Orang dewasa tak boleh minum susu? | NaSa

Orang dewasa tak boleh minum susu?

in , , by NaSa, October 21, 2021
Assalamualaikum

Apakah itu istilah "Adult Lactose Intolerance"?

Untuk cakap pasal ni, sebelum tu kita perlu kenali dulu apakah itu "Lactose Intolerance"?

Lactose Intolerance adalah masalah kesihatan di mana badan seseorang tak dapat hadamkan laktosa (gula susu) dalam susu dan produk tenusu yang diminum/dimakan. Ia terjadi apabila usus kecil mereka kurang hasilkan enzime "Lactase" untuk hadamkan laktosa tu. Jadi kalau mereka minum/makan susu dan produk tenusu, mereka akan alami gejala seperti kembung perut, cirit-birit, muntah-muntah, etc.

Apa kaitannya dengan adults atau orang dewasa?

Apabila menginjak dewasa, badan kita akan semakin kurang hasilkan enzime lactase tu berbanding waktu kita kecil. Sebab tu kebanyakan orang dewasa alami perubahan dalam badan yang buatkan mereka tak dapat hadamkan susu dan produk tenusu. Padahal masa kecil atau muda remaja dulu-dulu, elok je boleh minum susu berbotol-botol. Dari situlah datangnya istilah Adult Lactose Intolerance.

Siapa contoh orang dewasa yang lactose intolerant tu??

Haa aku la. Yang dah tak boleh minum susu tu sobs sobs

Sebagai seorang peminat susu, ini kenyataan yang agak sukar untuk aku terima ya. Sebab aku sejak zaman sekolah lagi memang kuat minum susu. Sanggup tahan lapar simpan duit sekolah 2 minggu untuk bolehkan beli 2 kotak susu segar Marigold HL buat stok seminggu dulu adalah benda biasa.

Kredit: Marigold
Biasa beli yang plain kotak 1 liter tu dulu tapi sekarang mahal nak mampus haha

Zaman masih muda remaja dulu, aku biasa beli susu HL ni setiap kali sebelum minggu period. Sebab aku kalau senggugut memang cramp perut tu bercampur dengan rasa nak buang air besar. Dan kalau minum susu, penghadaman aku jadi lebih baik dan proses nak buang air besar pun lancar. Jadi dengan bantuan susu, masa senggugut tu takde la aku meroyan dalam jamban sebab sembelit akibat hormon.

Tapi gara-gara Adult Lactose Intolerant ni, sekarang dah tak boleh nak enjoy susu dengan tenang 🙂

Kalau dulu aku minum susu dapat membuang dengan lancar, sekarang ni kalau minum susu, jadi cirit-birit terus. Tak sampai setengah jam lepas minum susu, memang perut akan rasa memulas teruk. Masalahnya waktu dalam jamban, takde benda keluar kecuali air. Tapi lepas keluar jamban, RASA ada benda nak keluar. Jenuh wooo 3-4 kali duk berulang-alik ke jamban je dalam masa 15 minit.

Yang haru-birunya, aku jenis tak reti serik pula hahahah. Dah tahu akan cirit-birit lepas minum susu tapi masih juga duk beli bila-bila tekak duk rasa teringin. Farm Fresh la, Good Day la, susu jenama Tesco la. Pastu sendiri mengeluh sebab setengah hari tu duk jadi pelawat jamban paling kerap lol

Tapi aku takde pula masalah sama dengan produk tenusu macam keju. Sebab kalau buat burger letakkan keju keping cheddar macam Cheesedale tu takde pula perut meragam ke apa. Mungkin sebab campur dengan makanan lain kot? Berbanding susu tu minum susu je semata-mata kan?

Haritu rasa give-up juga nak teruskan tabiat minum susu ni sebab aku dah la memang memilih bab air. Cuma susu segar, air Milo, teh o, kopi o, Tropicana Twister oren dan blackcurrant, Sunquick, dan teh kekwa je minuman manis yang aku boleh telan. Selain daripada tu, memang tekak tak terima. Air soya dah reject sebab cyst dalam ovari haritu. Jadi kalau susu pun blacklist, sunyinya hidup I?? 😂

Mujur la hujung tahun lepas masa merayau-rayau di pasar raya Wakaf Bharu tu, ada terjumpa produk susu baru keluaran Farm Fresh iaitu LACTOSE FREE FRESH MILK. Maksudnya susu tu dah diproses supaya sifar lactose dan boleh diminum oleh sesiapa yang lactose intolerant macam aku.

Warna penutup botol oren hampir sama dengan susu segar biasa tapi design dan kuantiti berbeza.

Ada haritu kebetulan aku beli susu lactose-free ni, pastu kaklong beli susu Farm Fresh yang biasa tu. Jadi aku try la buat eksprimen tambahan nak pastikan betul ke aku memang dah intolerant dengan susu biasa ni. So aku cuba minum kedua-dua susu pada waktu berbeza. Hasilnya?

Lepas 10 minit minum susu segar biasa tu, PERUT MEMULAS ya. Tak boleh diajak bincang pun. Mencicit aku lari ke jamban hahahah mujur la jamban pun sebelah bilik je. Tapi lepas aku minum susu lactose-free tu, elok je tak jadi apa-apa. Takde memulas perut, kembung, badan gigil sakit perut. Aman je.

Jadi dari situ, betul la hakikat bahawa aku yang dewasa ni dah tak boleh minum susu biasa macam dahulukala. Sedih juga. Untung la masih ada alternatif daripada Farm Fresh ni. Boleh juga sis beli buat penyegar tekak waktu hari-hari panas. Kalau tak, aku rasa aku mungkin akan masih sanggup dera diri sendiri dengan cirit-birit berbanding berhenti minum susu terus sebab sis dah terbiasa minum susu 😅

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Suka juga minum susu segar putih ni walaupun saya dah tua haha

    ReplyDelete
  2. Uncle la tu... tapi degil jugak! hahahah

    ReplyDelete
  3. Syu pun sama!!Pagi tadi minum secawan. Terus rasa nak muntah. Dulu elok jer minum. Mungkin sebab dah tua agaknya 😂.

    ReplyDelete
  4. ala susah jgk mcm ni.. milk lover xleh minum susu dh..
    tp ade jgk yg jenis minum susu jd sembelit.. mcm2 lahai..
    nsb baik ade susu yg free lactose.. blh jgk lepas geram kat susu.. hehe

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS