Masak-masak: Kek Batik Indulgence Tanpa Oven | NaSa
Assalamualaikum

Akhirnya... lepas sekian lama asyik tertangguh je nak buat Kek Batik Indulgence sebab teringin tapi kedekut nak beli bahan-bahannya yang mahal bebenor daripada kek batik biasa, akhirnya cita-cita sis nak buat kek ni berjaya. Alang-alang haritu hari jadi aku dan weekend sempat singgah di supermarket lepas balik dari pantai, boleh la pau kaklong beli bahannya sekaligus celebrate hari jadi diri sendiri haha

Takdak gambar keratan rentas yang lagi lawa sebab aku siap buat pun tengah-tengah malam. Pastu lepas Subuh terus buka peti sebab nak potong dan tengok kek tu jadi ke tidak. Dah try sedap tu, terus makan la untuk perasmian. Mana ingat nak susun cantik-cantik untuk gambar dah hahaha

Aku guna panduan resepi dari blog Che Nom. Tapi tak ikut sepenuhnya pun sebab untuk kek batik, aku ubah resepi daripada kek batik sesuka hati haritu. Cuma bahan untuk lapisan cream cheese dan ganache guna Che Nom punya. Tu pun ada sis langgar je sukatan untuk beberapa bahan 😂

LAPISAN 1: KEK BATIK

Tukar guna biskut Munchy's sebab Tesco takde biskut Shoon Fat yang pek besar tu. Mahal sikit tapi takpe kaklong bayar haha

Bahan-bahan:

🔸 Butter - 250gm
🔸 Milo - 200gm
🔸 Susu pekat - 3/4 tin
🔸 Serbuk koko - 1 cawan
🔸 Air - secukupnya
🔸 Telur - 2 biji
🔸 Biskut Marie - 2 pek (patahkan 4)

Cara penyediaan:

  1. Cairkan butter dalam kuali dan masukkan bahan lain ikut turutan suka hati sendiri (kecuali biskut).
  2. Setelah adunan Milo dan serbuk koko tu cukup cair dan tak berketul, padamkan api.
  3. Masukkan biskut yang dah dipatahkan tu sedikit demi sedikit ke dalam adunan Milo. Gaulkan sebati.
  4. Masukkan biskut ke dalam loyang yang dilapik baking paper. Tekan hingga permukaannya rata.
  5. Simpan dalam peti sejuk sementara siapkan lapisan cream cheese.
Aku dapat satu loyang setengah gini. Kesan comot-comot di baking paper tu anggaplah tak wujud.
Resepi asal aku tu sepatutnya masukkan esen vanila. Tapi lepas kek siap baru perasan aku lupa letak lol. Tapi tak jejaskan rasa pun. Resepi kek Che Nom tak guna telur tapi aku letak juga sebab kek jadi lebih lembut. Versi Che Nom cairkan adunan Milo guna susu full cream tapi aku guna air sebab malas beli 😂

LAPISAN 2: CREAM CHEESE

Serbuk gelatin beli di Shopee haritu guna duit e-Belia sebagai stok sebab dah lama teringin nak buat cheesecake tanpa bakar lol

Bahan-bahan:

🔸 250 gm cream cheese
🔸 3 sudu besar gula kastor
🔸 1 sudu kecil esen vanila
🔸 1 sudu besar susu pekat manis
🔸 3/4 sudu besar serbuk gelatin
🔸 3 sudu besar air panas
🔸 200 ml whipping cream

Cara penyediaan:

  1. Bancuh serbuk gelatin dengan air panas dan kacau hingga larut.
  2. Campurkan cream cheese, gula, esen vanila, susu dan bancuhan gelatin. Kacau sekata.
  3. Dalam mangkuk berasingan, putar whipping cream hingga kental.
  4. Masukkan whipping cream ke dalam mangkuk cream cheese dan gaul sebati hingga adunan licin.
  5. Tuangkan campuran cream cheese ke atas kek batik dan ratakan permukaannya.
  6. Sejukkan semula kek tu dalam peti sejuk.
Part ni ada 2 cabaran ya. Oleh sebab peti sejuk rumah ni dah lama, suhu tak betul tau. Jadi bahagian bawah tu tak boleh simpan benda yang sensitif dengan suhu macam susu. Cepat basi. Aku dah kena haritu. Rugi susu segar aku 2 botol padahal belum buka pun lagi sobs 🤧

Jadi aku simpan la cream cheese tu dalam freezer walaupun arahannya kata jangan sejukbeku. Pastu aku lupa nak keluarkan awal-awal so bahagian tengah dia ada yang bentuk ais lagi. Masa duk putar dengan bahan-bahan lain, tekstur cream cheese tu jadi berbiji halus dan bukannya smooth kahkahkah

Pastu nak putar whipping cream tu pun seksa. Aku pakai whisker manual sebab malas nak bawa keluar electric mixer. Last sekali tangan dah lenguh nak mampus tapi krim tak kental pun aaa balerr. Maka kena juga guna electric mixer. Kurang 5 minit medium speed, krim dah kental elok. Mujur ada teknologi yee

LAPISAN 3: GANACHE COKLAT


Bahan-bahan:

🔸 300 gm dark chocolate
🔸 250gm whipping cream
🔸 1 sudu besar butter
🔸 1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan:

  1. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double-boil.
  2. Campurkan whipping cream dan kacau hingga coklat larut.
  3. Masukkan butter untuk jadikan coklat lebih berkilat dan letakkan juga esen vanila.
  4. Aku tunggu ganache tu suam sikit baru tuangkan ke atas kek yang dah dilapisi cream cheese tadi. Takut cheese cair/pecah kalau ganache panas sangat (trauma daripada kek coklat tak jadi haritu).
  5. Ratakan lapisan ganache dan sejukkan semula kek dalam peti sejuk selama semalaman.
Che Nom kata kalau ada buih kecik di permukaan ganache tu kena cucuk kasi smooth tapi aku mengantuk so maleh ah
Nak buat ganache ni pun mencabar. Che Nom kata guna 250ml dairy whipping cream, tapi supermarket tu ada Emborg 200ml je. Brand lain ada kotak besar tapi non-dairy so aku takut tak jadi kalau tukar. Sis malas beli Emborg lebih sebab mahal oi. 2 kotak ni pun dah cecah RM15. So aku redah je guna 200ml. Menjadi ganache tu cuma pekat sikit la sebab kurang cecair kan. Aku pula lupa kurangkan coklat 😅

Dah la masa di supermarket tu, aku nyaris ambil cream yang salah. Masa cashier scan harga, tengok 2 kotak tu berbeza 1 sen. Rupanya aku terambil sekotak whipping cream, sekotak COOKING CREAM. Buat hal la Emborg letak semua produk krim dia dalam kotak purple. Memang la gambar di kotak tu lain tapi orang kalut macam aku ni kadang ambil ikut warna kotak je. Takdan tengok gambar dan nama haha

Tapi walaupun mencabar, yang penting menjadi ye KEK BATIK INDULGENCE saya tuuu. Dah makan habis dah pun loyang kecik dan besar tu haha. Kakak-kakak aku pun kata rasanya seiras dengan kek Chocolate Indulgence buatan Secret Recipe. Jadi tak sia-sia la dari lepas Isyak sampai tengah malam aku duk bertukang buat semua lapisan kek pastu tunggu setiap lapisan kek tu sejuk lagi.

Kek yang sudah disejukkan 6+ jam. Mujur aku tak buh dalam freezer.

Pandangan sisi tak cantik sebab aku malas nak trim macam Che Nom lol
Nak potong kek ni renyah sebab kena rendam pisau tu dalam air panas setiap kali potong. Soalnya untuk mudahkan pisau tu lalu dengan lancar di lapisan coklat dan cheese. Baru la tak comot. Tapi memang kena hati-hati la sebab dah la pisau tajam, panas pulak kan. Jari aku sampai melecur haritu huhu

Gambar tangkap muat.
Tapi tetap boleh nampak ketebalan lapisan cream cheese dan ganache agak sama rata walaupun aku main tuang je haha

Selain kek batik indulgence yang dah sekian lama duk kempunan nak buat dan makan tu, kita sediakan juga takoyaki homemade ye sebab haritu kemain beli tepung sampai 2 kilo. Pastu di supermarket tu kan aku berjaya cucuk kaklong minta belikan sotong hehe. Cuma aku bodo sikit la sebab tak beli sos takoyaki lebih. Maka kami makan sambil jimat sos sebab masa tu sos tinggal suku botol je 🤣

Hantu takoyaki. 🐙

Maka dengan itu, berakhirlah sambutan hari jadi ala kadar saya hahahaha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. sedapnya sehingga menjilat jari!

    ReplyDelete
  2. aduh sedapnya, akak tak pernah buat kek batik indulgence tu sebab rasa banyak kerja nk buat heheheh... tapi makan suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok beli je la kak Dana. kos bahan je nak cecah rm100. kos masa lagi nak kena tunggu setiap lapisan kek tu siap. penat woo. ni pun try buat sebab dah lama mengidam tp susah nak cari yg jual dekat rumah hahaha

      Delete
  3. Batik indulgence belum penah buat lagi.. Batik biasa dah handover pada Kyra. Dia dah terror buat

    ReplyDelete
  4. teringin nak rasa, tapi mlas nak buat. Meh buatkan MY sikit

    ReplyDelete
  5. nampak cantik kejadian kek batik tersebut . terliur ccl tengok

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS