Mudahnya buat pelaburan tambahan AHB melalui Maybank2u | NaSa
Assalamualaikum

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ni pernah disebut dalam entri pasal cara mudah untuk menabung beberapa hari yang lepas. Tapi rasanya mungkin ramai yang kurang tahu pasal apakah itu AHB? Sebab kita kan biasa dengar pasal sepupu jauh dia je iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Fungsi AHB lebih kurang sama je dengan ASB sebab ianya juga satu pelan pelaburan yang bantu kita menyimpan dan pada masa sama, dapatkan untung melalui dividen hasil pelaburan tu. Bezanya, AHB ni sebab nama pun "hartanah" kan, dana yang kita laburkan tu diguna dalam bidang hartanah la.
Modal yang diberi dan dikumpulkan melalui AHB ini akan digunakan untuk pelaburan dalam hartanah seperti membeli dan membangunkan bangunan komersial di seluruh Malaysia terutamanya di kawasan utama atau premium. Hasil pendapatan daripada bangunan tersebut seperti sewaan, pajakan dan jualan akan dikembalikan kepada pelabur dalam bentuk dividen ataupun agihan pendapatan. - Property Guru
Sama juga, aku tahu pasal AHB ni melalui Twitter Kewangan Graduan yang ajar cara menabung ikut warna duit kertas tu. Alang-alang aku memang nak laburkan duit tabung tu sebab takut terguna untuk benda lagha, maka gigih la aku ke Maybank Bandaraya Melaka untuk buka akaun masa di KPMAM dulu. 

Asalnya nak buka ASB tapi aku pilih AHB atas faktor "dividen AHB sudah dizakatkan bagi pihak pelabur." Maka kita tak perlu kira dan bayar sendiri zakat tu. Sesuai sangat dengan aku yang pelupa ni 👀

Lepas melabur, selalu la laporan interim ni dikirimkan ke rumah haha

Pada waktu-waktu tertentu, AHB akan tawarkan unit pelaburan tambahan kepada para pelabur. Juta-juta juga nilai yang ada. Masa ni boleh la sesiapa yang baru nak buka akaun AHB atau pelabur lama nak beli lebih banyak saham tu laburkan duit. Cumanya, unit saham AHB ni laku keras tau. Kejap je habis. Siapa lambat beli, memang melepas. Contohnya, aku la. Tu yang sis beralih buka Tabung Haji haritu 😂

Tapi aku tak dapat beli tu pun sebab dulu, pelaburan tambahan boleh dibuat di kaunter bank sahaja. Aku pula susah nak keluar ke bandar atas faktor pengangkutan dan masa. Hasilnya, duit terbang ke Shopee je daripada masuk bank haha. Mujur sekarang Maybank dah benarkan pelabur buat pelaburan tambahan AHB melalui Maybank2u je. Boleh la kita jimatkan masa sebab tak payah beratur di bank dah.

Cara buat pelaburan tambahan AHB melalui sentuhan hujung jari di Maybank2u, rujuk di bawah:

1) Log masuk ke dalam akaun Maybank 2u dan tekan tab WEALTH.

2) Dalam laman My Wealth, tekan kategori "Unit Trust".

3) Tekan ikon tiga titik "..." di hujung jadual AHB tu.

4) Tekan pilihan untuk "Top-up".

5) Pilih akaun bank yang nak digunakan, masukkan nilai pelaburan dan nombor telefon, tekan "✔" di Terma dan Syarat, dan akhirnya tekan "Top up".

Nilai minimum untuk pelaburan tambahan memang sudah ditetapkan kepada RM50.

6) Request nombor TAC untuk teruskan transaksi.

7) Masukkan nombor TAC yang diterima.

8) Transaksi sudah pun berjaya dilaksanakan!
Lepas top-up pelaburan, nilai baru tak akan terus reflect dalam akaun. Bank akan ambil masa sekurang-kurangnya 1-2 hari bekerja untuk proses bayaran. Jadi jangan pula risau tengok duit dalam akaun bank dah tolak, tapi duit dalam akaun AHB tu tak naik pun. Aku haritu pun sangsi juga kejap sebab rasa cam "betul ke dah selamat top-up pelaburan ni?" Padahal buat time Maghrib, mana bank nak proses nyee 😂

Penyata pengesahan pelaburan AHB
Lepas beberapa waktu, nanti akan dapat salinan penyata ni dipos ke alamat yang kita guna masa buka akaun haritu. Fungsinya untuk bukti kita beli saham baru la. Kelakar sikit sebab Maybank pos tak cakap pastu dalam sampul surat tu memang ada sekeping penyata ni je. Sampai pula masa hujan. Basah la 😂 Nyaris lunyai sampul dan penyata ni tau. Mujur masih okey lepas aku keringkan depan kipas.

Pelaburan tambahan AHB ni boleh dibuat selagi masih ada unit saham yang ditawarkan. Kalau habis, tak dapat la top-up, tak kira la sama ada buat di Maybank2u atau pergi ke kaunter sekalipun. Jadi kalau ada dana tambahan dan waktu tu AHB masih tawarkan unit tambahan, cepat-cepat la beli ya.

Tetiba je lol
Cuma ada juga waktu dapat prompt "not allowed to Topup" tau. Macam atas ni keluar masa aku nak labur baki tabung 2020 haritu. Aku pun tak tahu kenapa sebab waktu tu rasanya masih ada unit saham ditawarkan. Dan sebelum ni kalau cuba Topup lepas unit habis, dia tak keluar apa-apa langsung masa tekan nak Topup tu. Pastu aku saja cuba lagi lepas seminggu tu, elok je boleh Topup. Pelik bin ajaib 😂

Ringkasnya, saham AHB harganya RM1 seunit. Minimum buka akaun AHB adalah RM100. Minimum pelaburan tambahan adalah RM50. Had pelaburan maksima, RM500,000. Dividen dapat 2 kali setahun.

Sesiapa yang berminat nak melabur dalam AHB, bolehlah buat demikian di Maybank atau Ambank. Tak boleh buat online sebab online ni cuma untuk pelabur sedia ada beli unit saham tambahan je. Tak susah pun proses nak bukanya. Ambil borang, isi dan nanti ada la pegawai entertain. Cuma pastikan yang dana untuk dilaburkan tu dah ada dalam akaun bank. Sebab kalau Maybank, dia tolak terus dari akaun.

Selain patuh Syariah, AHB juga mudah sebab zakat atas dividen pelaburan dah dibayarkan oleh AHB sebelum diagih kepada pelabur. Jadi kita tak perlu kira sendiri sebab dividen tu dah nilai bersih. Cuma slack sikit je sebab dividen tu masuk dalam akaun bank kita, bukan masuk dalam akaun AHB untuk kumpul saham baru. Kita sendiri kena beli saham tambahan kalau nak laburkan dividen tu sekali 😅

Tapi takpe la. Yang penting dapat juga aku ada akaun pelaburan. Selamat sikit berbanding simpan dalam Tabung Haji sebab TH senang nak withdraw. Bayar RM1 je nak transfer ke akaun Bank Islam. Waktu iman tak kuat, ada je aku transfer untuk beli barang. Tapi AHB ni topup je boleh online. Kalau nak jual balik saham tu, rasanya kena pergi bank. Anda ingat saya ada masa ke nak pergi bank? hahahah

Semoga perkongsian ni berguna kepada anda yang membaca. Jumpa lagi dalam entri seterusnya.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS