Assalamualaikum
Ya aku masih dalam mood ber'udang' lepas jumpa udang besar di pasar raya dekat rumah haritu yang tak pernah-pernah pun jual udang sebelum ni. Selalu aku jumpa ikan bilis je sebagai wakil makanan laut kat situ. Ni tengok dia konsisten je jual udang. Maka harus la aku as udang-lover ni beli kan hahaha
Cuma dilema bila makan udang ni adalah sebab urat hitam di belakang dia tu. Urat tu adalah usus udang sebenarnya jadi apa-apa yang udang tu makan, ia akan dicerna di urat belakang tu dan benda hitam dalam tu tahi dia la (rasa serba salah betul nak tulis tahi kat sini sebab rasa macam tak sopan 😭)
Biasanya kalau orang lain yang masakkan udang, aku tak kisah pun orang tu buang atau tidak urat tu. Sebab contoh kalau mama masak, dia tak buang sebab malas dan mata kurang nampak. Kalau beli lauk udang di kedai, sama juga kebanyakan kedai tak buang sebab kan masak untuk ramai orang makan. Boleh gila tuan kedai kalau nak buang urat udang yang berpuluh-puluh kilo tu hahaha
Tapi sebab udang ni aku beli sendiri, aku rajin juga la nak buang urat tu sebab aku yang nak masak. Kot la nak menunjuk hasil masakan di media sosial, kena la udang nampak cantik dan estetik gittew 😂
Untuk buang urat udang tu, sis tak belah belakang udang ya sebab tak nak buang kulit udang tu. Rugi kot sebab kulit udang la akan bagi flavour lebih masa kita masak. Jadi aku guna kaedah alternatif iaitu cucuk guna lidi satay. Tips asal ajar guna toothpick tapi kat dapur takde benda tu. Sebab tu aku main capai je lidi satay yang baki masa buat menu raya haritu. Yang penting hujungnya tajam.
Caranya:
1. Cucukkan lidi di celah kulit udang dan bawah urat tu.
2. Tarik berhati-hati ke atas untuk lubangkan udang.
3. Kemudian tarik urat udang tu keluar sampai habis.
Mudah kan cara nak buang urat udang guna lidi ni? Aku memang rasa puas hati betul bila urat udang tu ditarik keluar dari awal sampai akhir dan panjang je. Lagi-lagi kalau udang tu besar dan urat tu pun hitam semacam. Rasa umpama suatu kejayaan. Tu yang fokus betul aku duk cucuk udang tu 😂
Kelakarnya aku buat ni dalam bilik sebenarnya. Nampak kan paper cutting mat yang hijau petak-petak tu. Kawan aku gelak sebab orang siang guna papan potong daging, aku letak atas papan potong kertas haha. Nak buat macam mana. Kat dapur masa tu diorang duk busy buat air sebab family mertua abang aku nak datang. Aku bukan boleh kalau buat kerja masa orang bersimpang-siur duk lalu ni. Serabut.
Urat udang ni aku ada check juga hukumnya sama ada boleh dimakan atau memang wajib buang. Kot la selama ni duk telan je udang dengan kulitnya sekali sebab lapar dan malas nak buang, tahu-tahu je berdosa kan. Tapi link untuk fatwa yang tepat tak jumpa pun. Ada video ceramah Ustaz Azhar Idrus je yang terangkan hukum buang urat udang ni kategori harus. Tak buang, takpe. Buang lagi elok.
Sebab macam aku kata kat atas kan, kalau udang tu kuantiti banyak, takkan nak buang semua. Nak-nak kalau udang kecil pula. Jem badan tukang siang udang tu. Kalau udang tu besar macam yang aku beli ni, takpe la juga huhu. Jadi boleh je kalau tak buang urat udang sebab ianya dikira najis yang dimaafkan.
Sekarang ni, udang dah buang urat. Dah bersihkan elok-elok dah pun letak dalam freezer. Tapi idea nak masak udang tu jadi lauk apa yang macam tak tak tahu sangat. Ada sebarang cadangan? 😁
Bye dan Assalamualaikum.
Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteOh? Senang nya...?
ReplyDeleteUncle peminat udang!
masak sendiri buang... kalau beli lauk...sebelum makan kopek kulit udan ..buang juga,...hehehe
ReplyDeleteAmmi penah beli 3kg udang besar dan ammi belah belakang dia semua. geli kot nak makan sbb ada yg belakangnya ijau2.
ReplyDeletenenek saya lah antara orang yang mewajibkan buang, penat kalau masak udang dengan dia haha
ReplyDeleteSaya pun guna kaedah macam ni. Lebih senang tanpa perlu buang kulit dulu.
ReplyDelete