Masak-masak: Jagung manis cup (tapi dalam mangkuk) | NaSa
Assalamualaikum

Mood masak-masak kali ini telah diinspirasikan oleh mood lapar malam-malam yang datang tanpa diduga hanya sebab tengok video pasal jagung??? hahahah

Lagipun aku duk teringat-ingat juga pasal jagung manis dalam cup yang aku selalu beli masa jaga mama di hospital haritu. Sedap je isi jagung lembut yang dibanjiri kuah susu manis dan lemak mentega. Campur masin-masin sikit hehe. Rasa tak cukup je makan secawan.

Satu cup ni RM3 ke RM3.50 entah. Lupa dah.
Tapi tu la kalau nak ajak abah pergi beli pun, rasa macam malas la pula. Sebab ye la mahal betul kan. Lagipun jagung cup ni bergantung juga kepada kuantiti bahan yang orang tu guna. Kalau tak kedekut mentega dan susu, sedap berlemak la. Tapi ada yang jenis jimat-jimat je guna, tak berbaloi la kan dengan harga. Lagipun nak beli untuk ramai-ramai, tembus poket wooo~

Jadi alang-alang aku terliur tu, keesokan hari tu juga aku ajak abah pergi pasar raya. Merata guwe pusing bahagian freezer tu. Memula jumpa jagung yang dah siap pek sekali dengan carrot dan kacang hijau tu. Ala sayur campur yang biasa orang buh dalam nasi goreng tuu. Tapi takkan aku nak kukus tiga-tiga benda tu kan. Rupanya pek yang isi jagung sahaja tu ada di sebelah je. Maka 1 kg terus aku beli hehe

Pek 1 kg ni harga RM12.90 kalau tak salah sebab aku genapkan terus jadi RM13 je dalam kepala

Bahan-bahan yang diperlukan:

πŸ”Έ 1 cawan si jagung 
πŸ”Έ 1 sudu besar mentega
πŸ”Έ 3 sudu besar susu pekat
πŸ”Έ Sedikit garam

Cara masakan:

  1. Kukuskan isi jagung dalam pengukus selama 10-15 minit, atau sehingga isi jagung lembut.
  2. Setelah isi jagung lembut, campurkan bersama mentega, susu pekat, dan garam. Gaulkan hingga mentega cair dan jagung bersalut sepenuhnya dengan susu.
  3. Kalau mentega tak cair sepenuhnya atau kuah susu tu rasa macam tak cukup, boleh tambahkan 1-2 sudu air dari periuk kukusan jagung tadi.
  4. Sedia untuk dihidang.

Haaa..... Mudah je kan. Jimat pun jimat sebab pada harga kos dalam ±RM20, kita boleh buat sebanyak mana jagung manis yang kita nak. Dalam anggaran aku, dalam 10-15 cup pun cukup kot guna 1 kg jagung ni. Kalau beli di kedai ni, sebanyak tu dah cecah RM50 kot.

Aku masak:

Memandangkan ni kali pertama nak cuba buat kan, memula tu rasa macam tak yakin je akan jadi sebab peralatan tak berapa lengkap. Periuk pengukus yang ada di rumah ni jenis lubang-lubang besar yang aku biasa guna buat kukus kek tu je. Isi jagung ni kan kecik. Kalau letak direct je atas periuk tu, mudah le nak terjerlus dari lubang tu jatuh dalam air kan.

Biasanya ada jaring lubang kecik-kecik yang mama guna untuk lapik beras pulut masa kukus tapi dah buang kot jaring tu. Abah cari pun tak jumpa haha. Tapi aku punya teringin nak makan jagung manis ni, otak bergeliga dengan sendiri untuk lapik isi jagung tu dengan aluminium foil. Tapi lubang di periuk kukusan tu tak tutup semua la sebab nak bagi wap naik kan. Pastu tebuk sikit foil tu. Hasiappp~

Kreatif dan inovatif gitu~~
Mungkin sebab aku guna air banyak kot masa ni jadi dalam 10 minit pun isi jagung tu dah empuk. Ha bagus. Cepat sikit boleh makan. Tapi kalau rebus lebih lama lagi bagus sebab jagung akan jadi lagi lembut. Kalau tak cukup masa, nanti jenuh la kunyah part hujung jagung tu sebab keras.

Oh ye kuantiti masa ni memang buat banyak sebab anak-anak buah ada kan. Kena la buat untuk mereka sekali. Kalau tak, mampos la dengar diorang mengungkit aku makan tak berkongsi πŸ˜‚

Main sebat je letak mentega hehe
Sukatan mentega dan susu pekat tu kan sebenarnya cadangan je. Kalau suka lagi manis, tambah la susu banyak. Kalau nak lemak lebih, buh mentega lebih. Ikut citarasa masing-masing. Garam tu je la yang eloknya memang letak hujung sudu sikit je. Sebab yang tu kalau terlebih, masin takde ampun wey. Rasa kering lidah aku haritu sebab terletak banyak. Jenuh nak adjust πŸ˜‚

Dah siap!!
Sepanjang beberapa kali aku buat jagung manis ni kan, aku perasan yang kita tak boleh kedekut mentega. Nanti rasa dia tak berapa naik gitu. Warna kuah susu tu jadi putih biasa je. Rasa dia pun biasa-biasa je la, tak cukup berlemak. Tapi kalau aku letak mentega lebih sikit, jadi la warna kuah dia tu golden yellow kat atas ni. Masa ni memang ekstra sedap tau.

Macam tak berapa sihat kan kalau letak lebih-lebih benda bergula dan berlemak ni. Dah la jagung tu sendiri dah manis. Tapi ikut citarasa masing-masing la. Lagipun jagung manis gini kan biasa makan kadang-kadang je buat snek atau pencuci mulut. Jadi takpe kot cheat day sekali-sekala hehe~

Yang penting aku puas hati sebab hasrat nak makan jagung manis bersusu tu tercapai!!

Kalau family anda memang besar dan nak nilai yang lebih jimat kalau buat jagung manis ni untuk ramai-ramai kan, boleh cari isi jagung daripada Mega Fresh tau. Minggu lepas aku jumpa yang pek 1.8 kg besar punya. Ni kalau beli untuk makan sorang, boleh buat stok 3-4 bulan aku rasa.

Seperti namanya, saiz pun pek mega punya
Masalahnya pek yang ni takda harga di freezer tu dan mesin price checker tu pula tak hidup. Tak boleh la sis nak check harga. Tapi aku google tu tengok harga untuk pek ni dalam RM20+ gitu kot. Tak berapa mahal la kalau tengok pada saiz dia 1.8 kg kan. Tapi cash tak cukup sayangnya. Kad debit pula satu dah expired, satu lagi ada duit cukup-cukup je. Tak jadi la beli. Maka kita simpan dalam wishlist dulu.

Tunggu kaklong aku balik boleh la ajak pergi shopping hehehe

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS