Piknik pendek di Pantai Geting | NaSa

Piknik pendek di Pantai Geting

in , by NaSa, November 02, 2021
Assalamualaikum

2 November 2021. Belum terlambat kan untuk saya ucapkan selamat memasuki bulan November kepada anda semua~ Semoga bulan ini lebih baik daripada bulan sebelumnya huhu

Ni adalah sedikit throwback. Sebab hujung minggu lepas kan, tetiba je muka sis yang tak suka berjemur tengah panas ni boleh sampai ke pantai tau. Macam eh eh tiberrr sangat lol

Soalnya masa tengah sarapan makan nasi tu Amir datang tepi tingkap tanya "Nak pergi pantai ke?" Ingatkan pergi dengan abah mama lepas abah balik dari ambil mama di pusat dialisis. Aku pun macam em boleh kot daripada terperuk di rumah. Maka kita pun on je la.

Tapi....rupanya pergi dengan kaklong dan abang ipar aku daaa. Tak semena-mena je sis fifth-wheeling dalam piknik family orang hahahah. Mana aku tahu. Tengok Alza depan rumah tu ingatkan abah pinjam kereta abang ipar aku sebab lebih selesa untuk perjalanan jauh. Rupanya kaklong yang ajak abang ipar aku bawa budak-budak tu berjalan sebab asyik peram kereta baru di rumah je sebab sayang lol

Maka masuklah muka saya dalam seat belakang Alza tersebut hehe

Pemandangan dari redup-redup bawah pokok tempat kami duduk.

Pantai ni lokasinya dekat dengan PPV daerah Tumpat yang aku dapatkan suntikan vaksin Pfizer dos 1 dan dos 2 haritu. Hari tu yang duk berdoa sangat "semoga jumpa lagi" kat pantai tu kan, akhirnya makbul betul-betul hah datang ke pantainya haha. Rezeki boleh pijak pasir pantai.

Kelakar sikit sebab lepas sampai di pantai ni kan, hujan turun tau. Memang dari awal perjalanan lagi dah mendung pun. Rasa terhibur kejap sebab hari-hari sebelum ni masa cuaca panas membahang sampai 30 celsius, kami duduk rumah. Ni masa hari hujan, kami jengah pantai pula. Terbalik haha. Mujur dalam kereta ada 2 payung dan 1 baju hujan. Boleh la guna sementara tunggu hujan redha.

Rombongan mak joyah ke pantai hehe.
Amirah terpejam pula matanya emm

Kami pilih spot depan laut tu bawah rimbunan pokok ru. Teduh dan redup. Tapi masalah piknik inpromptu yang tak berapa dirancang ni, lupa pula bawa tikar untuk lapik duduk. Nasib baik daun pokok tu filter hujan rintik-rintik tu. Jadi abang ipar aku hamparkan baju hujan tu atas pasir. Mujur juga ada batang kayu hanyut tu. Haa muat la nak duduk sikit-sikit masa makan.

Aku? Hampar beg kitar semula yang sentiasa digantung di handbag tu duduk sorang-sorang haha


Kami beli makanan dari gerai-gerai yang dirikan khemah di laluan masuk menuju ke pantai tu. Meriah juga pilihan makanan yang ada. Almaklumlah sekarang dah boleh rentas daerah dan negeri kan. Ramai la yang datang ke pantai bawa diri dan anak-anak berjalan. Peniaga pun boleh juga cari rezeki.

Amir kemain order kerabu maggi. Amirah ambil 3 cucuk ayam ala Uncle Bob yang cucuk lidi tu. Kaklong beli satay ikan dan aneka sosej. Aku sebenarnya nak beli keropok lekor tu sebab aku memang suka keropok lekor. Saiz keropok lekor tu pun panjang dan tebal tak serupa sesetengah gerai yang kedekut hiris nipis kan. Tapi......aku tak jadi beli.

Sebab masa tunggu giliran kami untuk beli, ada sorang budak ni yang tingginya lebih sikit je dari meja tu. Jadi dagu dia separas dengan permukaan meja. Masalahnya budak tu tak pakai mask tau. Pastu kan... masa dia nak blah dari gerai tu, dia duk batuk-batuk dan mulutnya tu menghala ke arah tray berisi sosej pulut dan keropok lekor tu. Mata aku terbeliak sikit masa tu dan speechless jap 🙂

Kalau tak nampak takpe tau. Tapi sebab nampak, dan sis ni pula sejenis yang mudah auto geli, memang cancel beli. Walaupun dia budak yang tak tahu apa-apa pun, batuk sikit je pun, tapi i cannot haha. Mujur juga kat rumah tadi aku dah makan nasi, jadi tidak la aku berlapar. So aku cuma beli secawan air Milo yang tak berapa Milo dan makan satay ikan yang kaklong beli je sikit sebab tu dari gerai sebelah.

Oleh itu, pesanan untuk ibu bapa kan, kalau anak-anak anda di umur yang boleh je pakai mask kanak-kanak tu, tolong la pakaikan. Kalau tak nak pakai, duduk dalam kereta. Didik juga dengan manner jangan batuk merata tak tutup mulut. Tak kira depan orang ke, depan makanan ke. Dah la musim pandemik 🤧

Anyway berbalik kepada kisah piknik kami, anak-anak buah aku ni ada satu penyakit tau. Penyakit cakap tak serupa bikin bila nampak air pantai hahaha. Banyak kali dah jadi. Tengok la sendiri stagenya.

Stage 1: Test air paras buku lali.

Katanya: "Kami tak nak main air pun. Nak cari kulit kerang je..."

Stage 2: Naik sikit ke paras betis.

Main lumba siapa boleh lompat paling tinggi masa elak ombak datang kononnya...

Stage 3: Naik basah ke paras pinggang.

Alang-alang seluar dah basah, kita duduk terus la sorang kan.

Stage 4: Sadaqallah dua-dua beradik dah lencun dari hujung kaki ke hujung rambut.

Kau duduk? Aku pun nak duduk jugak la.

Yang elok kata "taknak main air" tadi tu, tahu-tahu dah jadi hantu air hahahahah. Penuh berpasir satu badan. Masalahnya dah la datang ni cuma sehelai sepinggang je sebab tujuan asal memang nak datang jalan-jalan sambil tengok air pantai je. Garu kepala abang ipar aku 🤣

Masa balik, abang ipar aku alaskan baju hujan yang kami duduk di pantai tadi tu di seat belakang untuk tadah air dan pasir yang melekat. Amir dah kena berjanji nanti nak tolong ayah dia vakum kereta tu. Almaklum kereta baru. Ayahnya masih dalam fasa jaga kereta rapi taknak bagi berhabuk sikit pun huhu

Amirah pula kata "menyesal main air sampai basah baju dan mask tadi" sebab dalam perjalanan balik, kami singgah di supermarket Pantai Timur kejap. Aku nak cari whipping cream untuk kek dan sotong untuk buat takoyaki. Dah dia basah kuyup + pasir tu, kan dah tak boleh ikut masuk beli barang hahaha

Takpe la nanti datang lagi ke pantai ni, kita singgah lagi di situ. Lagipun ni piknik tetiba je. Nanti kalau datang lengkap dengan ahli keluarga lain, boleh bawa tikar besar dan piknik ramai-ramai buat barbeku. Nak mandi laut puas-puas pun best. Nak buat aktiviti lain macam beli layang-layang, main buih sabun gergasi, atau sewa beach car pecut atas pasir tu pun lagi seronok hehehe

Ada orang buat servis sewa benda ni tau kat pantai tu. Nampak best je 😆

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. kalau jumpa pantai, tak basah memang tak sah la. lagi-lagi kalau dah lama tak pergi

    ReplyDelete
  2. Seronoknyaaaa rumah dekat dengan pantai..hehe..nak piknik? anytimeee :P

    ReplyDelete
  3. kalo sy pon auto xbeli dh nmpk bdk tu batuk2 dpn makanan.. huhu..

    bdk2 mmg camtu la konon xnk mndi.. nk main air je..
    sdhnya lencun ngn air.. haha

    ReplyDelete
  4. Ingat nak ke sini juga Sabtu lepas, tapi jalan jem sangat dekat roundabout wakaf bharu menuju ke Tumpat tu, cancel plan hahah

    ReplyDelete
  5. aduh bestnya, pastu siap ada jual goreng-goreng memang best betul tu

    ReplyDelete
  6. Haha, sudahlah kereta baru ye :D
    Nampak meriah dgn jualan kat pantai ni ye.
    Ada rezeki teringin nak ke tumpat, belum pernah sampai. Asyik2 KB je :)

    ReplyDelete
  7. best juga tu nasa, piknik2 sambil bemesra bersama keluarga

    ReplyDelete
  8. boleh tahan bersih pantai ni....

    ReplyDelete
  9. Kalau benda yg impromptu mmglah mcm2 tinggal. Sbb tu rasa mcm dlm kereta nak siapkan macam2.. Tp kang dah rupa storelah pulakkan

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS