Google AdSense tak suka gambar format GIF? | NaSa

Google AdSense tak suka gambar format GIF?

by NaSa, October 26, 2021
Assalamualaikum

Semalam lepas pukul 12 tengah malam, tiba-tiba dapat emel daripada Google AdSense dengan tajuk mengandungi perkataan "Policy Violation Report". Cuak sis. Laju berdesup aku buka emel tu sebab curious violation apa benda pulak. Risau kot jadi macam sesetengah orang yang kena ban akaun dia tu atas sebab orang sabotaj klik iklan banyak kali tu.

Tapi kecerdikan AdSense ni kan, dia tak cakap jelas pun apa benda yang kita violate tu. Sama macam dia tak bagitahu kenapa permohonan AdSense kita kena reject lol. Aku pening kejap baca emel sebab dia cuma tulis "New violations were detected" je. 

Aku masuk dalam AdSense pun mula-mula tak jumpa tempat nak check apa kesalahan yang kita buat tu. Baca lagi sekali emel tu baru tahu kena pergi AdSense > Settings > Policy Center. Nanti ada la senarai site kita yang bermasalah tu. Bila tekan, akan keluar pula senarai page yang ada violation tu.

Aku memula tak tekan nama site tu dan baca nama blog aku je "www.nasamenulis.com". Jadinya aku ingat seluruh blog bermasalah tau ahaha. Tu la baca lagi emel tengah-tengah malam. Kan blur semacam je. Padahal dia kata "cuma iklan dalam page bermasalah sahaja takkan keluar iklan". Tapi aku cuak lebih sampai pergi tutup auto-ads sebab ingatkan nanti satu blog kena ban lol

Sebenarnya, cuma ada satu je page entri yang AdSense block sebab katanya dah langgar policy mereka atas dakwaan "Content obscuring Google-served ads".

Yang aku faham, benda ni jadi bila konten blog sengaja sorokkan iklan dalam blog. Contohnya konten bertindan dengan iklan, duduk rapat sangat dengan iklan, dan sebagainya yang boleh buatkan pembaca tersalah tekan. Katakan mereka nak tekan gambar dalam blog kan, tapi tiba-tiba redirect pergi ke iklan. 

Memang ada blog yang buat macam ni dengan sengaja kan. Tapi sebab aku takde niat pun buat macam tu, kesian la kan tetiba je sis kena tuduh buat fraud huhu naya betul.

Jadi, apa kena mengena violation AdSense ni dengan gambar GIF tu?

Alkisahnya, entri yang dikatakan bermasalah tu adalah entri yang aku membebel panjang pasal orang kata orang dewasa tak boleh tengok kartun tu.

Entri yang niii
Dalam entri ni, aku ada letak banyak gambar dalam format GIF untuk gambaran babak dalam beberapa siri anime yang aku letak sebagai contoh. Pastu format GIF biasa la gambar tu bergerak-gerak kan.

Pastu settings AdSense untuk blog ni adalah "Auto Ads" di mana Google akan letakkan apa-apa iklan yang sesuai dalam blog, termasuklah dalam body entri tu sendiri. Jadi masa tengah baca entri tu, akan ada la iklan-iklan tertentu yang muncul di tengah-tengah penulisan.

Ceritanya, iklan AdSense pun majoriti gerak-gerak macam gambar format GIF juga. Jadi katakan kalau iklan auto AdSense tu bergerak-gerak, pastu diletak pula di atas atau bawah gambar format GIF yang bergerak juga, tak ke nampak macam iklan tu pun sebahagian daripada konten aku? Padahal ianya iklan. Jadi kalau orang nak klik sebab ingatkan tu GIF biasa tapi nanti terpergi ke iklan, tak ke tertipu?

Mungkin sebab tu kot page untuk entri tu kena report sebagai langgar policy. Sebab tinggi risiko pembaca tak boleh nak bezakan antara GIF bergerak yang aku sendiri letak dengan GIF iklan yang AdSense letak. Tapi ni assumption aku je la. Tak tahu betul ke tidak. Cumanya ia macam masuk akal kan. Dan sejujurnya kalau aku baca blog yang letak iklan dekat dengan gambar, aku pun keliru haha

Ada 2 solusi dia bagi kita pilih untuk selesaikan violation ni.
1) Kalau seluruh blog kena blok, kena restore balik kod iklan dan beberapa syarat lain sebelum boleh request review untuk iklan dikembalikan.
2) Kalau cuma satu atau beberapa page yang kena blok, boleh tambahkan URL untuk page tu dalam "page exclusions". Nanti page tu sahaja yang dikecualikan iklan.

Nightmare betul bila tengok pasal request review kat AdSense ni. Teringat memori permohonan AdSense kena reject sebelum ni haha. Kot la makan masa lebih seminggu dua lagi. Haru sis menunggu.

Dan aku baru tahu kita ada terlanggar policy AdSense dalam apa-apa segi yang perlukan request review, kita cuma ada kuota 200 kali boleh mohon request tu huhu

Mujur la kes aku ni cuma ada satu je entri yang bermasalah. Jadi boleh la kecualikan entri tu sahaja daripada tunjukkan iklan. Proses exclusion ni lebih mudah sebab tak perlu request review dan tunggu kelulusan AdSense. Dalam masa 7-10 hari, perubahan exclusion tu akan dilakukan automatik dan tak kacau iklan di page lain pun maka boleh la terus blogging seperti biasa.

Sedih kan ada page kena exclude ads ni. Tapi aku tak rasa rugi ke apa pun sebab tu cuma entri meroyan aku je. Bukan ada orang baca pun jadi kalau tak ada iklan pun tak kisah. 

Jadi di sini, sis belajar satu benda baru. Kalau nak letak gambar dalam blog, pastikan guna format yang sesuai untuk bezakan dengan iklan AdSense. Elakkan pembaca terkeliru sebab kita tak boleh expect semua pembaca yang masuk dalam blog kita ni tahu untuk bezakan format dalam internet. Contohnya pengguna yang terlalu muda atau dah berusia kan.

Nasihat kepada anda semua juga, kalau boleh, gunakanlah layout yang mesra iklan dan ada space yang khas untuk iklan. Gap antara iklan dan konten tu besarkan sedikit supaya boleh bezakan dengan jelas antara konten kita dengan iklan. Jangan duk guna HTML yang tindankan isi blog dan iklan. Google dah la cerewet. Kang kena block, naya nak request review haha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Dah request GA utk blog baru ni.. Tengah tunggu dengan penuh sabar

    ReplyDelete
  2. Bagus penjelasan. Aien dah la blur blur plus noob dalam hal ni. Hahaha yanh aku tahu tulis, campak tulis campak. k dah siap! Haha

    ReplyDelete
  3. Haah pernah terkeliru, klik lain keluar kena pergi tempat lain.
    Oklah tidak baik kelirukan pembaca. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Dah selalu tertekan benda lain, rupanya iklan. Tapi blog macam tu memang buat banyak revenue lah. Sebab orang nak tekan gambar dia, eh redirect ke iklan puleeee. Google pun satu hal. Kalau dah salah tu bagitaulah, ni kita pula yang kena mencari salah sendiri

    ReplyDelete
  5. Adsence ni mcm2 plak syarat dia ye.. Dl xde sgt problem2 camni.. Pape pun tq sharing.. Klu kita.. Mmapos nak cr satu2 haha sejenis tmbh mls nak baca details sgt haha

    ReplyDelete
  6. Pernah juga dapat notification macam ni. Tapi saya edit dan mintak review semula. lepas tu okay dah. Kena berhati hati letak gambar pun kalau ada arrow ke apa.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS