Mana roti pandan Gardenia tu? Mana? | NaSa

Mana roti pandan Gardenia tu? Mana?

in , , by NaSa, October 15, 2021
Assalamualaikum


Ada yang pernah cuba ke roti baru (tapi tak berapa baru) Gardenia iaitu Toast'em Pandan Kelapa ni?

Baca review orang lain, katanya memang sedap roti ni terutamanya kalau dibakar sebab bau wangi pandan tu jadi semerbak. Macam best je description bau dia. Teringat kat nasi lemak pandan. Ada juga ketulan gula melaka dalam kepingan roti tu kan. Aku expect mungkin rasa dia lemak manis macam roti perisa Butterscotch tu kot. Sedapnya. Tapi tu la, nak try sendiri memang masih belum kesampaian lagi.

Sebab mana roti pandan Gardenia tu? Mana??

Anda ada nampak roti tu dalam video ni??

Maaf la video laju semacam sebab aku jalan laju-laju masa rekod tu. Takut orang lain datang ke lorong tu untuk cari barang sebab bawah rak roti ni bahagian peti untuk pelbagai jenis makanan frozen hahaha

Tapi kalau tengok betul-betul rak roti ni, takde kan roti pandan kelapa Gardenia tu? Hujung tu je baru ada Toast'em juga tapi perisa Butter Raisin. Emm aku dah la tak suka roti ada kismis haha

Memang ini la pemandangannya setiap kali cari roti tu pun. Aku dah banyak kali datang ke pasar raya ni dan ada juga singgah 2 kedai runcit (termasuk masa jaga mama di hospital haritu). Tapi kan, sekali pun tak pernah jumpa roti Toast'em Pandan Kelapa tu. Sold out ke atau stok roti tu tak sempat dapat kat pasar raya ni sebab kedai lain kaut dulu, tak tau la.

Yang pasti, memang popular betul roti ni ya. Sana-sini orang heboh bercerita kata sedap. Dan ramai juga kata susah nak cari. Nak-nak lagi lepas viral kes orang mengamuk sebab "tertipu" dengan packaging dan iklan Gardenia haritu padahal dia yang tak baca dengan teliti huhu

Aku ni entah bila agaknya akan dapat merasa. Nampaknya buat masa ni kena tabah makan roti putih Gardenia je la kot. Takpe la. Nak buat macam mana kan kalau dah belum rezeki. Yang penting roti putih Gardenia tu dulu kini dan selamanya masih enak dimakan begitu saja. Tiberrr 😂

Semoga seketul Nasa akan dapat juga jumpa roti pandan kelapa Gardenia tu suatu hari nanti. Amin.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. In syaa Allah akan jumpa juga roti pandan gardenia tu suatu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..kena jelajah lebih banyak kedai nampaknya 😂

      Delete
  2. Wak dah beberapa kali beli
    memang sedaplah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki wak. saya masih mencari ni haha

      Delete
  3. Kahkah. Sama tidak jumpa. Nampak roti lain.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS