Masak-masak: Udang Goreng Kicap Masin | NaSa
Assalamualaikum

Selamat tengah hari~~~

Dah masak ke belum untuk hari ni?

Kalau belum, meh nak kongsi satu resepi yang aku suka ni sebab mudah dan ringkas je bahan yang diperlukan iaitu "Udang Goreng Kicap Masin"

Sedap kan tengok udang besar-besar 😋

Bahan-bahan yang diperlukan:
🔸Minyak masak
🔸Udang segar, suka hati nak berapa ekor
🔸2 ulas bawang putih, hiris/tumbuk
🔸Gula pasir
🔸Kicap masin
🔸Sedikit ajinomoto
🔸1 biji bawang besar, hiris
🔸Lada, hiris

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali dengan api sederhana.
2. Masukkan bawang putih tumis hingga naik bau wangi.
3. Bersihkan udang dan masukkan ke dalam kuali. Udang ni nak buang kulit dan urat dulu pun boleh, nak masak dengan kulit pun boleh.
4. Goreng sampai udang berubah jadi warna oren. Perasakan dengan gula, ajinomoto, dan kicap masin secukup rasa. Tak perlu tambah garam sebab masin kicap tu pun dah cukup.
5. Tunggu udang masak sekejap. Kemudian tambahkan hirisan bawang besar dan lada. 
6. Masak lagi sampai bawang dan lada sudah lembut. Rasa sedikit kuahnya. Kalau terlalu pekat atau masin, boleh tambahkan air sedikit.
7. Agak-agak dah puas hati dengan hasil masakan, bolehlah angkat dan hidang 😋

Lauk ni bila cukup semua perasa manis masin dia, memang sedap. Buktinya, aku kan jenis cerewet bab makan. Kalau hari biasa tu aku makan nasi sekali sehari atau tak lalu makan langsung, tapi bila ada lauk ni kan, aku makan nasi boleh menambah 2-3 kali tau. 

Masakan ni pun versatile sebenarnya. Kalau tak ada udang, boleh juga gantikan dengan ayam. Tapi guna udang lagi kawww rasa dia sebab tak perlu banyak gula. Air masakan daripada kulit udang tu dah cukup tambah manis dia. Kalau udang segar, lagi best kan. Tapi kebelakangan ni aku biasa masak guna ayam je la sebab udang besar biasanya kami beli di Tesco. Tapi sejak COVID melanda ni, jarang dah la pergi sana kan.

Udang ni pun kebetulan je beli sebab semalam masa aku bawa Amirah pergi pasar raya belikan sabun mandi dia yang dah habis, ternampak ada udang yang dah pek kecik-kecik ni di bahagian bahan basah. Harga berpatutan la juga dengan saiz udang yang besar, dan kuantiti cukup-cukup untuk sekali masak.

Saiz sama macam udang yang kami selalu borong di Tesco.

Setiap pek ada harga lebih murah, ada yang lebih mahal. Ikut berat udang yang ada dalam tu. Aku terliur maka beli la satu pek ni yang lebih mahal sikit tapi berbaloi sebab dalam ni ada 11 ekor udang besar. Boleh la lepaskan gian sebab dah lama tak makan udang kegemaran kan.

Lagipun ni macam hari last nak makan masakan sendiri sebab mulai 2 Oktober ni aku nak kena ambil alih tugas kaklong jaga mama di hospital. Doktor kata kuman dalam darah masih ada so mama kena sambung antibiotik selama 2-4 minggu lagi. Padahal haritu kata 2 Oktober tu dah boleh balik. Tapi tu la kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Jadi mungkin kami kena berkampung lagi di wad ni sampai hujung bulan. Sabar je la.

Yang haritu aku duk stress tahap menangis-nangis nak drop praktikum tu kan, tak jadi juga nampaknya. Lepas discuss panjang-panjang dengan supervisor UUM dan juga bos syarikat tu sendiri, mereka sarankan aku terus je sambung sebab kalau drop dan ambil semula sem depan, belum tentu lagi sama ada keadaan akan tenang atau tidak kan. Risau kalau sia-sia je terbuang masa jadi lebih baik teruskan je sekarang.

Supervisor kata bab report beliau boleh bagi kelonggaran dan syarikat pun lenient bagi aku masa lebih fleksibel untuk siapkan tugas. InsyaAllah hal ni takkan ganggu penilaian praktikum aku. Alhamdulilah. Rezeki sangat dapat supervisor dan bos yang sangat baik. Semoga dimurahkan rezeki mereka dunia akhirat.

Panas lit-lit sekarang waktu siang di Kelantan. Hitam spek aku hehe

Sekarang (jam 2 petang) ni pun aku baru lepas siap buat swab test dan tengah tunggu keputusan. Semoga negatif la sebab aku pun memang takde keluar merayap mana-mana lepas vaksin dos kedua haritu.

Doakan supaya mama cepat sembuh dan boleh keluar wad lepas habis antibiotik 2 minggu ni. Kesian dah lama sangat dekat sebulan berkampung di hospital ni. Abah pun sendu je duduk rumah sorang-sorang takdak teman sobs.

Semoga aku pun tabah juga la nak hadap bermalam di wad lagi ni. Harap-harap takde la pesakit yang buat merinding bulu roma satu badan dan bikin hati hangat sebab duk menjerit siang malam macam hari tu huhu

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 16 comments

Add your comment

  1. bukan senang menjaga orang sakit di hospital. selalu ada sound effect pesakit lain. tak apalah, manjakan diri makan lauk kegemaran sebelum sambung jaga mak awak. semoga mak awak segera sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bermacam-macam dugaan. Alhamdulilah mak sendiri dah takde apa-apa. Cuma tinggal habiskan ubat je. Aminnn. Terima kasih atas doanya, kak ☺️

      Delete
  2. Bertabahlah duduk di hospital. Tapi untunglah boleh ada yg teman. Ada hospital yg tak boleh ada peneman kecuali kalau yg sakit tu tak boleh bergerak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk kali ketiga sampai tukar 4 hospital ni, memang redha & tabah habis dah haha. Ya memang digalakkan takde waris pun dlm wad klu pesakit masih boleh uruskan diri sendiri. Mak saya sbb dah nak masuk kategori warga emas & ada sakit buah pinggang so lagi elok klu kami jagakan

      Delete
  3. I don5 know what to say, just semoga mak Nasa cepat sembuh dan segala urusan Nasa dipermudahkan. Aien tak ada pengalaman lagi jaga orang sakit, tapi makan masakan sendiri selalu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn. Terima kasih atas doanya, sis. Semoga diberi kesihatan berpanjangan kpd semua sbb bila masuk wad ni sama ada diri sendiri atau family sakit, memang perit lagi² musim covid ni huhu

      Delete
  4. Semoga mama nasa cepat sembuh seperti sedia kala

    ReplyDelete
  5. Sedapnya udang. Masak apa pun sedap.
    Semoga mama awak cepat sembuh dan boleh keluar wad segera.
    Semoga Allah permudahkan segala urusan awak juga. Aaminn...

    ReplyDelete
  6. semoga mama cepat semua dan semoga dipermudahkan urusan awak sekeluarga :)

    ReplyDelete
  7. Jurusnya teman mama...

    Proud of you!

    ReplyDelete
  8. udang masak apa pun sedap bagi akak

    ReplyDelete
  9. Saya lebih suka udang goreng masak kicap dari udang butter.

    Semoga mak sembuh, diberkati dan dipanjangkan umur.

    ReplyDelete
  10. In syaa Allah.
    Niat yang baik, Allah akan sentiasa permudahkan.
    Sedap masakan udang tu, bahan simple tapi tetap menyelerakan.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS