Jom borong barang import di Warehouse Sale IFMAL | NaSa
Assalamualaikum


IFMAL tau. Bukan Ikmal nama kekasih lama hahaha

Ada tak kawan-kawan yang kenal dengan nama IFMAL ni? Ke rasa macam tak pernah dengar je?

Untuk pengetahuan bersama, IFMAL adalah syarikat tempatan yang bertapak di Puchong dan ada cawangan di Bangi dan Melawati. Mereka beroperasi dalam bab import barang dari 3 negara iaitu UK, US, dan Australia. Banyak benda yang IFMAL selalu bawa masuk Malaysia tapi nak sebut satu-satu, meleret pula. Jadi sis ringkaskan barangan laku keras di IFMAL ni ikut kategori di bawah ye.

πŸ”Έ Pinggan mangkuk - Ada Corelle, Portmeirion, Royal Albert, Noritake...

 Klik untuk besarkan

Antara koleksi Corelle dan Portmeirion yang ada di IFMAL. Ada banyak corak, tapi aku suka tengok corak Corelle yang atas ni. Simple dan minimalist. Winter Frost yang semua putih tu cantik, yang ada corak penuh macam Lisbon Terrace dan Prairie Garden tu pun lawa. Dan semestinya harga pun sodap ahaha

Sebagai rakyat marhaen yang selama ni cuma jadi pengguna pinggan mangkuk Eco Shop RM2.10, aku memula tak ambik tahu sangat pasal pinggan jenama pelik-pelik ni. Nama pun marhaen kan. Tu yang rasa macam "Alah beli pinggan mana-mana pun sama je. Asal boleh buat lapik makan." 

Sebab tu jenama di atas banyak aku tak tahu. Corelle je la pernah dengar. Tu pun sebab ada kes di Twitter yang budak ni terguna pinggan Corelle mak dia untuk tutup kuali. Pastu pinggan tu melorot ke dalam kuali dan melekat. Macam-macam cara dia try tapi tak boleh keluarkan maka terpaksalah pecahkan pinggan tu. Kami netizen cuma mampu ucap takziah untuk dia hadap amukan mak dia tu πŸ˜‚

Tapi lepas usha set pinggan mangkuk import macam ni di laman web IFMAL, baru rasa WOW. Patut la mak-mak yang kumpul pinggan mangkuk tu sayang sangat koleksi masing-masing waima sebiji piring. Harga dan kualiti tu memang dah premium. Corak pula 
cantik dan ada yang limited edition pula. Dah la import. Memang kalau rosak sebiji, hiba berhari-hari sebab susah nak cari ganti huhu

πŸ”Έ Peralatan memasak - Ada ProCook, Pyrex, Corningware...

 Klik untuk besarkan

Kalau anda suka tengok rancangan memasak mat saleh macam saya, akan biasa nampak mereka guna bekas macam kat atas ni masa masak. Yang Pyrex tu aku biasa tengok orang masak casserole. Tuang je dalam bekas empat segi, tabur cheese, buh dalam oven, pastu sedap je tengok dia potong huhu. Periuk ProCook biasa tengok mereka masak stew. Pun terliur juga hanya sebab bekas memasak cantik πŸ˜‚

πŸ”Έ Perkakas rumah - Banyak benda tapi aku paling ingat Tefal dan Anko.

 Klik untuk besarkan

Ni dah lama ada dalam wishlist weyyyyy... Tolonglah sesiapa hadiahkan steam iron ni kat aku sebijik. Tak nak bagi yang besar tu, bagi yang handheld tu pun takpe dah. Aku ni kebanyakan masa memang malas nak gosok baju sebab lenguh berdiri dan penat nak tunggu iron biasa tu hilangkan kedut di pakaian. Sebab tu aku bantai beli pakaian dan tudung ironless. Tapi tu la terhad la jadinya fesyen I πŸ˜‚

πŸ”Έ Makanan dan minuman - Pun banyak, dan ni yang aku paling tak boleh tengok. Asal skrol list dia je, kecur liur. Ada banyak makanan dan minuman di IFMAL ni yang perisa kita jarang jumpa di Malaysia 🀀

 Klik untuk besarkan

Kalau  perhati posting di IFMAL, katanya susu Devondale dan kopi Moccona tu banyak permintaan. Susu tu sampai ada limit boleh beli berapa karton dalam 1 resit sebab tak nak sorang borong banyak. Sikit-sikit je untuk bagi orang lain pun boleh rasa sekali haha

Paling favorite, sebab IFMAL ni import barang dari Australia kan, ada la satu produk ni yang aku memang sangat suka dan rasa jeles pula tengok promosi di IFMAL ni. NUTELLA!

Berdasarkan entri-entri aku yang lepas, contohnya pasal susu Nutellakek tapak kuda Nutella, dan Ovomaltine haritu, agak jelas ye aku ni peminat tegar Nutella. Biasa aku beli Nutella di Tesco (RM32 untuk 680gm) atau di Shopee (RM42+ untuk 1kg) kan. Tapi IFMAL ni Nutella 1kg cuma RM39. Pastu Nutella baldi besar untuk kegunaan industri pun ada pada harga lagi untung. Tengok bawah ni πŸ™ˆ


Nutella baldi 3kg ni kalau beli kat Shopee, biasa orang jual dekat RM130 πŸ’Έ Tapi IFMAL ni masa takde Warehouse Sale pun RP cuma RM113. Jimat banyak juga kalau beli direct dari cawangan dia terus. Duit lebih boleh beli benda lain. Buat apa menyimpan kalau boleh buat shopping kan? #ehhh #gurau

Fikiran aku masa skrol laman web IFMAL ni kan, "Bestnya duduk 
Selangor" hahahahah. Macam-macam barang boleh dapat pada harga jimat. Kalau IFMAL ada cawangan di Kelantan kan best. Rajin juga aku nak jengah kedai. Takde la family duk tepuk kepala tengok aku banyak beli barang di Shopee je lol

Walaupun laman web IFMAL memang boleh beli online, tapi ada sesetengah barang tu yang cuma boleh pickup di kedai je tau. Tu yang sayu sikit hati aku. Contoh macam kek Daim dan brownies Cadbury ni.

"PICKUP ONLY" dia cakap πŸ₯Ί

SESUNGGUHNYA SIS JELES πŸ˜‚

Faham je yang benda ni kek siap buat dan ada bahan perishable jadi tak boleh nak pos jauh-jauh sebab mudah rosak. Kalau pos pun, mungkin kena pakai ice pack ke apa entah nak kasi sejuk lama. Tapi harga boleh tambah jadi lagi mahal la camtu. Kaya pulak aku nak membayar kan haha takpe la.

Jadi sesiapa yang duduk area Selangor terutamanya Puchong, Bangi, dan Melawati, kalau ada rasa nak cari pinggan mangkuk import dan makanan/minuman perisa baru, boleh la shopping di IFMAL nanti. Wakilkan sekali bagi pihak aku yang jauh di Pantai Timur ni haha

Sekarang pun IFMAL tengah buat Warehouse Sale untuk tutup tahun 2021. Hampir semua barang ada diskaun. Ada juga yang diberi potongan harga hingga 50%. Memang waktu yang perfect untuk borong barang import di IFMAL. Kalau tengok harga di poster tu, jadi ahli IFMAL lagi best. Lagi banyak diskaun.

Sesiapa yang terbantut niat nak travel sebab kita PKP 2 tahun haritu, inilah masanya! Boleh la feeling-feeling beli souvenir luar negara. Jimat banyak sebab tak payah beli tiket flight sendiri pergi UK/US/Australia. Cuma Waze jalan ke cawangan IFMAL je haha. Lagipun asyik "tahun baru, azam baru" je. Tahun 2022 ni try pakai slogan "tahun baru, koleksi pinggan mangkuk baru" pulak haa gittew~ πŸ˜‚

Kalau aku pergi sana, rasanya lebih kepada beli jajan kot. Alang-alang biskut cip coklat Julies aku haritu nak habis kan, kita try la jajan oversea pula ((ececeh bajet macam aku ni banyak sangat duit ahaha))

Tarikh Warehouse Sale IFMAL ni ada tertera di semua poster di atas. Ianya berlangsung selama lima hari je bermula 29 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022. Kedai buka dari 10 pagi sampai 6 petang. Kiranya harini hari pertama la. Tapi macam biasa sementara stok masih ada sebab barang import popular campur diskaun pula, memang ramai orang borong la jawabnya kan.

Untuk yang jauh macam aku, boleh juga beli di laman web IFMAL. Tapi tempoh agak terhad sebab belian online cuma boleh dibuat dari 8 malam hingga 7 pagi. Waktu lain, laman web ditutup untuk pembelian sebab stok memang diutamakan untuk pelanggan yang walk-in dulu. Makanya ayuh kita berhuhu 😌

Nak tengok barang-barang yang ada masa Warehouse Sale, boleh pergi ke Instagram atau Facebook IFMAL. Kalau nak jimat masa, tengok katalog online terus. Scan je QR code dalam poster bawah ni. Nanti keluar link ke pdf file yang ada katalog tu hahahah punya la advanced. Tapi bagus juga. Senang kerja πŸ˜‚

Jimat duit takyah print atas kertas ye dok hahaha

Kalau boleh pergi terus ke cawangan IFMAL, jemputlah pergi. 
Kalau tak boleh pergi tapi boleh beli online, haa jemputlah beli.
I support je dari tepi πŸ˜‚

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS