bilik pun dia masuk juga jadi tetamu kehormat. Sihat ke tidak agaknya geng kucing ni masa covid ni. Dulu masa kampus buka, ramai juga yang duk bagi makan 😢

Best friend sem 1. Punca selipar jepun aku teruk bergarit-garit sebab dia suka buat jadi tempat asah kuku lol

Kucing ni kelakar. Tetiba je panjat tingkap dari luar pastu tersangkut di jaring nyamuk. Lepas aku buka jaring tu, dia terjun masuk dalam bilik dan keluar dari pintu pula.... Apa punya perbuatan sia-sia entah 🙂

Berani dia menunjukkan aksi berkasih sayang di depan sis yang single ini 😑

Antara best friend aku masa tersangkut di kampus sebab PKP tahun lepas. Lupa bagi nama walaupun hari-hari dia masuk bilik lol. Pastu masa jumpa semula time aku ambik barang dalam stor UUM, tengok-tengok anak kucing ni dah jadi mak kucing dah 😅

Kucing jantan BKBM yang mengada. Aku tunduk kejap je nak usap kepala dia yang sedang tidur tengah-tengah jalan. Sekali dia panjat bahu naik duduk atas beg aku. Kepala selamba je lentok atas bahu i lol. Aku dah berdiri ni pun dia buat tak kisah 😹

Sebab kesian kucing jalanan banyak lapar kan, siap beli makanan kucing yang lagi mahal daripada makanan aku haha. Padahal kucing di rumah sendiri makan nasi gaul ikan rebus je 😅

Apa lagi benda yang biasa aku buat di UUM ahahah tempek selagi boleh untuk kenangan.
V-Mall. Kalau bukan untuk makan atau shopping, biasanya sis lalu sini untuk jalan kaki pergi COB sebab malas naik bas dan nak bersenam lol

Berjalan di laluan ni menuju ke perpustakaan dan COB best sebab tenang je cuci mata tengok kehijauan alam ewahh~

Wajah baru perpustakaan UUM lepas dia cat haritu. Masa mula-mula masuk dulu kusam je warna cat. Dah rupa bangunan usang sikit haha. Tapi fun fact: Aku tak pernah pun masuk dalam perpustakaan UUM ni. Lepak study hall tepi tu atau lalu di luar je selalu 😂

Cantik fountain depan perpustakaan ni. Tapi jalan kena hati-hati sebab kawasan yang ada ruang air tu takde pagar. Takut tak perasan kang ada yang terjerlus pula 🙂

Hari kaya yakni hari PTPTN masuk biasanya sesak camni la di Bank Islam V-Mall sebab ramai ambik duit lol

Di V-Mall ni juga biasa aku mengembara di semua kedai alat tulis cari kertas warna yang unik untuk quilling art aku. Asal jumpa memang aku beli banyak terus buat stok. Tapi sekarang hanya mampu berhuhu

Ahh my nemesis. Jarang aku tak membebel pasal UPC ni setiap kali ambil parcel. Adaaaa je isu dia. Harap mutu perkhidmatan pada masa akan datang makin meningkat ye.

Oh ye walaupun perpustakaan aku tak pergi, tapi klinik universiti ni aku pelanggan setia. Satu sem ada 4-5 kali aku pergi ambil ubat haha. Hobi kalau singgah di sini adalah timbang berat. Tapi tahun lepas takde dah alat penimbang tu. Sampai hati PKU alihkan 😂

Ladang rusa UUM. Sombong diorang ni. Hulur rumput atau daun kering baru nak pandang kita tepi pagar ni. Kalau tak, jeling pun tak mau haha

MyBas~~Masa sem 1 kalau nak keluar ke Changlun, biasa ambik kereta sapu. Tapi lepas Aimi ajar cara naik MyBas ni, sis setia dengan bas ni je la. Boleh naik di COB atau tunggu je di belakang blok TM tu. Nak balik kampung pun aku tarik bagasi naik bas ni je sebab murah RM2+ je sekali jalan 

Musim bunga di UUM pun best juga. Masuk waktu dia, kuning je pokok-pokok di sepanjang jalan dalam UUM tu. Pokok yang bunga warna pink pun ada. Ramai la ambik kesempatan nak bergambar masa ni. Feeling duduk oversea ehhh 😂

Tapi ada juga la beberapa benda yang aku ralat sikit sebab tak dapat nak try sebelum habis belajar ni. Sebab tak expect corona akan muncul kan so ingatkan nak cuba nanti-nanti je. Akhirnya tak dapat langsung lol. Tak tahu la pasni boleh merasa ke tidak. Sedih betul

1) Go-kart UUM
Litar go-kart ni hari-hari aku lalu sebab sehala dengan arah perjalanan menuju ke Inasis TM. Jalan kaki pun boleh sampai. Tapi tu la tak dapat merasa langsung sebab kepala duk plan nanti sem 4 ke, 5 ke. Sekali belajar kat rumah je. Terus melepas.

2) Kayak di Tasik Sime Darby
Tasik ni pun dekat sangat je sebab belakang inasis MISC dan BSN yang bertentangan dengan TM. Tapi tu la benda yang dekat di depan mata la yang kita biasa akan terlepas pandang kan. Patut aku redah pegi je terus haritu hahaha

3) Daki Bukit Bunga Raya
Ni serius cakap, memang tak sempat jejak. Dengar je member duk cerita pergi buat rombongan daki Bukit Bunga Raya tu siap upload gambar di puncak. Tapi aku ni  sampai sekarang tak tahu pun bukit tu kat mana 🙃

Tapi nak buat macam mana kan. Dah terlambat dah pun. Kampus UUM pun entah buka ke tutup sekarang. Redha je la kiteee

Okey dah panjang teramat sangat dah ni. Siapa entah yang rajin nak baca sebab aku sendiri preview untuk edit pun malas nak skrol hahahah. Aku pun tak tahu dah nak letak apa maka aku akhiri entri ni dengan last pasal rutin di stesen bas Changlun 🤣

Pelajar jauh-jauh akan tahu tempat ni haha. Kalau dari Kelantan balik UUM, aku biasa ambil bas pagi untuk sampai petang sebab kalau waktu Subuh, stesen ni menyeramkan ye. Ada je pilihan untuk ambil bas yang pelajar UUM sewa dan terus hantar ke inasis tapi tiket dia lebih mahal dan kerusi bukan VIP 2+1 so aku jarang guna. 

Lagipun kalau naik bas di stesen Changlun boleh lintas jalan pergi makan malam di KFC sementara tunggu bas sampai 😋

Dan walaupun sedih ada benda tak sempat buat di UUM, tapi takpe yang penting aku tetap ada gambar aku depan pagar UUM sebelum ucapkan selamat tinggal UUM tu 😂

Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Harapnya aku akan insaf tulis pendek sikit hahaha ok bye.

Terima kasih kerana membaca.
Assalamualaikum.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. zmn blaja kena kumpul byk memori..
    tp dh covid ni kena bertabah la blaja online.. huu

    ReplyDelete
  2. Best study kat Uni, macam macam ragam dan kenangan. Hehehhe.

    ReplyDelete
  3. teringat zaman buat TESL kat UM dulu. 6 thn di sana. Byk tul pengalaman..

    ReplyDelete
  4. Salam Biru Warna. UUM ni pada saya satu anugerah tuhan untuk para pelajar. Dengan ada padang golf, ada zoo, ada mall. Alhamdulillah. Serba lengkap.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS