Assalamualaikum
Bulan lepas aku ada cerita pasal syarikat skincare tempatan, Yello Skincare, jemput untuk jadi beta-tester bagi produk terbaru mereka iaitu pencuci muka kan. Alhamdulillah dah selamat dapat dah pun testernya dan aku dah review pun di Twitter perjalanan dan hasil aku cuba produk tu selama seminggu.
Oatellia Exfoliating Gel Cleanser namanya~ |
Tapi yang aku saja tak cakap haritu, sebenarnya review daripada beta-testers tu akan dinilai juga tau. Sesiapa yang kongsikan journey mereka masa gunakan tester tu dengan lengkap, konsisten, dan menarik, nanti akan dipilih untuk memenangi hadiah giveaway daripada Yello Skincare.
Aku tak cakap dalam entri tu sebab tak nak ayat aku masa review nanti macam bukan pasal produk tapi lebih kepada nak bodek supaya lebih disukai. Biasalah manusia kan kadang-kadang mudah dikaburi hatinya kalau dengar ada hadiah ni ahahah. Jadi aku nak fokus kepada cuba produk tu dan perhatikan kesannya betul-betul supaya review aku telus dari hati dan pengalaman aku sendiri.
Seperti penulisan aku di blog ni, kalau aku review barang di Twitter pun panjang berjela juga. Cuma ayat lebih ringkas dan padat la sebab Twitter kan ada limit aksara. Bebenang (thread) Twitter pun ada limit 25 tweet je. Dan aku gunakan 24 tweet untuk share journey aku tau haha.
Oleh sebab sis tak famous, review aku di Twitter tu tak ramai pun orang baca. Jadi memula tu rasa macam "oh takde harapan menang kot" sebab takde engagement kan. Tapi... Alhamdulillah ada rezeki daripada penulisan tu. Aku dipilih sebagai salah seorang pemenang giveaway Yello Skincare 😊
Cantik kuningnya. Rasa serupa produk diraja ahaha. Ala nama pun Yello Skincare sebab diinspirasikan daripada warna kunyit iaitu bahan utama produk mereka kan. Mestilah warna tema pun kuning.
Masa wakil syarikat Yello minta details untuk poskan hadiah ni ke rumah, katanya dia akan update dengan nombor tracking lepas dah pos. Aku tunggu lama juga tapi takde update pun. Sampai aku dah kena pergi jaga mama di hospital dan akhirnya balik lepas 10 hari di hospital pun, tetap tak ada update.
Tapi......rupa-rupanya hadiah tu dah sampai di rumah tau. Lepas balik dari hospital tu, aku tengok ada kotak besar semacam atas meja kopi ruang tamu. Ingatkan kakak aku punya tapi tengok details, eh nama aku? Tengok nama pengirim, eh Yello Skincare? Tapi bila masa pula sampai?
Abah kata dah beberapa hari juga la sampai. Aku je tak tahu sebab memang takde update hahaha
Mungkin wakil Yello lupa nak maklumkan sebab biasanya kalau aku chat beliau pun, ambil masa 1-2 hari bekerja juga nak balas. Aku tak kisah pun sebab tahu dah mereka busy kan. Yang penting, hadiahnya dah selamat sampai. Dah lama tau sis tunggu nak tengok hadiah apa yang diberi dan akhirnya dapat!
Sejadah gebu aku jadi background sebab sis takde kain lawa-lawa lol
- Oatellia Exfoliating Gel Cleanser
- Oatmino Refreshing Cream Cleanser
- Thank you card
- Set tuala mandi + tuala muka
- Tuala rambut
- Bath scrubber
- Selipar hotel
Dua nama yang dihighlight tu adalah nama kedua-dua produk pencuci muka baru keluaran Yello Skincare. Untung kan dapat produk percuma. First impression aku pasal barang-barang lain tu pula, "wow barang hotel!" hahaha
Vibes barang-barang tu macam nak suruh aku berehat dan manjakan diri sendiri macam masa kita bercuti di hotel je. Kalau ada bagi bathrobe sekali ni, boleh aku feeling macam anak Datuk baru balik dari London pastu tengah bercuti di hotel 5 bintang sambil bercakap dengan papa bila nak balik ambil alih kerja papa di syarikat Megah Holdings 🤣🤣
Sangat terharu ya apabila dipilih sebagai pemenang giveaway ni. Tak kira la dalam apa jua pertandingan dan di mana pun. Aku menang hadiah dalam segmen di blog ni pun dah macam weyyyy tak sangka. Inikan pula dapat daripada syarikat terkemuka kan. Harus sis bangga walaupun tak tahu nak cerita kat siapa sebab twitter kan banyak meroyan je. Orang layan tak layan je tweet aku tu kahkahkah
Anyway, dah jimat la bajet aku daripada beli pencuci muka lepas ni. Sebabnya hari produk baru Yello Skincare ni dilancarkan, aku memang dah beli kedua-dua pencuci muka terus. Almaklumlah tak expect nak menang giveaway ni kan. Pastu lepas terima hadiah ni, dapat lagi kedua-dua pencuci muka. Maka sekarang aku ada 4 pencuci muka tau, 2 botol Oatellia dan 2 tiub Oatmino 😂
Alang-alang terima dalam bulan Oktober iaitu bulan hari jadi aku kan, maka aku anggap ni adalah hadiah hari jadi yang awal la. Best kan hahaha
Terima kasih Yello Skincare sebab pilih saya jadi pemenang. Lain kali kalau ada keluarkan produk baru lagi, jemputlah saya jadi beta-tester lagi. Brand lain kalau nak jemput saya pun boleh. Tengok penulisan review saya di blog pun berjela tau sebab saya review ikhlas A-Z dengan teliti punya 😉
Terima kasih Yello Skincare sebab pilih saya jadi pemenang. Lain kali kalau ada keluarkan produk baru lagi, jemputlah saya jadi beta-tester lagi. Brand lain kalau nak jemput saya pun boleh. Tengok penulisan review saya di blog pun berjela tau sebab saya review ikhlas A-Z dengan teliti punya 😉
Bye dan Assalamualaikum.
udah namanya yello kan... itu yellow kotaknya, mula-mula akak ingat kan yello tu hello hehehehhe
ReplyDelete