Assalamualaikum
TMI untuk hari ini, aku suka waffle.
Sangat suka.
Kalau dapat waffle sebiji, aku dah kenyang dan tak perlu makan nasi dah. Dasar perut kecik haha. Tapi tu la kalau beli waffle di kedai ni kan, masalahnya selalu kecewa je sebab kadang-kadang waffle yang kita dapat tu buat kita persoal balik sama ada berbaloi ke tidak kita buat keputusan beli waffle tu? hahahaha
CONTOH:
Serupa makan tepung semata-mata |
Kalau beli kan, biasa satu waffle tu caj RM3. Apabila request nak inti campur macam coklat dan peanut butter, kena caj tambahan sampai ada yang cecah RM4 pula. Kemain. Tapi bila makan, selalu dapat inti tu ibarat calit hujung sudu je. Dah la waffle pun soggy lembik. Sedih tau. Orang bayar memahal 😞
Maka bak kisah kempunan takoyaki haritu, kalau asyik kecewa je, buat apa beli kan? Baik buat sendiri.
Maka aku pun buat la hehehehe~
Tapi langkah pertama, kena la ada dahulu alat nak buat waffle tu. Seperti biasa, kita jejak hampir semua kedai di Shopee dan dapatlah waffle maker di bawah yang bersaiz mini ni.
Yilizomana Mini Waffle Maker |
Aku beli dari kedai OK Mall di Shopee yang jual pada harga hampir RM24. Lagi best sebab kedai ni bagi coins cashback dan waffle maker ni layak dapat free shipping menggunakan voucher. Penghantaran ke rumah aku guna J&T haritu pun agak laju sebab dapat dalam masa kurang 24 jam lepas dipos. Tahu-tahu je sis tak sabar nak buat waffle 😁
Iron plate bahagian dalam. |
Waffle maker ni tak ada pilihan warna tapi takpe je sebab warna merah mak ngah dia tu cantik je. Saiz waffle maker ni comel sebab besar sikit je daripada tapak tangan orang dewasa. Iron plate tu berukuran 4 inci (10cm). Jadi saiz setiap waffle yang dihasilkan tu serupa apam bakar Kelantan kegemaran aku 😆
Iron plate petak-petak tu ada lapisan non-stick macam kuali takoyaki yang aku beli haritu. Nampak kan shiny macam ada glitter tu? Jadi tak perlu risau waffle akan melekat walaupun tak sapu iron plate tu dengan minyak sebelum letakkan bater waffle.
Sama macam cerek elektrik mini haritu, aku suka waffle maker ni sebab selain saiz mini dan mudah disimpan, ia guna plug 3-pin Malaysia (UK). Jadi tak perlu beli adapter. Tak macam sesetengah waffle maker jenama lain yang gunakan plug China, dan ada pula kedai yang tak cakap awal-awal tu plug China. Baca review tengok ada orang yang baru tahu lepas benda tu sampai. Kesian betul.
Cubaan kali pertama buat waffle mini. |
Lepas waffle maker tu sampai memang petang tu aku terus buat ye sebab excited. Merasa la sis makan waffle untuk minum petang haha. Cuma cubaan pertama tu kurang menjadi sikit sebab bater agak pekat. Jadi waffle lambat masak dan lepas sejuk, keras serupa selipar walaupun dah dibakar garing 😂
Tapi takpe la kalau tak jadi kan. Almaklumlah baru belajar. Lepas ni boleh terus praktis buat lagi sampai menjadi. Daripada beli mahal-mahal pastu tak sedap cuma mampu boikot kedai tu je. Pastu serupa mempertaruhkan lidah je kalau nak try beli di kedai lain sebab tak tahu sedap ke tidak kan hahaha
Pendapat aku lepas cuba memasak waffle guna mini waffle maker ni:
KELEBIHAN
- Saiz mini - Mudah untuk disimpan atau dibawa ke mana-mana. Saiz waffle yang mini pun mudah untuk dihabiskan oleh kanak-kanak tanpa membazir
- Non-stick material - Tidak perlu sembur/sapu minyak ke atas iron plate sebelum masak. Campur minyak sedikit dalam adunan waffle je dah cukup
- Cepat masak - Setiap waffle tak perlu tunggu lama untuk siap dimasak. Antara 2-5 minit je bergantung pada tahap garing yang kita nak
- Harga mampu milik - Maker ni cuma bawah RM25 sahaja. Jimat untuk buat waffle sendiri bila-bila masa yang kita nak dan letak sebanyak mana inti kita mahu hehe
KEKURANGAN
- Wayar plug pendek - Wayar dia tak sampai semeter pun. Panjang lagi wayar charger aku lol. Katanya pendek atas faktor keselamatan takut orang tersadung wayar. Maka waktu masak waffle tu kena duduk dekat dengan extension
- Tak boleh guna lama sangat - At some point, iron plate dia boleh jadi terlebih panas dan waffle nampak hangit walaupun belum cukup masak
- Iron plate tak boleh ditanggalkan - Susah sikit nak bersihkan sebelum dan selepas masak sebab span tak sampai ke celahan petak-petak dia tu.
Overall, ini adalah satu lagi pembelian berbaloi dari Shopee hahaha. Rajin kan aku borong alat elektrik mini sejak duduk rumah ni. Sebelum ni duduk asrama aku malas nak usha pun sebab fikir susah nak usung ulang-alik antara rumah dan asrama. Ni sebab duduk rumah je, boleh la beli dan test kan.
Insya Allah lepas ni kalau ada rezeki, aku nak try beli yang lebih advanced pula. Sebab tengok la Sandwich Machine Multi-Function Breakfast Maker macam bawah ni. Menggoda!
Tapi harga yang "Multi-Function" ni pun lebih sedap la sebab lebih RM100. 5 kali ganda lebih mahal daripada mini waffle maker tu hahahaha. Tunggu la esok-esok kalau ada lebih banyak kesanggupan nak bayar dan kerajinan nak cuba masak lebih banyak benda, ada juga aku order benda ni seketul pasni 😂
Bye dan Assalamualaikum.
alahai... comel je...
ReplyDeleteMY ada gak waffle maker kiut ni,..tapi besar sikit la.. beli dah lama... zaman anak dua rasanya. sekarang dah 6 orang... kena beli yang besar...hahaha
ReplyDeleteNak cari tapi tak tercari. Anak dara ammi suka betul waffle tp tulah nyampah bila beli. Penah sekali beli.. Si pembuat tu siap tanya "nak crispy ke kak“?.. Ammi angguk. Dapat mak aihhh liat mcm Getah. Pastu kedekut topping
ReplyDelete