Beli Ahmad Tea demi cawan percuma | NaSa

Beli Ahmad Tea demi cawan percuma

in , , by NaSa, October 25, 2021
Assalamualaikum

Tak ingat dah haritu aku blogwalking di laman blogger mana. Tapi aku ingat la yang isi entri tulisan beliau masa tu pasal beli Ahmad Tea sebab nak dapatkan cawan teh edisi terhad sempena ulangtahun ke-25 jenama Ahmad Tea bertapak di Malaysia. Cantik juga cawan dia. Tergoda aku.

Aku memang minum teh hijau Ahmad Tea sejak tahun 2016 lepas naik jerawat akibat Dnars Skincare. Untuk detox dan bersihkan badan dari dalam supaya kulit bersih konon. Sejak minum tu, ada banyak juga hadiah percuma daripada pembelian Ahmad Tea tau. Tapi semua aku tak dapat beli sebab kadang-kadang stok masih banyak atau tak sempat cari sebab malas nak keluar.

Jadi bila tengok blogger tu dapat hadiah percuma daripada Ahmad Tea, pastu cawan edisi terhad pula kan, aku pun teringin la nak cari. Tapi masa mula-mula usha di Shopee, tak jumpa tau. Semua seller jual kotak biasa je. Aku pun macam em takpe la. Takde rezeki kot. Sebab kalau nak cari di kedai pun, paling dekat yang ada Ahmad Tea tu Tesco je. Aku pula masa tu belum boleh rentas negeri.

Lama-lama, aku pun lupa pasal cawan Ahmad Tea tu. Sampai la aku beli cerek mini boleh lipat sebab nak buat air panas untuk habiskan stok Ahmad Tea yang beli tahun lepas. Pastu sebab best cerek tu kan, rancak pula aku minum teh hijau so hati terlintas la nak beli stok teh tambahan. Maka sekali lagi aku usha teh hijau di Shopee, DAN AKHIRNYA JUMPA KEDAI YANG BAGI CAWAN FREE TU!!
Ni kedai rasmi pengimport Ahmad Tea di Shopee tau. Tak tahu la baru dibuka ke apa sebab masa aku cari haritu, tak jumpa pun Mall ni. Tapi takpe la yang penting aku dapat cawan free tu kan dan harga pun berbaloi. Daripada harga asalnya RM21+ untuk kotak 100 uncang teh, harga di sini cuma RM16+ siap dapat cawan percuma. Memang aku terus add to cart la hehe.

Order diproses dalam masa 1 hari sebelum dipos guna Shopee Express dan sampai ke rumah aku pada keesokan harinya. Boleh tahan laju Shopee Express sekarang daripada dulu serupa kura-kura haha. Tapi bagus juga dia hantar cepat sebab aku dah excited nak pegang cawan Ahmad Tea tu.

Memang cantik kotak dia bila kita tengok depan-depan

Kemas susunan dalamannya.

Cantik juga cawannya.
Cawan yang memenuhi citarasa sebab aku memang suka warna hijau emerald hehe. Corak keemasan yang dicetak pada cawan tu pun menarik sebab gabungkan landmark yang ada di Malaysia dan di London macam KLCC, London Bridge, Eye of London. Saiz cawan ni pun comel je sebab muat-muat dalam tapak tangan bila dipegang. Ringan pula tu.

Bila dah ada cawan istimewa daripada jenama teh hijau terkemuka ni, semangat nak buat teh hijau pun naik le sikit kan. Rasa best je tengok tag uncang teh tu sedondon dengan cawan tau.


Cuma kelakar sikit je sebab walaupun teh hijau Ahmad Tea ni datang dari London, cawan ni sebenarnya buatan China hahaha

Overall, puas hati sis ye sebab akhirnya berjaya kumpul satu merchandise daripada Ahmad Tea ni. Lebih-lebih lagi sebab ianya cawan sempena ulangtahun istimewa. Rasa macam tertebus semua kekecewaan tak dapat kumpul merchandise sebelum ni.

Sebab ingat lagi dulu masa tolong belikan Ahmad Tea untuk kawan-kawan, ada free gift sudu besi tau. Kecik dan comel sudu tu sebab ada ukiran nama Ahmad Tea. Sayangnya minggu sebelum tu aku dah beli kotak 100 uncang tanpa free gift untuk diri sendiri. Takde duit dah la nak beli yang baru 😞

Sis kecewa dulu tapi kini tidak lagi hahahaha


Oh ya dalam kotak belian teh hijau Ahmad Tea tu ada juga jajan Cheez-It ni sebagai free gift. Tak pasti semua dapat ke atau terhad kepada stok yang ada. Nampak sedap kan biskut dia tu pastu ada label 100% keju cheddar, nampak menarik. Tapi masalahnya takde tanda halal tau sebab ni dibuat di Amerika. Berbelah bahagi nak makan lol

Aku cuba la Google jajan ni halal ke tidak. Ada persatuan halal di Amerika tu tulis dalam blog mereka yang mereka tanya Kellog's (pemilik brand jajan tu), katanya mereka takde pengesahan halal tapi bahan keju mereka semua dibuat daripada ekstrak tumbuhan, bukan haiwan. So macam takde unsur haram daripada haiwan tak disembelih atau khinzir la kan.

Sebab aku curious dan aku takde rasa syubhah, aku try la makan jajan tu. Pastu menyesal sebab TAWAR TAKDE RASA. Aku cuma rasa masin je pastu keju sikit je di aftertaste. Weh lidah mat saleh memang bland eh? Rasa bersyukur kejap jadi orang Asia sebab makanan kita diwarnai rempah ratus yang buatkan aroma dan rasanya lebih 💯💯💯💯💯

Bersyukur juga duduk Malaysia sebab kita ada badan diiktiraf macam JAKIM yang tapis dan strict dalam penentuan sijil halal sesuatu jenama makanan ni. Takleh bayang duduk luar negara asyik nak kena google je benda ni halal ke tidak, ada unsur haram ke tidak huhu.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. cantik cawan dia, rasa macam nak beli juga satu..hehe

    ReplyDelete
  2. Sama lah. Kadang beli barang sebab nak dapat free gift yang rare.

    ReplyDelete
  3. Dulu masa ammi kerja kat engineering firm selalu lah dpt hamper dari supplier Japan, UK, Australia.

    Asal dapat je bos ammi akan suruh letak semua dlm bilik dia dulu. Dia check 1-1.yg boleh makan kita kongsi2. Yg takleh makan kita pass kat jiran office sebelah yg non-muslim

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS