Assalamualaikum
Wahai pengguna-pengguna komputer, adakah anda kenal gambar yang dipaparkan di atas ni? 😆
Bagi generasi yang lahir lepas tahun 2000, mungkin tak ramai sempat guna komputer yang ada game di atas. Sebab lepas mereka besar sikit dan dah reti guna komputer, terus dapat Windows 7. Takpun kalau kaya, guna Apple MacIntosh haha. Jadi tak dapat la game ni sebab ia cuma ada dalam Windows XP ke Vista entah. Yang versi dulu-dulu la. Bukan macam komputer sekarang.
Aku belajar main semua game ni dulu melalui komputer desktop yang kaklong bawa balik ke rumah lepas dia dah tamat belajar dari UIA. Semua game tu aku suka especially card games macam Solitaire, Free Cells, dan Spider. Sebabnya kalau kita menang lepas susun semua kad ikut setiap simbol tu, nanti keluar bunga api. Bangga betul rasa haha. Tu yang berjam-jam boleh hadap komputer main tu je.
Tapi sebab duduk di negeri Pantai Timur kan, rumah asyik tenggelam banjir je maka komputer lama tu pun rosak akhirnya. Pastu kaklong beli dekstop dan laptop versi baru, semua dah tukar pakai Windows 7 ke atas. Takde dah la game free tu. Pastu smartphone dan mobile games berkembang maka lama-kelamaan, jarang dah main game macam tu sebab malas download lol
Nasib baik ada Solitaire.org sebab dah tak perlu fikir download ke apa. Boleh main terus di website je. Game macam Solitaire, Spider, dan Free Cell yang Microsoft bagi dulu semua ada di situ. Sayang sikit je takde Hearts sebab yang tu kena main 4 orang. Kalau Microsoft tu main lawan bot komputer kan. Di Solitaire.org ni takdak bot nak layan kita main. Fungsi online multiplayer pun takde 😅
Tapi takpe je sebab laman ni ada lebih banyak aneka Solitaire. Misalnya Tripeaks, Klondike, Pyramid, dan pernah dengar tak Golf Solitaire? Aku memula ingatkan game golf hayun tu tapi rupanya bukan haha
Golf Solitaire
Solitaire biasa tu yang kita susun kad selang-seli merah hitam daripada King sampai Ace kan? Tapi Golf Solitaire ni dia bagi kita satu kad, kemudian kita kena padankan kad tu dengan kad yang satu angka lebih tinggi atau lebih rendah. Contoh dia bagi nombor 4, kita boleh pilih kad nombor 5 atau 3 untuk padankan dengan kad tu. Untuk Ace special sikit boleh pilih nombor 2 atau King.Aku suka game ni sebab boleh tekan-tekan je asalkan kita nampak nombor yang sesuai. Tapi dia boleh jadi tak best juga sebab kad yang dia bagi tu tak semestinya sesuai dengan kad yang tinggal dalam deck untuk kita tekan. Jadi akhirnya walaupun kita cuma tinggal satu kad je, tetap kalah juga. Contoh:
Klondike lebih kurang Solitaire biasa tapi stress tu luar biasa. Susah betul nak habiskan satu game walaupun Easy. Kad dia bagi banyak yang useless lol. Asyik tersangkut je hujung tu. Pastu setiap 30 saat, dia akan potong 8 markah. Maka lagi lama stuck, lagi kurang markah. Sadis. Last sekali restart 😂
Babih hahahahahah |
Klondike Solitaire
Tengok dia potong markah tu hahahah pastu hujungnya stuck juga sebab takdak kad yang sesuai 🤧 |
Spider Solitaire
Detik-detik hampir mencapai kemenangan 💪🏻 |
Selain game berasaskan Solitaire, ada genre game lain juga di Solitaire.org ni. Yang aku suka main, cari barang tersembunyi. Pilihan hidden object games ni belum ada banyak pun setakat ni dan nampak macam mudah. Tapi macam je la. Stresnya tetap tinggi sebab sebenarnya agak susah haha
Kalau takde hint di bulatan merah tu, agak-agak anda jumpa ke benda dia suruh cari tu? huhu |
Pirates and Treasures
Anda nampak semua nombor yang disembunyikan tu? |
Cari objek tu boleh terima lagi. Cuma yang cari nombor tu la rasa nak juling je tenung skrin. Ada nombor yang sengaja warnanya betul-betul blend dengan warna background sampai haram tak nampak apa. Dah la tak boleh sembarangan tekan skrin tu untuk cari secara random sebab setiap benda salah yang kita tekan, dia akan tolak masa 5 saat. Makin kalut jadinya nak mencari 🤣
Tapi genre yang aku betul-betul suka untuk hidden object adalah Mystery/Investigative sebenarnya. Best sikit jadi detektif cari petunjuk kes kan. Kalau letak jalan cerita untuk setiap stage pencarian tu, kita boleh jadi lebih teruja nak main. Tapi sebab game ni jenis online dan fokus supaya mesra kanak-kanak, tak boleh la nak seram sangat so susah nak jumpa yang genre macam tu. Redha je la saya huhu
Lagi satu jenis game yang aku suka, yang jenis guna otak tapi lebih kepada bidang ilmiah. Contohnya yang kena bina perkataan macam ni.
Letter Scramble
Kalau ada 15 petak mahu aku guna 15 huruf 🤭 |
Game ni kalau nak buat perkataan pendek pun boleh asalkan perkataan tu valid. Lagi laju la kita penuhi kuota perkataan untuk ke stage seterusnya. Tapi lama-lama huruf yang dia campak bagi kat kita tu makin banyak tau. Aku sebagai seorang yang tamak, memang tunggu je la huruf tu bertindan sebab nak buat perkataan panjang hampir 10 huruf. Tapi tunggu lama sangat pula sampai time out. Terus kalah 🤣
Cuba teka apa lagi game nostalgia yang ada di Solitaire.org ni? hehehe
Zuma Legend
Kami adik beradik dulu minat betul kat game Zuma Deluxe yang katak tembak bola untuk pecahkan rantaian bola tu. Walaupun bukan diri sendiri main, boleh tumpang rasa pressure orang yang main kalau rantaian bola tu panjang sampai sikit lagi nak masuk dalam mulut di hujung rantai tu. Nervous tau 😂
Game yang ni hampir sama dengan Zuma tu. Beza sikit je dari segi shooter tu sebab pakai kumbang, bukan katak. Okey je gamenya cuma kurang syiok sebab tak ada function tukar warna bola melalui right-click. Mungkin sebab game ni responsive dengan smartphone yang tak ada dua butang macam tetikus komputer. Maka redha la anda kalau dapat bola warna tak best masa tembak tu huhu
Cookie Monster
Selain yang dipaparkan di atas, banyak lagi variasi game yang ada di Solitaire.org. Contohnya Mahjong, card games, dan free online games lain. Tapi aku belum sempat lagi nak explore semua. Tulis ni pun random ikut game yang aku nampak dan rasa berkenan nak try je haha. Nanti kalau ada masa lebih, aku nak usha bahagian card games tu sebab ada game Blackjack yang aku suka hehe
Tapi bila-bila pun boleh usha je game di situ sebenarnya sebab Solitaire.org ni sesuai untuk komputer dan smartphone. Lepas ni kalau bosan masa naik kereta ke, tunggu member shopping ke, hatta masa meeting ke hehe, boleh je masuk Solitaire.org. Best kan boleh main game percuma tanpa download di mana-mana je. Selain tu, tak perlu guna adblocker sebab ia bebas iklan. Tak ada pop-up pergi website mengarut atau tunjuk iklan ubat pelik-pelik lol. Selamat la untuk gajet kita sebab tak ada risiko virus.
Ada yang pernah cuba juga ke Solitaire.org ni? Cer citer game apa yang anda suka?
Bye dan Assalamualaikum.
Dulu suka game, dah berusia macam gini tak apa bagi generasi Y pula ya hehehe
ReplyDeleteseronok betol layan game lejen!
ReplyDeletehahaha...hampir semua MY terror main.zaman dulu kan takde internet. ada pun terhad sangat. itulah hiburannya
ReplyDeleteantara senarai game yang lagend satu ketika dahulu
ReplyDeleteAmmi suka yang letter scramble tu walaupun pening sikit sebab huruf dok terbang2
ReplyDelete