Bertambah usia lagi setahun | NaSa

Bertambah usia lagi setahun

in , by NaSa, October 28, 2021
Assalamualaikum


Alhamdulillah... pada tarikh hari ni iaitu 28 Oktober 2021, I dah selamat menjadi lebih tua lagi setahun. Jadi total umur sekarang ni berapa agaknya? Haa rahsia hehehe...tapi hint dah ada bersepah dah dalam entri-entri blog ni so kalau rajin, carilah dan kiralah sendiri ✌🏻

Seperti tahun-tahun lepas, takde apa-apa yang istimewa pun akan dibuat untuk hari jadi kali ni. Biasa la bila dah menginjak dewasa ni, busy manjang. Dah la aku jenis tak ramai kawan, hambar la kan. Kerja pula dari rumah je, emm mana nak jumpa orang lainnya. Jadi kita sambut sendiri-sendiri je sudah. 

Belanja sikit muka birthday girl (yang tak nampak muka pun sebab pakai mask anti-COVID) lol

Disclaimer: Patung tu bukan hadiah hari jadi. Sis posing masuk gambar je hahaha

Kat bawah ni baru betul patung hadiah hari jadi daripada diri sendiri kepada diri sendiri. Aku beli dari Shopee hahaha. Alang-alang rasa macam nak belanja satu benda yang aku tak pernah ada untuk diri sendiri kan. Kalau macam skincare, tudung, apa semua tu macam dah ada banyak. 

Emperor Cat namanya. Aku panggil "Nyanperor" campur perkataan Jepun sikit.
Di sebelahnya, Oreo yakni kucing bos-bos.

Anak patung ni masa kecik-kecik dulu banyak juga la aku ada. Lepas masuk usia awal dewasa tu, hilang terus lol. Aku rasa last aku dapat anak patung masa tahun 2015. Tu pun dapat free daripada Watsons. Pastu akhirnya bagi kat anak buah je sebab dia teddy bear jenis bulu kerinting yang aku tak suka.

Meroyan bagi catfood sebab masa tu rindu kat kucing di rumah hahaha

Patung kucing yang aku beli ni best sikit sebab kain dia jenis ala-ala baldu gitu. Smooth je. Isi dalamnya pun gebu betul. Best buat peluk hehe. Kalau buat tumbuk lepas geram pun best sebab nanti isinya melantun balik dan tak kemik. STRESS RELIEVER cewahh. Dan kedai yang jual patung tu siap bagi servis kad ucapan percuma lagi untuk patung yang berharga Rm50 ke RM60 ke atas entah. 

Oleh sebab patung ni saiz 55cm yang berharga RM80++, layak la dapat kad percuma tu. So lepas bayar, aku chat seller untuk isi kad tu dan dia hantar emoji Shopee yang ni.

Comel je hahaha

Penghantaran sangat cepat sebab sampai kurang dari seminggu walaupun barang dari China. Padahal aku kemain la bajet nanti sampai hampir dengan tarikh hari jadi so boleh la buat macam surprise gift gitu. Sekali dia sampai awal, so kita buat macam terkejut awal je la dapat kad ucapan tu. Acah 😂

Tulisan ke laut sikit tapi takpe asal ada heheheheh

Kad ada ucapan beri kata-kata semangat sikit sebab tahun ni sis banyak koyak and almost ready to end many things tapi takpe la. Kita bertahan lagi setahun untuk tahun depan ya. Insya Allah semoga kuat semangat untuk tahun-tahun yang lebih banyak juga. Jangan tumbang tengah jalan sudah la 😌

Oh ye haritu kan ada kemain buat majlis sambutan kecil-kecilan untuk anak-anak buah Amirah dan Amir kan. Semalam aku bergurau la tanya Amir, "Tak nak belanja apa-apa ke? Esok hari jadi Nana." Sekali dibalasnya "emm dah tua-tua buat apa nak sambut hari jadi lagi."

Amboi kau budak....bab kau kemain demand nak kek la, apa la. Tang aku, kau mengelat yeee 😂

Tapi takpe la kalau diorang taknak belanja, aku pau umi diorang je la yakni kaklong aku hahaha. Jadi semalam sempat buat mini trip dengan kaklong kejap bawa budak-budak tu pergi Tesco (lagi sekali untuk aku). Almaklum la budak-budak ni kan dah lama tak jejak dunia Kota Bharu.

Gebu betul semuanya sejak lama sangat duduk rumah ni kan hahaha

Takde nak beli barang banyak pun. Mama ada kirim buah-buahan dan aku pun ingat nak check keju mozzarella tu lagi sekali. Mana la tahu haritu habis tapi harini dah ada ke kan. Sekali staff Tesco tampal sticker merah kata "Out of Stock" emm takdak rezeki. Kena cari tahun depan la kot gamaknya lol

Mujur roti kopi kegemaran aku ada. Jadi yang kempunan haritu dah dipenuhi la. Merasa la juga dapat makan benda istimewa sikit kan. 

FINALLY!!

Di Tesco tu ada KFC di tingkat bawah tapi malas pula nak jenguk beli apa-apa sebab dah jemu dengan ayam. Ada Starbucks juga tapi aku pula tak minum kopi fancy rege belas-belas ringgit. Jadi aku beli baju kelawar je dua helai harga RM10 sehelai. Random sungguh pembelanjaan untuk hadiah hari jadi sendiri ni kan hahaha aku pun cannot brain. Tapi takpe la at least aku sendiri puas hati? 😂

Apa-apa pun, semoga tahun depan dan tahun seterusnya sis masih bernyawa dan dapat buat benda-benda yang bermanfaat juga untuk diri sendiri, keluarga, dan masyarakat. Semoga fizikal dan mental saya dikuatkan sentiasa huhuhu

Oh ye haritu ada kawan tanya kan, "Tesco bukan dah tukar jadi Lotus's ke?"
Memang dah tukar. Tapi sis tak tahu la kenapa signboard Tesco masih setia pakai nama kekasih lama lol

Dah la tulisan Jawi untuk signboard tu susunannya terbalik ahahahahah

Nanti kalau dia tukar kepada logo Lotus's yang baru, aku update ye 😆

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 15 comments

Add your comment

  1. Hepi bufday Nasa...semoga usia diberkati Ilahi,sentiasa murah rezeki..

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun kelahiran Nasa. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik didalam umur yang berkat.
    Tak tahu kenapa ntah Mrs. A tak dapat view gambar-gambarnya keluar tulisan sahaja

    ReplyDelete
  3. Eh! dah muncul gambarnya lambat sikit huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Nad! Semoga makin murah rezeki dan diberkati. Dekat sini semua signboard Tesco dah ghaib dah kena tukar dengan Lotus' haha

    ReplyDelete
  5. Selamat hari jadi awak... :)
    semoga murah rezeki dan sihat2 selalu ye

    ReplyDelete
  6. No matter what age you are at now.. Happiest birthday to you.

    Semoga umur yg bertambah ini mematangkan awak

    ReplyDelete
  7. Selamat harijadi Nasa. Semoga dimurahkan rezeki Dan sentiasa sihat hendaknya.

    ReplyDelete
  8. Selamat harijadi Nasa.
    Sini pun guna perkataan TESCO.

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday! Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  10. HB Nad. Comel lah patung tu!! 😂

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday... comel sangat kucing tu heheheh

    ReplyDelete
  12. happy birthday nasa!! semoga impian jd kenyataan.. umurnya pasti kurang lg dpd umur kakmim.. hahaha... betul kan betul kan?

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS