Assalamualaikum
Entah berapa kali dah blog ni bertukar baju rasanya. Sebab sebelum tukar domain kepada dotcom tu, guna template lain. Lepas tukar domain, tukar lagi template lain. Sampai tersalah coding jadi navigation bar besar nak mampos. Jenuh nak baca coding di HTML cari apa yang salah. Terkini, guna template yang sekarang ni la. Beli dari laman web Etsy, terbang dekat RM50 haha
Tujuan tukar tu soalnya tak berpuas hati dengan rupa template lama tu bila dibaca dari mobile device. Benda free kan. Ada hadnya juga dari segi kecantikan dan kebolehgunaan.
Template pertama yang diguna sejak tahun lepas. Lupa nama sebab dalam laptop lama yang rosak tu.
Asalnya template ni okey je sebab menepati citarasa dari segi warna iaitu hitam dan putih. Preview entri pun diletakkan gambar di atasnya pada saiz yang jelas. Cumanya petikan awal cerita yang ditulis dalam preview tu tak kemas. Sebab semua dia bantai jadi nampak kan satu ayat. Padahal salam tu aku letak di baris pertama dan disenggang sebaris kot sebelum mulakan perenggan baru.
Pada masa sama, ia kelihatan agak plain. Tak tahu nak describe macam mana. Boleh jadi sebab dah muak tengok kot sebab dah lama guna kan. Aku dah la memang kerja tukar template setiap beberapa bulan atau tahun (walaupun jarang update cerita lol)
Selain itu, font pun mainkan peranan juga sebab untuk template ni, dah banyak kali tukar di Theme tapi font untuk nama penulis dan tarikh entri diterbitkan tu jenis tu juga. Aku tak suka font berekor macam tu. Sis suka font petak sebab nampak lebih seragam dan kemas haha
Sebab tu lepas tukar domain haritu, aku buat keputusan nak tukar template sekali. Kalini kita guna template True Blog dan masih kekalkan tema hitam putih untuk lebih minimalist.
Template ni aku suka sebab atas setiap entri, diletakkan label pertama daripada label yang kita tag pada setiap entri dalam kotak hitam. Jelas la tahu isi entri tu pasal apa. Font untuk label, tajuk entri, nama penulis dan tarikh diterbitkan tu pun lawa sebab jenis solid font yang seakan bentuk petak. Font macam ni apabila ditulis dalam CAPSLOCK, nampak lebih kemas. Spacing antara huruf pun cantik.
TAPI....... entah kenapa margin template ni dalam mobile view sangat besar sampaikan isi entri jadi squished di tengah. Kecik je ruang untuk body entri tu ditayangkan. Dalam satu baris, boleh muat 6-7 perkataan pendek je. Padahal ada lagi ruang di tepi tu boleh letakkan perkataan. Gambar pun jadi kecik.
Selain tu, template ni ada masalah sama dengan template pertama tadi yang gabungkan ayat untuk preview tu jadi seolah-olah ianya satu perenggan yang sama. Tak suka la.
Sayangnya tak boleh buat apa-apa la sebab template free je pun. Komen lebih pun takde guna sebab dia bagi ambik tanpa bayaran tu pun dah cukup baik. Jadi guna je la kan apa yang dia bagi tu ahaha.
Kalau tak nak redha je guna apa yang diberi percuma tu, apa penyelesaiannya?
KITA BELI.
Kesan daripada pemikiran tersebut, itulah punca aku gunakan template yang sekarang ni. Aku beli dari Etsy hehe. Dah cari sebenarnya template free lain warna hitam putih tapi tak ada. Semua bagi design "mesra SEO" tapi layout pelik-pelik dan warna menyerlah. Dah la banyak yang kurang cantik ahahah. Bukan nak keji tau tapi template "mesra SEO" yang free tu banyak yang jenis magazine layout yang nampak "keras". Jiwa aku rasa tak sesuai je sebab aku nak guna untuk personal blogging je pun.
Ada dalam 3 hari kot aku skrol Etsy cari template blogger warna hitam putih yang ada design menepati citarasa aku. Banyak juga yang menarik. Tapi ada yang design aku suka, harga aku tak suka (mahal nak mampos). Harga aku suka, design pula tak menarik ahaha. Benda nak bayar guna duit sendiri ni kena la pilih yang betul-betul berbaloi kan.
Hasilnya, aku beli la template Natalie ni pada harga $10.
PALING AKU SUKA, margin di sekeliling mobile view ni kecik. Jadi gambar dalam entri tu tampak lebih besar dan perkataan dalam setiap baris dibaca dengan lebih jelas. Cuma slack sikit je di bahagian label tu, sebab semua label dia nak letak. Kalau katakan entri tu ada 6 label, semua 6 dia senaraikan sebelum nama penulis dan tarikh entri diterbitkan lol. Jadi kena la kurangkan label yang sesuai saja.
Template ni asalnya warna pink/peach pastel tapi warnanya boleh je ditukar di Customize HTML. Jadi walaupun template ni bukan warna hitam putih yang aku nak, aku boleh tukar sendiri warnanya kepada apa saja yang aku mahu. Gadget yang ada pun senang nak susun di layout dan buangkan yang mana tak nak guna tu. Template ni ada 2 navigation bar tau sebenarnya. 1 di bar warna hitam atas header, 1 di bawah header. Tapi aku takde benda nak letak pun sebab tu aku buang yang atas tu.
Memandangkan template ni memang dah penuhi kehendak aku, maka tak boleh dah tukar template lepas ni. Sebab berbayar kan. Kalau duk main tukar-tukar juga, rugi la duit. Jadi kita guna la dulu sampai tahun depan. Kalau ada template lebih lawa, kita tukar la hehe
Memandangkan template ni memang dah penuhi kehendak aku, maka tak boleh dah tukar template lepas ni. Sebab berbayar kan. Kalau duk main tukar-tukar juga, rugi la duit. Jadi kita guna la dulu sampai tahun depan. Kalau ada template lebih lawa, kita tukar la hehe
Aku rasa tahun 2021 ni paling banyak aku keluarkan duit untuk blog. Dah la tukar domain untuk 2 tahun dah dekat 100 ringgit kan, tambah pula dengan template ni hampir 50 ringgit. Fuhhh kempis poket.
Tapi takpe la. Demi keselesaan di blog, i sanggup hehehe. Jadi domain dah tukar, template pun dah cantik, sekarang ni Adsense mana Adsense???? Dah seminggu lebih aku tunggu hasil review daripada Google ni tapi belum juga ada khabar berita sobs. Aku nak buat entri affiliate pun tak boleh sebab kang kena reject lagi kalau ada buat entri iklan selain Adsense selagi kita belum approve tu.
Harapnya urusan Adsense tu dipermudahkan la. Walaupun dalam tu ada 20 dollar je dan income harian pun jarang dapat, tapi boleh juga buat menabung sikit-sikit kan lol. Semoga berjumpa lagi dalam entri seterusnya.
Bye dan Assalamualaikum.
Alhamdulillah dah dapat template blog yg sesuai
ReplyDeleteBerbaloi dgn hasil yg dibayar. Puas hati la hehe
DeleteSemoga urusan dipermudahkan for adsense okay
ReplyDeleteAminnn terima kasih atas doanya ☺️
Deleteakak pun suka template warna putih. nampak kemas
ReplyDeleteMudah juga mata memandang. Saya klu warna-warni nanti tamak nak banyak warna. Takut orang pening pula 😂
DeleteHehe gigih mencari. Dapat juga ya walaupun warna asal merah jambu.
ReplyDeleteSelagi tak puas hati selagi tu kita akan bertukar template. Faham sangat perasaan tu walaupun duit terbang sikit. Demi blog, ku turutkan juga. Semoga ada berita gembira adsense nanti.
ReplyDeleteweiii..gigih la hai Nasa tukar...Cuya tak rajin macam tu....tpi terasa nak tukar bila
ReplyDeletebaca entri ni...( sumpah tak rajin XD)
Moga Nasa dapat manfaat drpd blog ni!
Rumah sendiri memanglah kita suka kalau nampak cantik kan Nasa.
ReplyDeleteAda dah kot iklan GA.
Ammi pun 2-3 kali tukar template sbb tak suka dgn layout. Tak kene jiwa. Mujurlah tak bebal sgt bab2 coding tu.. Bolehlah adjust ikut preference sendiri
ReplyDelete