Assalamualaikum
Aku kan...sebenarnya ada satu kisah pasal "senyum" ni yang aku ingat dari 2017 sampai sekarang. Lama kan aku simpan. Tu pun sebab tak pernah cerita kat sesiapa sebab takut mereka rasa pengalaman aku tak pelik pun. Tapi alang-alang aku rajin menulis di blog kebelakangan ni, maka aku letak cerita ni di sini.
Alkisahnya, hujung tahun 2017 tu adalah semester terakhir kami di KPM Ayer Molek dan kami kena jalani latihan industri (LI) sebagai syarat untuk sempurnakan diploma. Untuk tujuan tu, kami kena dapatkan surat pengesahan dan dokumen sepatutnya daripada pegawai LI di bilik beliau kan. So aku pergi la.
Tak ingat masa tu pergi dengan siapa sebab rasa macam pergi dengan Syera dan Rahmah. Almaklumlah classmates tak berpisah haha. Ada la sesi berbual dengan pegawai LI tu kejap, pastu momen menyibuk baca resume senior lepas-lepas sebab nak tahu contoh ayat lol. Kemudian baru la aku cari surat aku.
Masa aku belek dokumen atas meja pegawai LI tu, aku tak tahu muka aku nampak macam mana. Tapi aku tahu la yang aku tengah fokus baca satu persatu nama dan nombor matrik tu takut terlepas surat sendiri kan. Tengah-tengah aku tekun asingkan surat yang bukan surat aku, tetiba pegawai LI tu kata:
Masamnya muka. Cuba la senyum sikit.
Aku dalam hati: |
Ayat tu buat aku tersentak dan keliru kejap. Aku cuma ingat yang aku cepat-cepat kendurkan semua urat dan otot muka jadi nampak "tak masam", senyum kat beliau dan terus balik lepas jumpa surat haha
Pegawai tu perempuan sebenarnya, jadi bukan nak cakap beliau "mengganggu" tau. Ayat beliau pun bukan macam mengeji, marah, atau nada negatif. Mungkin macam berjenaka mak-mak la kot. Cuma dari segi suasana dan situasi masa beliau cakap ayat tu je la yang buat aku rasa ehhh?
Lagi sekali diingatkan, aku sedang BELEK DOKUMEN. Maksudnya bukan sedang berinteraksi dengan manusia. Kalau katakan aku tengah duduk tempat orang ramai tapi aku sorang je yang muka masam, boleh juga suruh aku senyum sikit kan untuk nampak mesra.
Tapi ni sebab aku tengah berinteraksi dengan objek, nak senyum macam mana? Dan kenapa?
Kalau korang sendiri...cuba bayangkan kalau korang nampak ada orang yang tengah susun surat dalam ruang pejabat, tapi dia senyum sepanjang waktu masa duk susun kertas tu satu persatu. Agak-agak tak pelik ke perbuatan dia tu? Ke korang rasa tu normal juga? Sebab bagi aku aneh semacam je.
Kalau aku jumpa orang yang senyum memanjang masa buat kerja dengan objek tak bernyawa, pastu tak ada tanda-tanda macam dia sebenarnya tengah bercakap dengan orang lain di phone atau tengah dengar radio melalui earphone (airpod) ke kan, aku mungkin akan anggap otak dia tak betul 😅
Lagipun muka aku kalau tengah fokus memang nampak macam tengah tak puas hati dengan orang tau. Ada je kawan cakap masa mula-mula jumpa, aku nampak macam sombong haha. Actually tak sombong pun. Segan je. Kena perhati dulu perangai orang tu macam mana. Kalau compatible baru aku open up.
Pernah dengar sindrom "Resting Bitch Face" tak? (bukan nak mencarut ya)
Sindrom ni atau nama pendeknya RBF kan, ia sejenis keadaan yang mana muka seseorang tu masa dia tengah rileks nampak macam dia tengah marah atau menyampah kat seseorang atau sesuatu. Padahal dia takde fikir apa-apa pun. Haa aku ada lebih kurang sindrom macam tu la. Ia bukan penyakit pun. Cuma memang muka macam tu. Aku kalau marah aku jeling terbalik mata dah.
Dalam insiden ni, aku jadi tak habis fikir tau. Apa pendapat anda? Adakah insiden ni pelik atau tidak? 😂
Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
Hahaha . samaa . idaa pon selalu ja centuu .
ReplyDeletesenyum? alamak... uncle terasa! huhuhu
ReplyDeletesaje dia nak berborak kot. ice breaking cakap org jawa hihi
ReplyDeleteHaha.. Dulu ammi camni. Muka spesis tak reti nak senyum langsung sampai ada yg kata "Mula2 jumpa hang aku ingat hang sombong nak mampuih". Muka kerat sungguh.
ReplyDeleteSekarang ammo dh pandai adjust muka tu sikit Walaupun Kadang2 terlepas gak muka bajet bagus