Assalamualaikum
EXPECTATION. Kredit: 123RF |
Almaklumlah, kalau beli ni kadang-kadang apa yang kita dapat tu lari jauh sikit daripada apa yang kita nak. "Expectation vs Reality" ke laut bak orang kata.
Contoh, macam pengalaman kami beli corndog di kedai luar ni la. Bitter sweet betul bila dikenang lol
Masa tu, kami sedang dalam perjalanan balik dari hospital. Oleh sebab cuaca panas, mama kata dia rasa nak minum ais cendol. Aku pun masa tu lapar juga sebab penat kemas barang dalam wad pastu ulang-alik hantar ke pintu utama untuk kaklong ambik bawa ke kereta. Tolak wheelchair berat lagi. Banyak guna tenaga kan. Jadi mata melilau la nak cari kedai jual makanan dan minuman kat kawasan tu.
Nampak satu gerai tepi jalan ni ada jual ais cendol, kami pun berhenti la. Kebetulan gerai sebelah dia tu jual makanan goreng-goreng. Masa tunggu air siap, kami pun usha la makanan apa yang ada kan. Gerai ni nama aku tak ingat, dan kalau ingat pun aku rahsiakan je la. Mereka jual gorengan macam keropok, sosej, takoyaki (tanpa sotong), pizza, dan watak utama entri ni iaitu corndog.
Bawah tu pula ada corn dog yang aku nak cerita tu la. Tengok gambar pun macam wow je kan sebab bulat gebu dan besar-besar betul corndog tu. Susun pula banyak-banyak camtu, impressed la kan.
Kaklong tanya sebatang corndog tu harganya berapa?
Tuan kedai kata RM3. Besar gitu harga RM3??? Macam wow sangat kan. Mungkin sebab terliur, mungkin sebab impressed, kaklong beli la corndog tu sekali. Bukan sebatang, bukan 2 batang, tapi 8 BATANG.
Biasa la kalau dah kira orang-orang atas rumah ada berapa ramai, memang auto banyak la borong makanan untuk makan sama-sama. Lagipun harga pun murah kan. Excited terus tuan kedai gorengkan semula corndog tu untuk dipanaskan isinya.
On the way balik tu, aku dah habiskan sebungkus takoyaki tanpa tako tu dalam kereta sebenarnya. Dah kenyang dah. Tapi sebab masih impressed dengan corndog murah tu, balik rumah aku sambung makan corndog tu pula. Masa ni curious sebab macam mana mereka buat corndog besar gini tapi harga RM3??
Tapi rupa-rupanya yang berat tu kan.........cuma tepungnya saja...........
SOSEJNYA PENDEK GILAAAAAAAA.......
REALITY. |
Sosej tu potong 2 ke potong 3 entah sebab memang pendek. Tak hairanlah boleh jual corndog besar pada harga murah sebab yang besar tu cuma tepung saja. Aku syak mungkin bater celupan sosej tu letak yis kot sebab tu terlebih kembang. Tekstur masa makan tepung tu serupa roti dan bukan macam salutan tepung pada corndog yang aku buat sebelum ni.
Faham je yang orang meniaga nak tarik pelanggan kan. Tapi entah la labu...susah nak cakap. Eloknya guna la marketing dan representation yang tepat. Apabila dah banyak kali kena kedai duk buat macam ni je, customer fedap tau nak beli. Aku sendiri pun taknak repeat order pasni.
Sis tak kisah pun kalau nak potong sosej tu. Tapi jual la dalam bentuk yang lebih jujur mengikut saiz sosej. Terkilan tau tengok corndog besar, tapi kunyah 10 minit pun masih makan tepung lagi. Sosej tu aku tak jumpa-jumpa pun sebab duduk di hujung lidi. Last sekali aku tak habis makan pun sebab perut kenyang tepung je. Sosej yang aku tarik keluar sebab penat mengunyah tu Amir kot yang makan.
Antara corndog tipu-tipu RM3 yang kecik tapi saiznya jujur, dengan corndog RM3 yang besar tapi saiznya misleading dan tidak menepati isi di dalam, lagi rela aku beli corndog kecik tau. At least aku tahu apa aku akan dapat daripada pegang fake hope kat corndog besar tapi akhirnya mengecewakan tu.
Korang pernah ke ada pengalaman tertipu macam ni? Mesti menyampah kan masa makan tu hahaha
Korang pernah ke ada pengalaman tertipu macam ni? Mesti menyampah kan masa makan tu hahaha
Bye dan Assalamualaikum.
hmmm tak suka lah peniaga macam ni. Patutlah murah je tapi murah pun kalau tak sedap tak syok gak nak makan
ReplyDeleteini betul mengingatkan pada sotong goreng tepung kedai siam. nampak besar,,rupanya sotong dalam tu halus kemain..tepung je tebal.
ReplyDeleteptot hrga murah.. ni bkn corndog.. ni namanya cornflour.. haha aduhai..
ReplyDeletepernah jgk kena skali.. beli corndog dpt sosej secotek..
sabar jela.. jenuh nk habiskan tepung..
cissss akak yg baca ni pun geram, pendek bebeno sosej nya dik oi... akak buat roti sosej pun panjang lagi sosejnya... ampeh bebeno tau pedajal sungguh peniaga tu
ReplyDeleteDiorang tak boleh beza ke corndog dengan roti sosej? Kalau macam ni, memang sekali tu je lah beli.
ReplyDeletebenci betul kena fake hope macam ni. harap penjual corndog tu insaf dan perbaiki resepi
ReplyDeletehaha patutlah RM3 aje hihi..
ReplyDeleteMmg 1st and last la kan gi situ
ReplyDeletePenah tak beli goreng pisang yg dia jual (1 biji pisang belah 5,pastu setiap belahan jadi singgit). Gila org beli sesikat pisang kata lah RM5.. Dia jual sebijik pisang RM5. Kaya cepat nak pegi mana ntah
patut murah
ReplyDelete