Google AdSense dah kembali beroperasi | NaSa

Google AdSense dah kembali beroperasi

in , , by NaSa, October 15, 2021
Assalamualaikum

Alhamdulillah lepas beberapa minggu duk resah tunggu kelulusan daripada Google Adsense untuk tayangkan semula iklan di blog ni lepas tukar domain haritu, akhirnya masuk juga emel di bawah ni dalam inbox aku. Maksudnya, AdSense dah muncul semula untuk beroperasi di blog ni yeayyy~

Emm this news is very very good ye hehe

Emel ni masuk pada hari sama yang aku balik ke rumah lepas 10 hari teman mama di wad haritu. Syukur sangat sebab keputusan kalini dikeluarkan agak awal iaitu kurang seminggu dan bilangan kena reject pun cuma 2 kali je. Rasa lega la sebab bila baca pengalaman orang lain kena reject berkali-kali sebelum AdSense lulus tu, cuak takut aku pun kena tunggu lama atau tak lulus langsung. Haru oii 😐

Runsing tau bila baca amaran "Needs attention" tu :')

Kali pertama permohonan baru AdSense aku kena reject haritu, keputusan keluar dalam masa kurang 12 jam tau. Aku request 8 pagi lepas tukar domain tu, kena reject pada jam 7 petang hari yang sama. Laju betul hati I dihancurkan hahaha. Berasap je hati tengok dia tulis "Site down or unavailable" tu 😂


Mahal aku bayar nak tukar custom domain dotcom tu, dia boleh kata Unavailable ye. Sedih sis. Padahal rasanya GoDaddy dah elok je publishkan domain aku dalam server dia. Maka jenuh la sis google apa solusi terbaik untuk prompt di atas ni.

Aku rujuk website Science Tech Study sebab tutorialnya dah dikemaskini untuk interface Blogger yang baru. Jadi lebih senang nak faham dan Alhamdulillah memang membantu.

Rupanya blog aku ada masalah dengan sitemap. Google kan baru lancarkan Google Search Console tu. Kita kena hantar sitemap blog kita di console tu dulu untuk daftarkan kewujudan blog dalam Google. Kalau tak, search engine dia tak jumpa blog kita. Rumit juga. Aku rasa masa memula daftar AdSense 2019 dulu, takde pun dia minta sitemap ke apa. Dia check sama ada konten kita unik, blog kita ada jumlah entri minima, serta pageviews dah cukup syarat je kan? ahaha

Masalah kedua, ada isu dengan robots.txt. Ada something pasal "Disallow" dalam robots.txt tu yang buatkan Google tak dapat nak crawl dan index-kan entri yang ada dalam blog ni. Nama pun "disallow" yakni "tidak dibenarkan" kan. Jadi kena tukar dulu ayat dalam robot.txt tu jadi "allow" untuk izinkan bot milik Google masuk blog. Pastu, kena hantar robots.txt tu juga ke Google Search Console.

Selain tu, redirection pun bermasalah sikit. Aku perasan juga masa tu kalau aku cuma tulis domain "nasamenulis.com" je dalam search box, dia akan kata domain tu ada tapi belum publish ke cemana entah. Kalau tulis lengkap dengan "https://www." tu baru masuk blog aku. Tapi yang ni aku la salah sebab tak letak "A records" dalam GoDaddy. Ingatkan takpe kalau tak letak, rupanya tidak huhu

Lepas baiki semua tu, lagi sekali aku hantar permohonan untuk AdSense review blog aku. Yang kali kedua ni la lama sikit. Aku hantar 19 ke 20 September entah, 5 Oktober baru dia emel. Tu pun REJECT lol

Kali ni dia kata ada masalah dengan content pula. Lagi sekali sis termenung. Dah la masa tu aku tengah di hospital jaga mama. Stress terkurung dalam wad, campur dengan mood sendu PMS, datang pula stress kena reject dengan AdSense. Makin sendu la. Dah la alasan dia kenapa aku kena reject tu pun vague. Aku rasa nak merajuk. Serius masa tu sikit lagi aku nak tekan "Remove AdSense" dari blog tau. 

2 hari aku pertimbangkan nak kekalkan mohon AdSense atau nak remove terus. Entah kenapa la sis memang emo betul masa tu. Padahal orang lain kena reject banyak kali pun rilek je teruskan mohon AdSense tu sampai berjaya. Aku baru 2 kali kena reject dah rela nak burnkan baki $24 yang masih ada dalam AdSense masa tu haha. Lemah, Nasa. Lemah! 😤

Aku baca la semua resources yang mereka senaraikan untuk baiki konten blog. Selain tu, aku baca juga tips blogger lain pasal kenapa konten tak lulus AdSense dan macam mana untuk improve. 3 hari juga la aku muhasabah diri, dan dari situ baru aku nampak memang ada salah aku pun dalam bab konten tu. 

Masa baca emel tu memang aku yakin tau yang 1) konten aku ada value, 2) blog aku aktif dan 3) blog aku bukan guna untuk scam orang. Isi pun takde copy paste orang lain jadi tak patut kena reject kan.

Padahal tidak benar itu ya.

Rupanya walaupun aku tak bersalah dalam isu nombor 2 dan 3, tapi isu nombor 1 tu ada. Bukan semua konten aku tu ada value kepada pembaca sebenarnya. Aku cuma fokus kepada entri aku yang panjang-panjang pasal review dan perkongsian pengalaman aku je. Tapi tak terfikir pun yang aku ada pos entri pendek macam "Wordless Wednesday" dan join segmen-segmen orang tu, dan di situlah puncanya!

Contoh macam Wordless Wednesday, nama pun "wordless" (tiada kata-kata) jadi aku pos gambar je la. Sebab tu Google rasa kalau orang masuk entri tu, mereka tak dapat ilmu apa-apa sebab takde konten yang boleh dibaca. Segmen-segmen blogger tu pun sama sebab kita kan biasa tulis pendek je pasal siapa anjurkan dan bila segmen tu tamat. Sebab tu jatuh kategori "low value content". Pembaca tak dapat manfaat pun (kecuali kalau dia pun blogger dan terlintas nak join segmen sama so ada la value).

Untuk baiki isu tu, aku revert semua entri Wordless Wednesday dan penyertaan segmen tu jadi draft. Mana-mana entri lama yang isinya pendek pun aku revert dulu. Nak baiki tulis panjang-panjang pun, aku kan masih di hospital. Edit entri pakai phone ni susah nak buka tab banyak-banyak, tak macam laptop. So aku fikir "Revert dulu. Nanti AdSense dah lulus, kita publish la balik" hehe

Dan Alhamdulillah taktik tu menjadi ye. Aku hantar request untuk review kali ketiga tu 7 Oktober rasanya. Keputusan keluar tu pada 11 Oktober jadi dalam 4 hari je la ianya diluluskan. Syukur sangat. Jadi bila masuk blog sekarang, rasa berbunga la sikit nampak ada banner iklan berkelip sikit-sikit ni. Boleh la slow-slow menabung balik dengan AdSense kutip 2-3 sen setiap hari 😂

Hello awak yang di atas header tu hehe

Cuma masalah dengan iklan AdSense ni adalah kalau buka dalam desktop view, iklan rectangular di header dan footer tu tak duduk di tengah. Dia macam jadi left-aligned walaupun dah edit HTML letak <center></center>. Entah apa la masalahnya. Tapi aku malas nak edit lebih-lebih sebab takut terpadam apa-apa yang penting kang payah pula. Asalkan muncul dengan elok dalam mobile view, okey la.

Memandangkan iklan dah lulus ni, aku rasa boleh la cuba untuk buat affiliate lepas ni. Sebab kalau buat entri affiliate sebelum permohonan diluluskan, nanti kena reject lagi. Tapi kalau revert entri affiliate jadi draft sementara tunggu AdSense lulus, affiliate tu pula yang direject. Dilema kan. Tu yang aku desperate sangat nak AdSense lulus cepat hahaha

Penuh cabaran ye perjalanan pendek nak dapat kelulusan iklan AdSense ni. Tapi berbaloi la macam-macam pengalaman boleh dapat. Lepas ni kot la nak daftarkan site lain bawah akaun AdSense yang sama, dah lebih tahu la nak kena buat apa kan.

Semoga anda yang membaca ni pun dapat ilmu baru serba sedikit. Sesiapa yang ada hasrat nak tukar custom domain dan daftar AdSense juga, buat la awal-awal dan pastikan blog dah di-linked selengkapnya dengan Google Search Console. Pening ya kalau kena reject sebab dia tak bagi maklumat spesifik pun apa yang kena baiki. Jadi kita la kena pastikan blog dah ada pertahanan kukuh untuk elakkan kena reject. Sediakan payung sebelum hujan gittew.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. pernah juga jadi macam ni sebab tukar link blog. stress betul asyik kena reject terus hilang mood nak blogging..huhu

    btw, tahniah dah tukar domain baru dan dapat balik adsense. semoga terus sukses dalam blogging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau reject & bagitahu direct kenapa tu, senang juga kita nak improve. ni dia bagi hint sikit-sikit je. susah betul haha

      terima kasih TS. sekarang pun tengah rajinkan diri sikit utk update beberapa kali seminggu huhu

      Delete
  2. alhamdulillah. selamat ber-adsense.hi3

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Syu. lepas sekian lama tunggu haha

      Delete
  3. Alhamdulillah..ammi mengalah masa kat blog lama. Dah approve tetiba dia suspend pulak..dah suspend dia disable terus. chehhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ada baca Ammi tulis haritu. tak patut betul. sekarang pun ada juga beberapa kes blogger lain kena suspend GA. pelik sungguh. semoga dijauhkan la Aminnn

      Delete
  4. Tahniah Nasa. Akak mula² dapat dulu sama kes dengan Nasa. Nasib baik boleh settle dalam beberapa hari je.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.
    Moga USD menderu-deru masuk.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS