Aiskrim onde-onde; oleh-oleh kiriman Nestlé | NaSa
Assalamualaikum


Dalam kebanjiran produk makanan yang tetiba la rajin nak diinspirasikan oleh onde-onde atau buah melaka di Malaysia ni, aku baru perasan haritu yang Nestle ada juga keluarkan produk dengan perisa yang sama. Nama tak putar tak spin, direct Aiskrim Onde-Onde terus dia letak haha

Iklan aiskrim onde-onde ni banyak kali tau lalu di timeline Twitter aku. Asal skrol je, ada la kelibat gambar aiskrim ni di bahagian Promoted Tweet tu. Nyampah jugak sikit sebab jemu tengok. Tapi berjaya la taktik Nestle nak sebarkan kesedaran kepada manusia pasal aiskrim baru dia tu. Sebab bila dah banyak kali tengok kan, memang aku pun curious la "Macam mana rasa onde-onde sebagai aiskrim ni ya??"

Fikir banyak tak guna. Akhirnya aku beli juga aiskrim onde-onde ni alang-alang singgah di ATM di stesen minyak Petron haritu. Harga dia aku tak ingat pula sebab campur barang lain. Tanya Cik Google, katanya RM2.50. Tapi lepas beli tu aku tak terus makan pun. 2-3 hari juga aku simpan dalam freezer. 

Cuma masalahnya aku tersimpan dengan butter tau (peti takde space nak letak butter). Jadi bila butter tu keras, dan orang lain pula duk main buka tutup freezer untuk ambik ais sambil alih-alih plastik aiskrim aku tu, tahu-tahu je butter keras tu jadi bergerak dan lenyek aiskrim tu tau. Maka....kemek la aiskrim aku.

Sebab tu takde gambar aiskrim tu lepas aku buka sebab aiskrim tu dah teruk rupa dia. Bahagian tengah aiskrim tu pecah dan inti gula melaka habis meleleh. Melekit teruk tangan masa aku nak habiskan lol

Ulasan:

Lapisan luar aiskrim-
Emmm...not bad la rasa aiskrim onde-onde nestle ni. Bahagian luar aiskrim yang hijau tu memang ada rasa pandan. Wangi dan sedap juga sebab tak manis sangat. Tapi tekstur dia tu aku tak berapa suka. Dia bukan macam aiskrim biasa yang bila kita makan tu ia cair macam susu. Tapi aiskrim ni congeal jadi kenyal macam jelly. Aku tak suka sebab aku ada gag reflex kalau makan benda bertekstur jelly huhu

Lapisan inti dalam-
Bahagian inti ni aku suka sebab walaupun gula melaka kan, tapi ia tak terlalu manis. Just nice je. Dalam inti gula melaka ni ada kelapa parut jadi masa makan aiskrim tu boleh kunyah-kunyah untuk rasa crunchy sikit. Cuma kalau inti ni meleleh walaupun sedikit, dia punya melekit tu takleh bincang wooo. 

Bentuk???-
Bentuk aiskrim ni unik sikit. Bila fikir balik, bentuknya macam daun pandan gitu. Sebab di sebelah permukaan tu, ada bahagian yang timbul memanjang di tengah-tengah dah macam 'tulang' daun pandan. Tapi tu la aiskrim aku penyek di tengah kan jadi tak boleh nak tengok la rupa sebenar aiskrim tu.

Overall, aiskrim ni okey la. Tapi aku tak rasa akan beli lagi sebab tak boleh go betul dengan teksturnya yang serupa jelly tu. Mungkin Nestle nak tiru macam onde-onde sebenar yang kenyal daripada tepung beras/pulut tu kot. Tapi untuk aiskrim, aku tak boleh terima la. Ke aku je yang rasa gitu? 😂

Kisah kelakar pendek, oleh sebab lapisan luar aiskrim ni hijau kan, aku tak tau la kenapa first impression aku boleh expect yang aiskrim ni akan ada rasa limau nipis macam aiskrim Solero seringgit yang inti aiskrim vanila tu. Lepas aku baca lagi sekali plastik tu "Konfeksi sejuk beku perisa pandan" baru aku macam ehhhh yee laaaa aku beli aiskrim onde-onde kan. Mesti la rasa pandan 🤣🤣

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS