Bergurau dengan Touch n Go | NaSa

Bergurau dengan Touch n Go

in , by NaSa, December 21, 2021
Assalamualaikum

Seronok kalau ada orang bagi kita duit free ni, kan? Lagi-lagi musim ekonomi serba mencabar ni. Memang kecil tapak tangan, stadium bola kita tadahkan. Rezeki jangan ditolak, bak kata orang dulu.

Bercakap pasal duit free ni, teringat pula kisah haritu Touch n Go tetiba hantar SMS kata aku berjaya dapat duit free untuk reload dalam e-wallet aku. Katanya diberi secara random jadi nombor aku tu kira bertuah la kot. Aku pun macam Alhamdulillah tak sangka awww

Memula tengok dapat duit free tu, haruslah excited kan. Cepat-cepat aku redeem sebab katanya ada had masa untuk dapatkan duit free tu. Kalau habis karang, melepas pula.


Mujur ada lagi app Touch n Go aku dalam phone. Haritu dah nyaris nak uninstall sebab aku bukan guna selalu pun Touch n Go ni. Buat penuh storage space dalam phone je.

Lepas isikan kod reload yang diberi tu, tibalah masa tekan Enter dan tengok berapa banyak duit yang Touch n Go bagi secara percuma tu. Mana tau boleh lepas beli topap RM5 ke kan.

Hakikatnya, duit percuma yang aku dapat tu adalah sebanyak...


20 sen HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAH

Gelak besar juga la aku masa tengok nilai sebenar duit yang diberi tu. Rasa kelakar pula. Masuk toilet berbayar pun dah 50 sen sampai seringgit tau. Lagi mahal πŸ˜‚

Tapi takpe la. 20 sen pun tetap rezeki. Terima kasih daun keladi, Touch n Go. Lain kali nak bagi duit free lagi, hantar la sikit kat saya hahahahah

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Rajin betul hantar SMS semata-mata nak bagi 20 sen. πŸ˜‚

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar atas tu ingatkan RM100 hehe...
    Takpelah, rezeki juga tu :)

    ReplyDelete
  3. aduh memang kene scam ke apa dapat 20sen je tu.... gurau kasar touch n go tu

    ReplyDelete
  4. sllu dpt emel dr TnG ni bg topap free..
    skali reload tgk2 10sen.. syukur la rezeki.. haha

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS