Assalamualaikum
Lama tak jumpa~ |
Ye semalam kerja siap agak awal. Faedah WFH, ada masa fleksibel. Jadi terlintas la nak ke Tesco lepas tu sebab ada beberapa barang yang nak dicari. Hari tu dah nak pergi masa abah nak ke Kota Bharu buat kunci pendua untuk tombol baru pintu rumah tapi malas nak bersiap so last-last kena tinggal hahaha.
Mama pun dengar je aku ajak abah pergi Tesco tu, poof siap satu senarai barang-barang yang dia nak kirim. Anak buah aku yang jadi tukang tulis. Pendek je senarainya tapi tetap hamboii bukan main ya.
Minyak masak sampai 3 botol. Tapi bukan botol kecil tau. Botol 5kg tu. Habit kat rumah ni memang jenis beli barang dapur banyak-banyak buat stok. Macam minyak masak ni selalu kumpul 5-6 botol pada satu masa biar tak perlu keluar rumah selalu. Tapi tu la aku masuk Tesco tu sorang je. Jenuh nak tolak troli 😂
Dah ajak Amirah ikut tapi katanya tak nak sebab tak ada baju. Padahal boleh je pakai baju tshirt lengan panjang. Tapi biasa la budak-budak apabila dah menginjak remaja ni kan, makin teliti pasal pakaian dan penampilan. Terasa makin tua I sebagai makcik ni. So gerak solo je la.
Comel tak mask saya? |
Alang-alang nak keluar ke tempat jauh sikit dan akan spend masa lebih lama di luar, aku pakai mask Yuka Zan yang corak kucing-kucing comel ni. Selesa sebab material mask lembut dan besi di hidung tu melekap elok. Berbaloi la harga mahal.
Sampai di Tesco, pintu masuk utama ditutup so abah tinggalkan aku di pintu masuk bahagian parking sebab di situ je yang buka. Pastu abah vroom pergi Masjid Kg Sireh solat Asar sebab pergi tu dalam 10 minit sebelum pukul 4. Kat sini dah la Asar awal sekarang. Seminit lepas pukul 4 dah azan. Dulu 4.30.
Sebab mama kirim berbotol-botol minyak masak lengkap dengan beras sekali, kena la ambil troli kan. Tapi pergi hari Jumaat masa orang Kelantan cuti ni, memang ramai la orang. Aku drift dah serupa Fast & Furious tau dalam celahan orang ramai demi sampai ke destinasi pilihan. Tapi tu la sayangnya sebab datang ke Tesco ni masa cuti dan waktu petang pula, banyak barang dah takde.
Contohnya, keju mozzarella blok. Aku duk teringin nak beli sebab dah lama kempunan nak buat corndog versi Korea yang ada keju boleh tarik-tarik tu. Tapi haritu nak beli, aku belum vaksin dan tak boleh rentas daerah. Ni lepas dah vaksin, keju pula habis. Sadis. Ada keju parmesan je tepi tu tapi mana sesuai 😂
Selain tu, roti Pandan Kelapa Gardenia pun tak ada bayang langsung ya atas rak roti tu. Ingatkan datang ke pasar raya besar ni boleh la jumpa. Hampa. Aku je terbagi fake hope kat diri sendiri.
Belum ada rezeki kita berjumpa, roti pandan oiii |
Lagi satu kekecewaan, roti kopi kegemaran aku pun habis. Dan tak ada tanda staff akan topap sebab rak roti tu dibiarkan je kosong di situ. Sedih wooo. Aku dah la sebelum datang lagi duk terliur kat roti tu.
Ni gambar lama tahun lepas masa roti ni baru dikeluarkan dari oven. Panas-panas lagi. |
Aku suka roti kopi tu sebab bau dia wangi dan rotinya lembut. Topping kopi dia di atas tu pun rangup. Kalau orang biasa makan roti kopi Rotiboy kan, tapi aku biasa makan roti kopi Tesco je sebab kat sini aku pun tak tahu nak cari kat mana Rotiboy tu. Entah wujud ke tidak cawangannya kat sini sobs
Maka dah semua barang yang aku teringin nak cari tu tak jumpa sebab habis, kita proceed beli barang dalam list je la. Tak ada rezeki kan. Nanti lain kali kita datang cari lagi.
Penuh satu troli |
Hasil kiriman mama dan aku main ambik je apa aku nak haha. Senarai yang Amirah tulis tadi tu nampak je pendek kan. Tapi hakikatnya banyak sebab setiap benda tu kuantitinya lebih daripada satu. Tengok la sos cili pun nak setengah dozen buat stok. Nugget tempura pun 2-3 bungkus untuk budak-budak tu.
Duit mama bagi RM200 dah ngam untuk barang yang dikirim. Tapi aku datang ni bawa cash RM20 je sebab duit dah masuk tabung lagi. So kena la bayar pakai kad Bank Islam yang dah tunggu masa je nak expired tu sebab aku malas nak pergi bank untuk renew huhu. Nanti la kalau bank dah tak sesak.
Masa nak bayar tu, ada pula insiden menyampah yang berlaku. Faham tak sakit hati tu macam mana kalau kita tengah nak angkut barang dari troli ke atas kaunter, tapi orang belakang ni dasar bodoh yang tak bertepi pergi tolak troli dia rapat dengan troli kita? So kita tak boleh nak ambil barang sebab sempit?
Sumpah kalau aku tak pakai mask waktu tu memang aku dah cebik kat minah belakang tu sebab bodoh tak bertempat. Padahal dah letak tanda garisan merah untuk social distancing tapi dia punya nak berebut bayar tu sampai duduk rapat betul dengan aku. Cashier tu belum siap scan lagi barang orang depan aku tau. Heyyy buat panas hati aku je dengan carutan. Tertinggal otak kat rumah ke?
KAUNTER BAYARAN TAK LARI PUN LA KALAU KAU BERDIRI JARAK SEMETER DARI AKU 😤
So aku punya petty, masa dia letak barang atas kaunter dan nak bayar, aku lambatkan proses aku isi barang dalam beg kitar semula dan susun dalam troli. Sebab aku pun datang sorang beli banyak barang kan, slow la sikit nak siap isi barangnya. Maka troli aku pula blok jalan dia keluar. Padan muka.
Yes I know I am petty tapi lain kali jangan cari pasal dengan orang hahahah
Masa nak keluar dari bangunan tu pun ada terjumpa juga mak lain yang tertinggal otak. Anak tengah mencangkung di tepi jalan sempit ni tak dipedulikan pun sebab mak ralit bersembang dengan member. Tengok aku nak lalu, bukan dia ambik anak dia tu. Tegur mulut je "eh adik ada orang nak lalu."
Kau...kalau aku tergilis anak kau dengan troli berat tu, bukan salah aku tau. Kau tu yang leka.
Aku tahu la sejak kerajaan dah benarkan aktiviti berjalan macam biasa untuk rakyat yang dah vaksin, semua happy boleh keluar bawa anak-anak berjalan. Tak payah terperuk di rumah dah. Tapi mak bapak kenalah alert sikit dengan keadaan sekeliling. Jaga anak tu jangan bagi merayau. Nak berbual pun, pilih tempat semenggah sikit daripada berdiri tepi jalan. Malang tak berbau tau. Kang eksiden kang...
Dan anehnya yang belum kahwin pun sama juga perangai tak peka dengan keadaan sekeliling ni. Ada ke patut sepasang couple ni boleh duk berpegang tangan, berbisik-bisik gelak depan tempat ikan? Aku nak basuh tangan lepas pilih udang ni jadi terhalang laluan nak tolak troli ke sinki. Korang takde tempat lain ke nak dating sampai datang ke Tesco ni?
Duk gelak-gelak depan ikan yang disusun atas ais tu ingat romantik keeeee??
Pelik-pelik je la perangai manusia ni kan. Tapi begitulah alkisahnya aku mengembara sepetang di Tesco lepas habis tempoh PKP untuk mereka yang dah cukup vaksin ni. Macam-macam hal. Pening I 💆🏻♀️
Bye dan Assalamualaikum.
Lepas dh boleh keluar ni ramai orang yang tak betul perangainya...nak- nak yang bawak kereta...macam 10 tahun x bawak kereta..laju menggila...Tesco ni dah tukar nama ke Lotus kan?
ReplyDeleteTu la lain macam betul jadi lepas lama duduk rumah ni. Masa balik semalam pun ada kereta himpit rapat dari kiri. Nyaris bergesel mujur abah sempat elak.
DeleteYa Tesco dah tukar kepada Lotus sekarang tapi cawangan Kota Bharu ni maintain lagi signboard nama Tesco haha
Eh? Nasi dagang orang panggil tongkol ke?
DeleteBukan bungkus?
Masih guna nama tesco lagi ye. Ingatkan semua dah bertukar Lotus. Perkara biasa senarai pendek, tapi bila membeli lebih dari senarai. hihi...
ReplyDeleteEntahlah, macam-macam perangai manusia.
Selamat membeli belah
ReplyDeleteActually Tesco banyak makanan siap yang best. Cuma itu lah. Tak viral. Kalau tak, ramai yang serbu.
ReplyDeleteTak boleh nak buat apa. Memang ada orang perangai macam tu. Kita dah cukup bertamadaun, diorang pulak yang buat hal. Tak peka sekeliling.