Assalamualaikum
Ini adalah pandangan peribadi saya sahaja hehehe~
Biasa kalau sebut pasal biskut cip coklat, mesti ramai akan ingat pasal Chipsmore. Hasil iklan yang kerap di TV, memang teringat-ingat la maskot Chipsmore kan. Aku pun sama. Perisa paling aku suka, Chipsmore Butter Crunch. Wangi je bau butter dia. Kelapa parut dalam tu pun sedap kunyah.
Tapi sekarang minat aku dah beralih sikit kepada biskut cip coklat Julie's. Bukan sebab Chipsmore dah tak sedap tapi perisa Butter Crunch tu dah takde. Banyak kali cari di pasar raya, tak jumpa. Pastu haritu aku try la beli biskut coklat cip timbang Julie's ni buat stok snek kan, fuhh sis betul-betul terpikat tau.
Asalnya beli 250gm je dulu untuk try sebab aku tak pernah beli biskut jenama lain dalam kuantiti banyak kecuali Chipsmore. Sekali biskut ni kena dengan citarasa aku. Memang repeat 1 kg terus lepas tu π
Tadaa~ |
Banyak kan? Dan ni semua aku makan sorang-sorang je tau hahaha
Beli dari mana? Semestinya dari Shopee π
Hebat kan dalam Shopee pun ada orang jual biskut timbang. Dulu-dulu kena pergi kedai pemborong, pasar tani, atau kedai runcit besar-besar baru aku jumpa biskut dalam tin tu. Tak sia-sia la aku tetiba teringin nak makan biskut kapal terbang haritu. Tak sangka boleh jumpa biskut kegemaran yang baru π
Ulasan rasa:
Berbanding biskut coklat cip lain yang jual dalam pek di pasar raya macam Chipsmore, biskut coklat cip Julie's ni lebih rapuh tau. Tak susah sangat pun nak gigit dan kunyah. Waktu aku sakit gigi dulu dan tak lalu nak makan nasi sangat, biskut ni la penyelamat untuk rasa lapar sebab kemam gitu pun dah cair dalam mulut. Sedap pun sedap hehe
Cip coklat dalam biskut ni pun tak kedekut. Hampir setiap gigitan tu akan ada 1-2 biji cip coklat. Tapi tak rasa muak sangat kalau makan 2-3 keping biskut ni sebab walaupun biskut dan cip coklat tu manis, biskut ni ada rasa masin juga sikit-sikit. Jadi dua-dua perisa tu rasa balance.
Harga biskut cip coklat yang timbang macam ni pun lagi murah. Timbangan minimum 200gm biskut ni cuma RM3-RM4 je. Sama harga dengan biskut pek yang jual di pasar raya, tapi kuantiti lagi banyak. Paling best, timbangan pun pelbagai. Kalau jenis buat stok macam aku, boleh beli 1 kg terus lagi jimat.
Setakat ni, dah 2 kali aku repeat beli 1 kg biskut cip coklat Julie's ni. Tu pun asyik tukar-tukar kedai sebab biskut ni laku keras. Elok aku suka kedai sebelum ni, tengok-tengok stok dia habis. Emm jenuh tau aku kena pusing cari kedai lain dalam Shopee tu untuk bandingkan harga π
Simpan dalam bekas gedabak gini best hah kemain meriah. Tapi kekurangan, lama-lama biskut kat bawah masuk angin. |
Simpan dalam botol kecil gini lebih selamat sebab cepat habis. |
Biskut cip coklat Julie's ni pun sebenarnya ada je jual dalam pek dah siap di pasar raya. Lawa pun lawa. Tapi aku tetap suka beli yang timbang sebab mudah buh dalam botol je. Biskut dalam pek convi peket kecik-kecik macam ni elok beli kalau nak keluar berjalan jauh je kot haha
Setakat ni, stok biskut coklat yang aku beli bulan Oktober haritu pun dah nak habis. Nampak gaya kena survey kedai lain siap-siap la untuk beli stok baru haha. Tapi tu la sekarang musim hujan, banyak tempat naik air. Syarikat kurier pun ada yang tak buka. Mungkin kena tunggu tahun depan je la.
Kepada kawan-kawan yang dilanda banjir dan rumah dimasuki air tu, sis doakan yang baik-baik saja untuk anda. Semoga keluarga anda diselamatkan, urusan anda dipermudahkan dan harta benda tak terlalu mengalami kerugian. Jaga diri tau.
Bye dan Assalamualaikum.
serius la xpernah tau pon julies ade biskut mcm chipsmore.. kehkeh..
ReplyDeleteblh try beli jgk ni..
kalo beli timbang lg murah! puas hati dpt mkn byk..
kena cari ni..
ReplyDelete