Assalamualaikum
Peminat aiskrim perisa mint, jangan merajuk tau.
Pembenci aiskrim perisa mint, jangan duk tepuk tangan pula ya.
Aku panggil je aiskrim mint ni ubat gigi tapi aku sebenarnya peminat aiskrim perisa mint tau. Sebabnya aiskrim mint ni ada nilai nostalgia yang agak istimewa gitu untuk aku hehe
Aiskrim mint ni mula jadi kegemaran aku sejak sekolah rendah lagi. Masa aku darjah 2 ke darjah 4 entah, aku sekolah petang tau. Jadi masa tunggu sekolah nak start tu, biasa aku lepak di kantin dan selalu la beli aiskrim ni di situ. Masa tu satu kon kecil baru 30 sen harga dia. Banding dengan sekarang emm
Tapi lama kelamaan aku kurang beli aiskrim mint ni sebab susah nak cari. Brand yang biasa aku makan takde perisa mint, pastu brand yang ada perisa mint tu tak jual di pasar raya rumah aku. Nyampah~
Sampailah haritu lagi sekali Nestle duk buat hal tayang iklan berderet di Twitter aku untuk promosikan aiskrim dia tapi dalam barisan La Cremeria pula. Salah satu perisa yang ada, MINT!!
La Cremeria Mint Temptation. |
Haritu aiskrim onde-onde, kalini aiskrim mint. Mujur tak hijau lidah aku banyak makan aiskrim hijau π
Memula tu simpan niat je nak beli sebab tahu dah aiskrim bekas pint gini mesti mahal. Dan memang mahal pun sebab sebekas La Cremeria ni RM13.90, kapasiti pula 750ml. Kalau brand lain, dah boleh beli 2 bekas aiskrim coklat bekas petak panjang tu sebab sebekas baru RM6 lebih, isi pun 1.5 liter. Lagi banyak.
Tapi nama pun Nestle kan. Femes kot. Harga standard la tu huhu
Dan oleh sebab aku betul-betul teringin haritu, pejamkan je la mata masa bayar di stesen minyak Petron tu. Pastu sorok jauh-jauh dalam freezer sebab takut orang lain makan. Mahal kot. Dah la sis broke π
Intai apa tuuu?~ |
Aiskrim Mint Temptation daripada La Cremeria Nestle ni unik sikit sebab ada campuran aiskrim coklat sekali. Tapi paling banyak semestinya yang mint la. Nisbahnya macam 70% mint dan 30% coklat gitu.
Besar harapan di hati nak buka aiskrim ni dan tengok bentuk pusaran aiskrim yang cantik di bahagian atas tau. Sebab dekat seminggu juga aku simpan aiskrim ni dalam freezer tanpa usik langsung.
TAPI.....
Apo dah berlubang sebelah ni??? |
Elok-elok sis simpan ala berahsia gitu dalam freezer, ada juga makhluk yang pergi jamah dulu. Tak sempat sis nak rasmikan sendiri huhu. Tanya Amirah, katanya dia yang ambik sebab mulut dia ada ulser dan neneknya suruh ambik je aiskrim aku tu dulu buat legakan sakit katanya. Memandai je haha
Mereka ingat aku beli aiskrim biasa perisa coklat atau vanila agaknya. Ni aiskrim mint jenis berangin kot. Amirah bukannya makan pun aiskrim camni. Tu pun nasib baik juga la aiskrim ni ada campuran perisa coklat kan. Tu yang dia korek ambik bahagian aiskrim coklat tu banyak π€£
Ulasan rasa:
Pada suapan pertama, rasa mint tu kuat juga ya. Berangin satu mulut aku. Persis kunyah ubat gigi betul. Tapi lama-kelamaan lepas mulut dah biasa dengan sensasi mint tu, rasa dia macam mild je la dan sedap.Kepingan coklat dalam ni unik sikit. Aiskrim Mint Temptation ni tak pakai kepingan chocolate rice macam aiskrim mint biasa tapi dia letak cip coklat. Dan cip coklat tu walaupun lebih kecil daripada saiz biasa, tapi sekali gigit, terasa coklat dia tu. Berketul-ketul dalam mulut lepas aiskrim cair. Kunyah banyak-banyak rasa macam makan chocolate bar. Emm patut la dia jual mahei π
Cuma bahagian aiskrim coklat tu rasanya macam agak spoil je. Bukan sebab tak sedap. Aiskrim coklat Nestle memang kegemaran aku sebab lemak berkrim. Tapi bila gabung dengan mint ni rasa tak sesuai. Manis coklat tu overwhelm rasa mint jadi sensasi berangin agak kurang dan semua aiskrim tu rasa manis. At some point aku rasa macam "aku beli aiskrim mint ke aiskrim coklat ni?"
Untuk orang yang kurang suka perisa mint mungkin akan suka campuran ni sebab kurang berangin. Tapi aku rasa kalau 2 perisa ni diasingkan lagi elok. Baru la aiskrim ni exclusive untuk mint lover hehe
Salah satu point menarik yang boleh dipuji pasal aiskrim dalam koleksi La Cremeria Nestle ni kan, ianya sangat mesra alam. Seperti yang ditunjukkan di atas, bekas pint aiskrim ni 100% boleh dikitar semula ya.
Menarik, kan? Cuma kalau aku nak kitar semula pun, tak tahu juga nak hantar ke mana. Tapi jangan bimbang sebab bekas ni masih ada kegunaan lain untuk aku. Boleh buat isi air dan guna untuk cuci berus cat kalau ada lagi aktiviti projek seni melibatkan watercolour. Sebab penat la nak rendam berus dalam botol lama je. Guna cawan kat dapur kang, marah pula mak aku π
Secara keseluruhan, sis suka aiskrim Mint Temptation ni. Berbaloi la dengan harga mahal dia tu. Kalau ada rezeki, nanti nak cuba aiskrim perisa lain pula dalam barisan La Cremeria tu. Harapnya ada jual la kat pasar raya rumah aku tu. Terutamanya yang Indulgent Peanut Butter tu sebab sis suka peanut butter. Cuma belum pernah cuba yang dalam bentuk aiskrim je π
Bye dan Assalamualaikum.
saya pernah makan yang ni, memang sedap. tapi tulah aiskrim mint tak semua orang suka
ReplyDeleteberry tu mesti bau mcm ubatkan
ReplyDelete