[REPUBLISH] SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA | NaSa
Assalamualaikum

Hari ni hari hujung minggu. Maka jom kita rajinkan jari jemari sikit untuk sertai giveaway anjuran Aienienka ini. Siapa tahu ada rezeki menangi surprise box? Hehe
Untuk sertai, boleh klik banner atau TEKAN SINI.
Salah satu syarat yang ditetapkan untuk giveaway ni, kena ceritakan pasal surprise paling best yang pernah aku dapat ye. Well, dalam hidup aku ni jarang la aku dapat kejutan apa-apa jadi tak banyak nak kena fikir pun.

Maka dengan mudah, the best surprise yang aku pernah dapat adalah masa kawan-kawan diploma gigih sediakan kek dan hias foyer blok asrama untuk sambut hari jadi aku dan dua kawan lain sebab birthday kami bertiga di bulan yang hujung tahun.
Aku Oktober, 2 orang gegadis sebelah ni Disember. Muka fresh bangun tidur hehe
Kalau baca entri aku pasal orientasi dan asrama KPM Ayer Molek akan tahu la kenapa ada gap 3 tahun antara usia aku dengan gegadis ni hehe. Tapi usia tidak membataskan persahabatan pun. Rilek je jadi member rapat kami ni.
Mastermind yakni tukang buat surprise. Patut la belum pukul 9 pagi dah tercongok luar bilik diorang ni haha 🥰
Aku memang sangat terharu dengan surprise ni sebab memang inilah kali pertama ada orang sambut hari jadi aku. Sebelum ni sambut hari jadi orang je takpun tengok je orang buat surprise kat kawan-kawan diorang. Dan masa sekolah pun biasa main tukar-tukar hadiah je dengan member masa hari jadi masing-masing jadi elemen surprise tu kurang 😂

Pastu masuk degree aku sambut hari jadi sorang-sorang je sebab sis tak ramai kawan ahahah

Tu je la alkisahnya untuk kali ini. Sesiapa yang ada kesempatan tu, ayuh la join giveaway anjuran Aienienka ni. Tempoh berlangsung dari 2 September-22 September 2021 tau. Klik je banner di atas untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 12 comments

Add your comment

  1. birthday suprise is best suprise ever. lebih2 lagi dari orang yang kita sayang. ^^

    anyway, senarai peserta dah pun diupdate. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tuu. InsyaAllah akan jenguk blog para peserta nanti 😊

      Delete
  2. Asalam saya follow blog awak ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah dibalas kunjungan dan follow. Terima kasih sudi berziarah ke sini :D

      Delete
  3. Selamat bergiveaway. Semoga ada rezeki menang nanti. Aaaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn terima kasih atas doa dan kata semangatnya 💪🏼

      Delete
  4. Sweet memories kann. semoga hubungan persahabatan kalian kekal sampai bila2

    Blogwalking dari GA yang sama . Semoga ada rezeki :D

    https://theathra.blogspot.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete
  5. Salam singgah daripada giveaway yang sama, best of luck to you.. Semoga ada rezeki.. Memori yang takkan dilupakan..

    https://www.shikinrazali.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS