Assalamualaikum
Pernah dengar tak orang bergurau pasal beza cara mak dan ayah kejutkan anak-anak bangun dari tidur?
- Mak biasanya mula dengan ketuk pintu, pastu buka lampu, last sekali tutup kipas.
- Ayah pula dengar bunyi dia berdehem depan bilik je, automatik anak-anak bangun.
Tu satu. Mama abah aku pun kadang-kadang buat macam tu juga especially kat adik aku sebab dia yang terpaling liat nak bangun. Tapi cara mereka kejutkan anak-anak bangun ni termasuklah juga dengan sebut waktu yang tertera di jam dinding. Cumanya, aku perhati cara kedua-dua mereka terjemah waktu tu kan...sangat berbeza, exaggerated, dan kelakar 😂
Contohnya:
1) CARA MAMA
Bila korang tengok waktu yang dipaparkan pada jam ni, korang akan cenderung nak cakap pukul berapa? Kalau aku, aku cakap jam sekali dengan minit dia je. Maka akan jadi pukul 10:10 pagi misalnya.
Tapi cuba teka apa mama aku akan cakap?
Takde sebutan minit-minit, takde juga sebutan jam yang sebenar. Sebaliknya mama akan bundar terus kepada jam yang seterusnya. Maka jadi la dia "DAH PUKUL SEBELAS DAH NI!" 😂
Kalau orang yang tak tahu perangai mama kan, auto akan sentiasa kalut bila dengar dia bagitahu pukul berapa sebab akan rasa cam "alamak dah lambat!" Padahal ada banyak lagi masa sebenarnya.
Tapi memang tu la tujuan mama pun. Nak invoke perasaan cemas takut dah terlambat tu biar masing-masing bergerak cepat sikit daripada duk melenggang je. Pendek kata, free-free je kena style ragging "pantas siswi, pantas" masa orientasi dengan mak sendiri hahaha
2) CARA ABAH
Cara abah lagi unik. Kalau waktu di atas, aku biasanya bundar minit je. Boleh jadi pukul 10.40, 10.30 lebih, dah dekat 10.45, atau kalau bundar ikut jam, dah dekat pukul 11. Yang dekat-dekat la.
2) CARA ABAH
Cara abah lagi unik. Kalau waktu di atas, aku biasanya bundar minit je. Boleh jadi pukul 10.40, 10.30 lebih, dah dekat 10.45, atau kalau bundar ikut jam, dah dekat pukul 11. Yang dekat-dekat la.
Tapi nak tahu tak apa abah akan kata kalau dia tengok jarum jam macam ni?
"Dah pukul 10"
Serius tak tipu. Abah bukan bundar kepada jam terdekat di masa depan. Dia bundar ke jam yang lalu.
Serius tak tipu. Abah bukan bundar kepada jam terdekat di masa depan. Dia bundar ke jam yang lalu.
Ada haritu mama pergi dialisis lepas Subuh so abah yang kejutkan adik aku untuk pergi kerja kan. Dia kena masuk kerja pukul 9 pagi. Jam masa tu dah 8.40 lebih. Tapi abah boleh kata kat adik aku "dah pukul 8 ni". Hahahahah aku rasa nak gelak sampai menangis dengar abah tak sebut minit sebenar tu.
Faham tak perasaan fake hope tu macam mana bila waktu dah 8.40 tapi orang bagitahu baru pukul 8? Mesti la rasa macam oh takpe banyak lagi masa sebelum pukul 9. Masa tidur tu mesti rasa cam takpe boleh sambung lelap lagi 5 minit. Padahal kita ada masa lagi 20 minit je sebelum jadi lambat 😂
Sebab tu aku tak harap sangat kalau nak suruh orang kejutkan aku dari tidur. Kalau mama kang manjang nak kena heart attack je sebab rasa macam dah lambat padahal bukan. Dengan abah pula melenggang je sebab ingat ada banyak masa padahal dah nak lambat. Maka aku pasang alarm sendiri je la.
Sebab tu aku tak harap sangat kalau nak suruh orang kejutkan aku dari tidur. Kalau mama kang manjang nak kena heart attack je sebab rasa macam dah lambat padahal bukan. Dengan abah pula melenggang je sebab ingat ada banyak masa padahal dah nak lambat. Maka aku pasang alarm sendiri je la.
Cara korang tengok jam macam mana? Sebut waktu sebenar ke, bundar ke minit/jam di depan ke, atau reverse masa pergi ke belakang? hahahaha
Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
Memang selalu ketuk pintu, Selamat pagi semua...bangunnn... sambil petik suis lampu dan tutup suis kipas
ReplyDeleteHahahhaa... jenuh part abah bgtau masa tu oii,.
ReplyDeleteKalau mama ok lagi , walau rasa mcm dah lambat, tapi hakikatnya kita byk lagi masa...
Hahaha memang berbeza ye tapi cara I tengok jam pun sama dengan dua2 cara kat atas sebab dah terbiasa dengan cara parents
ReplyDelete