Assalamualaikum
Sesiapa anak-anak kelahiran tahun 80an dan 90an, nescaya dah boleh bangun dari tidur anda sekarang sebab bulan September sudah pun berakhir. Kalau anda dapat reference lagu tu, dapat la. Kalau tak dapat, mungkin kena google dulu hehe
Anyway, seperti tajuk di atas, harini jom baca satu lagi entri berseni yang dibawakan khas oleh jari jemari gemok saya ni. Tahun lepas kan ada diterbitkan satu entri pasal koleksi seni quilling aku sepanjang September masa tu kan, tahun ni pun kita buat la part 2 pula alang-alang tarikh sama 30 September hehe. Entri pertama sebelum ni boleh baca di entri Seni September yang ni.
Tapi mohon take note yang walaupun namanya "Seni September", ni bukan seni yang aku buat dalam bulan September macam tahun lepas masa aku ambik order orang tu. Kali ni, hasil seninya adalah hasil sepanjang tahun. Almaklumlah sem lepas kan busy final sem. Aku tak sempat nak open order pun. Kerja aku banyak beli kertas je tahun ni haha (pastu kecewa sebab kertas tak penuhi citarasa sobs)
Istimewanya, kalau tahun lepas aku banyak fokus kepada typography (huruf atau perkataan), tahun ni hasil seni aku ada cuba benda yang aku tak biasa buat sebab sebelum ni tak cukup alat atau kerajinan. Apakah benda itu? Haaaa kena baca di bawah.
Selamat mencuci mata, semua. hehehe
AMNI
Quilling typography: Amni. Saiz: 4R. |
Emm ni order Disember 2020 sebenarnya. Tapi sebab lawa aku masukkan juga la kat sini hahaha
Ni ada orang tempah untuk anak buah beliau yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Nasib customer ni agak baik sebab masa ni aku ada stok shadow frame box yang bahagian dasarnya lebih dalam daripada frame gambar biasa. Jadi antara stand frame dengan bahagian lutsinar (sama ada plastik atau kaca) di depan tu, ada ruang yang agak luas la. Sesuai untuk seni quilling yang 3D timbul, bukan sekeping flat macam gambar biasa. Cuma kena tambah duit sikit of course sebab frame ni mahal haha
Bawah ni close-up yang aku suka sebab daun dia orang selalu puji nampak cantik (dan memang cantik pun). Tapi kerja keras di sebalik nak susun setiap urat daun tu Allah saja yang tahu betapa nak patah belakang I tau ahaha. Aku selalu bebel kat diri sendiri kenapa la aku ambik order jenis macam ni tapi lepas siap, sayang juga nak bagi kat customer 😂
Design untuk Amni ni diambil daripada design Fatin yang tahun lepas punya sebab customer tu kata buat je macam mana yang rasa cantik. Aku seram tau kalau orang kata macam tu sebab takut syok sendiri pula. So aku tunjuk yang versi Fatin tu dan dia kata okey maka siaplah yang begini.
MANDALA
Flower mandala. |
Yang ni ala-ala mandala. Tak ada la mandala sebenar sangat pun. Aku buat ikut sedap tekak je sebab corak mandala macam ni ramai kawan-kawan artis duk buat. Tapi aku malas nak guna kertas warna-warni macam orang lain sebab tak rajin nak potong kertas dan kalau guna warna yang banyak, aku boleh jadi overwhelmed tak tahu nak guna warna apa dulu. Kalau jadi macam tu, biasanya aku tak jadi buat terus. Tu yang aku fokus guna kuning dan pink belacan(?) ni je.
Orang kalau buat mandala ni kena simetri setiap susunan sebenarnya. Tapi aku jenis yang maleh la nak ukur mengukur ni. Aku buat asal boleh je dulu sebab tengok orang buat lawa je. Tapi dalam "buat asal boleh" tu, saja cari bala juga sebab guna bentuk yang susah. Design ni kan boleh nampak banyak part yang melengkung macam "V" tu. Part tu susah nak melekat di bahagian kertas yang lain dan kena tekan lamaaa sampai gam kering baru boleh lepas. Walhal ada je design yang lebih mudah haha.
Walaupun usaha agak ala kadar, tapi aku puas hati je dengan kejadiannya. Asalkan cukup bilangan kertas yg aku guna untuk setiap sisi dan bahagian pun dah cukup bagi aku. Sebab buat saja-saja kan. Kalau buat tempahan orang tu baru sis ukur hehe
VORTEX COIL
Warna main hentam je haha |
Ni bukan untuk kegunaan rasmi dalam mana-mana artwork pun. Aku buat untuk video tutorial di group Facebook yang aku masuk je. Group Facebook untuk seni quilling ni best tau sebab ramai orang luar negara join. USA, UK, Vietnam, Canada, Rusia, India, negara dari Afrika, semua ada. Dalam group tu ada pelbagai level mahir. Kalau aku, intermediate la kot? Advanced pun ada, dan ramai juga yang newbies.
Kalau yang advanced tu biasanya share gambar order yang mereka buat. Aku jenis rekod video pendek-pendek tunjuk cara nak buat sesetengah bentuk je. Dan biasanya gambar atau video tu dapat sambutan daripada newbies sebab aku fokus buat video pendek dan ringkas, tapi guna cara yang mudah. Merasa la kembang semangkuk kena puji dengan orang oversea hehe
Macam vortex coils ni agak susah nak buat bagi beginner tapi dengan cara yang aku tunjuk tu, agak mudah je sebenarnya. Videonya ada di YouTube aku.
MALAYSIAN FLOWER
Warna-warni di Aidilfitri~ |
Ya, namanya memang MALAYSIAN flower. Sebab orang yang asaskan bunga ni adalah artis Malaysia. Tumpang bangga jap selaku orang Malaysia sendiri 😁
Ni pun bukan untuk kegunaan rasmi. Aku buat masa nak lari dari kenyataan kejap. Waktu ni busy dengan assignment sebenarnya tapi aku takde mood pun nak sentuh kerja. Jadi aku ambil kotak yang aku simpan kertas sisa yang potong tak jadi masa proses buat paper strips dulu dan asingkan yang mana okey, yang mana dah takde harapan. Lepas tu aku buat jadi kelopak bunga macam ni. Recycle~
Lepas siap bunga ni sebekas dan kertas sisa tu banyak dah habis, baru otak tenang sikit dan boleh la sambung buat kerja kelas. That's why aku kata seni quilling ni terapi aku hehe
TIGHT COILS AND FRINGED FLOWERS
Tight coils yang bulat kecik-kecik macam candy tu |
Ni pun guna kertas sisa macam bunga di atas. Memang banyak tau kertas sisa dalam seni quilling ni sebab percayalah, setiap kali proses potong kertas tu ada je yang tak nak jadi. Aku dah ukur seboleh mungkin nak dapatkan 5mm pun tetap juga ada yang nak senget sikit sampai satu hujung jadi 4mm, satu hujung 6mm. Stress jemah hahaha. Mujur je boleh recycle jadi tight coils ni je.
Tapi kalau bunga tadi tak boleh guna untuk kegunaan rasmi sebab kelopaknya semua bukan guna kertas sama saiz, tight coils ni boleh je guna dalam order sebab dia kecik kan. Jadi perbezaan saiz kertas tu tak nampak dan boleh la jadi filling untuk mana-mana gap dalam artwork yang ditempah tu.
Fringed flowers |
Bunga ni dibuat daripada sisa kertas yang paper cutter aku dah tak boleh nak potong daripada kertas A4 tu sebab susah haha. Setiap helai kertas biasanya ada la sehelai kertas sisa bersaiz 1-1.5 cm ni. Nak buang, sayang sebab saiz besar kan. Kalau ikut saiz standard 5mm yang aku guna, boleh dapat 2-3 paper strips kot. Tapi kalau nak potong sendiri pun, takut senget berbanding guna paper cutter.
Maka, kita gunting hujung dia jadi rambu-ramba kemudian gulungkan jadi fringed flowers. Bunga ni pun sama boleh guna untuk kegunaan rasmi sebab semua biasanya standard saiz 1-1.5cm jadi takde banyak perbezaan pun. Fringed flowers ni penat sikit nak gunting rambu-ramba dia tapi lepas siap, aku suka tekan-tekan part "berbulu" dia tu hehe
3D PLANTS!!
Succulent hijau |
Ni yang aku kata baru cuba buat sebab tak cukup alat sebelum ni. Hasil 3D macam ni biasanya guna kertas saiz 1-3mm. Masalahnya paper cutter yang aku guna tu cuma boleh potong saiz 5mm ke atas dan di Malaysia ni pun takde orang jual kertas yang lebih kecil daripada 5mm. Kalau ada pun, mahal gila. Tu yang aku biasa buat bunga macam yang di atas tu je sebab yang tu guna saiz 5mm ke atas.
Succulent hijau yang kelihatan 3D macam pokok sebenar atas ni aku berjaya buat untuk kali pertamanya lepas mahirkan diri guna pemotong kertas lain yang boleh ukur manual kertas tu kepada saiz 1-3mm. Tu pun jenuh nak potong kertas sebab pemotong tu pisaunya kecik dan mudah tumpul, jadi kertas pun mudah koyak. Stress sis sebab kertas terbazir tau 💆🏼♀️
Tapi walaupun percubaan pertama, Alhamdulillah hasilnya elok je. Lepas sapu gloss tu, kawan-kawan dan orang lain yang tengok pun kata sekali pandang, nampak macam pokok succulent sebenar hehe
Pandangan dari atas. |
"Pasu" dia pun guna kertas juga. |
Ni versi warna hitam dengan hujung keemasan |
Yang ni bunga ros tak jadi hahahah |
Yang merah ni bunga lain sebenarnya. Aku ingat nak buat macam bunga ros gitu tapi untuk bunga macam ni, kertas lebar 3mm macam yang aku guna untuk pokok succulent tu tak sesuai. Sebabnya ia masih terlalu tebal dan kelopaknya jadi keras, tak boleh nak dibentukkan sesuka hati. Ternyata 3mm tu sesuai untuk pokok 3D je. Kelopak bunga ni kan ada yang bentuk beralun so kena guna kertas lagi kecik.
Saiz apa yang diperlukan??
1MM!! Nipis dia ibarat sisa kertas yang kita dah tak nak guna lepas gunting gambar kerja sekolah nak tempek dalam buku tulis. Dah la mudah putus sebab kecik sangat haha. Stress sis la 💆🏼♀️
Mujur hasil akhirnya tampak berbaloi sebab menjadi juga bunga 3D aku akhirnya. Walaupun tak nampak macam bunga ros yang aku nak buat tu, tapi at least nampak juga la dia bunga kan 😁
Nampak basah berkilat sebab sapu gloss tak ingat dunia ahaha |
Selain tu, aku ada try buat bunga orkid juga.
Bezanya mujur bunga orkid ni sebab dia macam agak rata dan sturdy gitu, boleh la guna kertas 3mm je. Kalau kena guna kertas 1mm juga, mungkin waktu ni aku taip blog guna dagu sebab jari jemari patah duk gulung kertas nipis tu 😂
Di sini saja la update seni untuk kali ni. Harap anda suka la dengan warna yang anda nampak hari ini.
Istimewa sikit artwork kali ni sebab semua aku belum upload di Instagram seni aku. Aku berhenti pos di IG tu sejak Oktober 2020 sebab nak fokus kelas tapi entah la malas nak pos sekarang walaupun ada je artwork yang aku buat. Aku cuma pos dalam Facebook (private group), story WhatsApp (contacts sahaja), dan Twitter (limited untuk yang tahu je). Ni baru pampang kepada umum haha
Tengok la kot pasni aku rajin sikit ke nak pos di IG tu, aku sambung pos. Kalau tak, kita jumpa tahun depan untuk Seni September part 3 😂
Jaga diri semua. Tak sangka kan yang dah selamat habis lagi 9 bulan hidup kita dalam pandemik COVID-19 ni. Pejam celik, pejam celik, tinggallah baki 3 bulan untuk kita hidup dalam tahun 2021 ni sebelum masuk tahun 2022. Wah rasa nak minta refund je waktu untuk 2020 dan 2021 ni sebab entah ke mana masa muda i berlalu. Tua begitu saja kat rumah sobs
Bye dan Assalamualaikum.
chantek 😅
ReplyDeletewake me up..when September ends
ReplyDeletekretipnya awak..
wow kagum mama tgk hasilnya.. cantiknya
ReplyDeleteRajinnya buat kraftangan. Kalau jual di shopee pasti dpt buat duit ni...
ReplyDeletewah..cantikny. semoga sentiasa ada idea dan masa dan hasilkan quill yang lebih cantik lagi. semoga sukses di Youtube juga
ReplyDeleteya allah cantiknyaa!! berbakatnyaaa
ReplyDelete