Assalamualaikum
Zombie disclaimer: Bakal menyerang orang yang berotak sahaja. Sekian. |
Yak yak yeay Alhamdulillah setelah lebih 2 bulan tunggu giliran vaksin lepas daftarkan nama dalam aplikasi MySejahtera, akhirnya aku berjaya menerima suntikan dos pertama pada 2 September 2021.
Syukur dapat tarikh vaksin awal. Kalau diikutkan, aku daftar nama dalam MySejahtera tu lambat sebenarnya. Sepatutnya dapat tarikh lambat la juga kan sebab sedangkan orang yang dah daftar awal sejak Februari 2021 pun ada yang belum dapat tarikh.
Aku dapat cepatkan tarikh vaksinasi tu pun lepas buat aduan di Helpdesk MySejahtera. Mama yang suruh buat sebab nak semua orang dewasa dalam rumah ni dah ambil vaksin. Almaklumlah mama dan abah kan golongan berisiko tinggi since dua-dua dah tua dan ada penyakit. Anak-anak buah aku yang tinggal sekali dengan kami pun risiko tinggi sebab bawah umur dan belum layak divaksin.
Jadi tanggungjawab tu jatuh kepada kami yang dewasa ni la untuk dapatkan vaksin agar orang lain yang berisiko tinggi tu boleh ikut selamat daripada herd immunity.
Hasilnya, panjanglah aku berkeluh-kesah di Helpdesk MySejahtera tu seperti di bawah.
Bahasa baku kena on point hehe |
Nak tulis lagi panjang sebenarnya tapi ada had aksara lol. Jadi aku adjust ayat biar ringkas tapi lengkap tentang kenapa aku perlu dapatkan vaksin secepatnya. Alhamdulillah aduan diproses laju. Aku hantar aduan 22 Ogos 2021 lepas 12.30 tengah hari. Pastu mesej daripada MySejahtera yang suruh aku sahkan tarikh vaksin tu diterima pada 24 Ogos 2021 pukul 9.50 pagi.
Kurang 48 jam menunggu.
Maka keluarlah tarikh temujanji seperti ini dalam MySejahtera aku.
Sambil pergi cucuk vaksin, sambil merasa angin pantai. Ewah~ |
Aku daftar lambat 15 Jun tu sebab masa mereka umumkan projek vaksinasi di Malaysia awal tahun tu, aku kan tengah sibuk dengan kelas. Bimbang la kalau daftar awal dapat tarikh temujanji awal, macam mana nak pergi kalau waktu temujanji tu clash dengan waktu kelas kan.
Dah la side effects bukan kaleng-kaleng orang kata. Kot la kalau demam atau jadi terlebih letih, takut tak dapat nak function pula untuk buat kerja kelas kan. Sebab tu aku tunggu hujung sem baru daftar.
Tapi rupanya yang daftar awal pun ramai je lambat dapat tarikh vaksin lol. Kalau tahu yang tarikh vaksin tu kemain slow dia proses, baik la aku daftar dari bulan Mac je terus haha
Dan kalau aku tak dapat tarikh lepas buat aduan tu aku plan nak merajuk tau sebab ada orang di twitter tu dia taip lirik lagu je di Helpdesk MySejahtera. 2 hari lepas tu dia terus dapat tarikh. Apekebende 😂
Tarikh 2 September tu sebenarnya aku dah start LI tau. Mujurlah dapat bos yang sokong vaksin.
Hari pertama meeting lagi, Puan Emma doakan aku supaya cepat dapat tarikh vaksin. Lepas dapat tarikh, semangat pula bagi tips nak kena buat apa sebelum pergi PPV. Free juga aku dapat kerja half-day haha. Aku pun kemain beli reusable mask corak Batik untuk double-masking untuk lebih protection.
(dan untuk lebih lawa kononnya 😂)
Hari kejadian.....
Dewan Bunga Raya yakni PPV untuk daerah Tumpat |
Lokasi PPV ni dalam 20-25 minit dari rumah aku. Aku dah siap awal lepas Zohor lagi sebenarnya tapi sampai lambat juga ke sini hampir pukul 3pm camtu sebab hantar mama ke pusat dialisis dulu. Mujur la masa sampai ni tak ramai orang sangat. Mungkin sebab sesi petang kot.
Stesen 1 - Kaunter Pendaftaran |
Blur sikit aku masa ni sebab lepas sampai, aku tahu scan kod QR tu je di MySejahtera. Tapi proses seterusnya macam tak jelas. Lepas scan dan check suhu boleh aku terus pergi duduk je di kerusi menunggu. Tunggu apa benda entah. Lepas tengok ada bakul Dos 1 dan Dos 2 atas meja depan akak RELA tu baru aku macam "eh kena bagi IC la kan baru dia panggil." Terjadi bodo kejap di situ haha
Lepas nama dipanggil guna mikrofon ala-ala cikgu panggil suruh naik pentas, kena jumpa petugas untuk saringan awal dan tandatangan 3 helai borang. Masa ni baru faham kenapa Puan Emma suruh bawa pen sendiri. Lagi selamat daripada pen yang ada di situ since entah berapa ramai dah pegang kan.
Borang yang dah disaring kot-kot ada penyakit kronik, alahan, mengandung, atau menyusukan anak. |
Ruang menunggu sebelum masuk dewan. |
Lepas dah tandatangan borang, kena datang menunggu dulu di sini dah serahkan borang dan IC tu kepada akak JPAM pula untuk dia guide masuk ke dalam. Tengok kat tempat ni macam tak ramai kan tapi kat dalam sebenarnya penuh orang haha. Mujur masa masuk tu ada beberapa kerusi kosong.
Stesen 2 - Ruang pengesahan maklumat. |
Proses di setiap stesen tak lama pun. Kat sini pun dia tanya pengesahan alamat dan nombor telefon sama ada milik sendiri je seingat aku. Then tanya untuk sahkan betul ke aku baru nak dapat dos pertama. Pastu dia bagi balik borang dan suruh ke stesen seterusnya di sebelah.
Stesen 3 - Tempat penentuan jenis vaksin yang akan diterima. |
Ada 2 jenis je vaksin di PPV ni iaitu Pfizer dan Sinovac. Astrazenecca takde. Siapa yang baru nak dapat dos pertama macam aku, akan automatik dapat Pfizer la. Sinovac tak ramai pun dan kebanyakan yang datang untuk Sinovac tu untuk dos kedua sebab Sinovac kan dah dihentikan pengagihannya di Malaysia.
Jadi lepas dah tick kotak di borang untuk pengesahan terima Pfizer, kita beralih ke stesen 4 pula.
Waktu untuk dicucuk mikrocip hehehe~
Total ada 3 bilik suntikan. |
Kat sini kena simpan IC dan serahkan borang tu kat abang JPAM. Nanti dia bagi borang tu kepada petugas di meja-meja tu dan panggil nama untuk suntikan masing-masing. Aku dapat bilik suntikan 2.
Walaupun aku memang pegang phone untuk ambik gambar setiap stesen, tapi masa suntikan tu aku tak plan pun nak rekod. Niat macam "takpe la kita tengok je la dia suntik dan tekan syringe tu" sebab tak nak kacau kerja nurse kalau nak rekod bagai kan.
Tapi hati sis tak kuat nak tengok sebab aku memang tak suka jarum. So lepas duduk tu cuba juga la beranikan diri tanya nurse, "boleh rekod tak?" dan Alhamdulillah nurse tu kata boleh haha
Sis pegang sendiri je phone tu sebab takde meja nak letak. Soalnya kerusi tu nurse susun menghadap dinding kanan untuk elakkan orang luar nampak kalau perempuan bertudung selak lengan baju belah kiri masa nak cucuk jarum. Aurat-friendly gitu.
Rasa macam banyak cekadak je aku ni tapi mujur nurse supportive. Siap tanya dah ready ke untuk dicucuk lepas aku mulakan video. Pastu tengok aku duduk tegak camtu dia suruh sandar sikit untuk lebih rileks.
Jadi walaupun aku takut jarum, dengan kamera untuk distraction dan nurse tu pun layan baik je, akhirnya tak takut sangat la. Dan proses suntik pun cepat. Masa nurse kata "saya cucuk sikit ya" tu, rasa macam kena gigit semut sikit pastu tahu-tahu nurse dah buang syringe tu dalam waste bin sebab dah siap.
Aku di kerusi ni rasa macam "eh?? dah habis??" 😂
Dan nervous punya pasal, aku dengar nurse tu suruh tarik nafas je. Lepas tekan syringe tu dia ada kata "hembus" tapi sis tak dengar. Masa tengok balik video ni baru perasan aku masih tahan nafas hahahaha
Stesen 5 - Kaunter penyerahan kad temujanji dos kedua |
Masa menunggu kat sini, aku macam di awang-awangan lagi sebab cucuk tadi tak rasa sangat kan so aku pun tak sure betul ke aku dah cucuk. Tapi makin lama makin berat rasa bahu aku tu so betul la tu vaksin dah masuk badan.
Sebelum petugas tu siapkan kad vaksin, dia ada tanya aku orait ke tidak lepas vaksin tu. Ada pening-pening ke, apa ke. Aku kata takde rasa pape pun. Cuma lengan kanan je la rasa kebas semacam. Petugas tu gelak je dan kata tu memang fenomena normal lol
Menyibuk je dia nak tunggu kad temujanji juga 😂 |
Stesen 6 - Recovery area. Kucing hitam putih tu sebenarnya tengah usha makanan petugas dalam kotak 😂 |
Lepas dapat kad vaksin dan tarikh untuk suntikan dos kedua vaksin, petugas tu suruh bagi balik borang kat ahli RELA dan keluar ke sini. Aku ingatkan ada benda nak kena isi lagi tapi ni la kot tempat yang orang kata kena duduk menunggu seketika untuk petugas pantau kot-kot ada yang dapat side effects on the spot dan perlukan bantuan kecemasan lepas vaksin.
Tapi kami yang menunggu ni Alhamdulillah takde reaksi negatif apa-apa pun so petugas tu pesan suruh banyakkan rehat, jangan buat kerja berat, dan makan ubat tahan sakit kalau ada side effects yang kuat. Dia ingatkan juga untuk datang semula lepas 3 minggu untuk dos kedua tu. Kemudian boleh la balik.
Saya telah divaksin! |
Photoshoot time!!!
Booth ni dia letak di sebelah dewan dan hadang dengan kain rupanya. Mujur ada. Aku tengok depan dan belakang dewan ni banyak susun kerusi untuk menunggu je so ingatkan takde photobooth. Kecewa sis ingatkan tak boleh bergambar buat kenangan dan show off yang aku dah vaksin hahah
Nasib baik juga ada akak sorang ni belok ke sini nak bergambar dengan suami dia lepas vaksin tu. Sempat la aku buat muka tak malu minta ambilkan gambar aku sebab orang lain yang berkumpul dengan kami tadi semua terus balik.
In exchange aku ambilkan la gambar akak tu. Maka boleh la mereka suami isteri bergambar together daripada ambil gambar asing-asing. Yang kelakarnya, aku ambil gambar akak tu elok lurus tau semua elemen masuk. Tang gambar aku, senget. Untung la i reti edit gambar bagi lurus balik 🤣
Bye, pantai. Jumpa lagi 3 minggu. |
Mendung awan bak mendungnya hati saya eh tiberr |
Gelap teruk awan masa aku dan abah dalam perjalanan balik ni. Elok masuk jalan menghala ke Wakaf Bharu, hujan lebat terus. Ribut membawa ke malam pula tu. Sedih sis kenapa la dia tak mendung dari pagi.
Sebab siang tu memang kemain dia panas serupa oven. Aku kan pakai double mask. Berpeluh serupa air paip muka aku sebelum pergi PPV tu. Mujur dalam kereta dan dewan tu aircond kuat so sejuk la sikit badan. Tahu-tahu lepas balik, mandi, dan basuh baju yang aku pakai ke PPV tu, timbul jerawat sebiji di bawah bibir aku akibat 'maskne.' Menyampah hahaha
Aku nyaris nak tanya kawan aku kesan sampingan lepas vaksin ni memang ada yang naik jerawat ke? Takleh dibayangkan kalau betul kan. Mesti lagi ramai tak nak vaksin sebab takut muka jerawat lol. Mujur aku waras sikit je sebab teringat yang sebelum pakai mask, aku pakai sunscreen. Masa pakai mask pula, cuaca panas dan muka berpeluh. Tu yang jadi punca jerawat tu. Bukan vaksin.
Kalau kesan sampingan vaksin yang sebenar pun, setakat ni takde rasa nak demam. Rasa selera makan bertambah, badan lesu, etc macam orang lain pun takde. Cuma lengan kiri tempat suntikan tu je bengkak dan berat. Dan semalam aku ada rasa loya teruk tengah malam tu. Rasa loya tu lagi teruk daripada loya yang aku biasa rasa lepas makan. Tapi takde la muntah betul-betul pun.
Tak pasti sama ada kesan sampingan teruk tu belum munculkan diri ke apa. Cumanya memang harap sangat-sangat yang kesan sampingan ringan ni berterusan sampai bila-bila. Sebab sis maleh nak demam-demam ni. Takde orang nak jaga. Aku pun busy dengan internship. Walaupun WFH dan bos baik boleh dibawa berbincang, tapi kalau boleh taknak la susahkan orang lain kan.
Semoga 3 minggu ni berlalu dengan aman je dan aku akan berjaya lengkapkan dos kedua pasni dengan selamat. Sesiapa yang masih menunggu tarikh vaksin tu, semoga urusan anda dipermudahkan. Dan kalau anda layak dan sesuai untuk ambil vaksin, silakanlah ambil.
Ayuhlah kita bersama-sama berganding bahu menggembleng tenaga untuk putuskan rantaian COVID-19 di negara kita (ayat karangan BM hehe).
Bye dan Assalamualaikum.
Alhamduillah, vatsin sebagai iktiar semoga Allah memelihara kita semua daripada wabak covid-19 ini.
ReplyDeleteInsyaAllah aminnnn. walaupun wabak ni mungkin lambat nak hilang sepenuhnya tp sekurang-kurangnya cuba juga utk lindungi diri dpd kesan jangkitan lebih teruk kan
Deletesu pun dpt pfizer!
ReplyDeleteeh sama geng hehe
Deletesaya pun dah vaskin tapi saya sinovac!! hehe :)
ReplyDeleteAlhamdulilah semoga selamat sentiasa lepas ni 😊
Deleteeh vaksin haha
ReplyDeleteHendak tanya kena ada internet ke masa pergi check in Mysejahtera. Kalau pusat itu ada sediakan internet bagus juga. Haha sebab pakai internet rumah jadi musykil.
ReplyDeleteTak pasti WiFi disediakan di semua tempat atau tidak sbb kat sini macam tak ada. Tp kalau tak scan kod QR guna app MySejahtera, boleh tulis nama manual je. Di meja RELA masa daftar tu ada buku log utk tulis. Utk prosedur di stesen-stesen seterusnya, dah tak ada guna internet utk apa-apa pun.
Deletealhamdulillah..
ReplyDeletesy pulak sinovac clan.. haha