Jangan sampai pitam! | NaSa

Jangan sampai pitam!

in , , by NaSa, December 16, 2021
Assalamualaikum

Pernahkah anda dengar, orang kata kalau bangun berdiri daripada baring atau duduk tu, kena perlahan-lahan dan jangan mendadak sangat. Sebab nanti tekanan darah jadi rendah dan boleh pening kepala. Lagi teruk, boleh pitam juga!!

Nasihat ni betul tau. Dalam bidang perubatan, keadaan ni dipanggil "
Orthostatic hypotension", iaitu keadaan di mana tekanan darah jatuh mendadak lepas kita bangun dari tidur atau duduk.

Sebelum ni pun aku memang jenis tak ada pedoman sikit. Walaupun aku tahu benda tu benar, tapi selalu juga main bangun dan berdiri je daripada baring atau duduk. Pastu berjalan ke luar bilik tu sambil teraba-raba dinding sebab gelap mata. Dah kena berhenti kejap dan duduk diam dalam seminit dua baru pandangan clear semula.

Biasanya memang tu la yang aku rasa pun. Pening dan gelap mata. Tapi haritu kan, jadi kesan yang paling ekstrem. Aku pitam!


Alkisahnya masa bangun dari tidur tu, aku mamai-mamai je terus berdiri sambil stretching tau. Konon nak legakan sendi dan urat. Pastu baru aku terlintas "eh tak baik terus berdiri lepas bangun tidur." Jadi aku pun duduk la semula kan. Tapi......tahu-tahu aku terjaga semula dalam keadaan terbaring.

Yang aku ingat masa bangun kali kedua tu, mata aku berpinar, mulut aku mumbling apa benda entah, pastu kepala rasa sakit berdenyut serupa terhantuk. Tapi masa tu aku tak terlintas lagi yang aku baru lepas pitam tau. Bodo je aku boleh fikir "Mengantuk sangat ke aku ye? Bila masa aku terlelap balik?"

Lepas lama sikit baru la aku sedar yang aku bukan terlelap, sebaliknya pitam. Sebab tu kepala aku sakit. Masa aku duduk di birai tilam dan tumbang ke belakang tu, kepala aku terhantuk ke dinding. Katil single letak rapat ke dinding kan. Aku pula tinggi. Tak cukup space antara aku dan dinding. Patut la kepala aku terlentok semacam je masa sedar tu.

Bahaya betul. Dah la aku sorang je dalam bilik. Pintu bilik pula kunci. Katakan kalau kepala tu terhantuk kuat di dinding kan, entah-entah kena concussion tak sedarkan diri tapi takdak orang perasan pun. 

Tu pun mujur aku duduk semula atas katil. Jadi walaupun kepala terhantuk dinding, tapi badan jatuh atas tilam. Bilik aku kan sekeliling tu banyak barang. Kalaulah pitam tu masa tengah berdiri, rebah ke kiri mau aku terhantuk kerusi, ke depan dahi aku terhantuk rak buku, atau ke kanan maka kena kat almari pakaian. Tapi nanti semua badan jatuh atas lantai. Sis keding tau. Mau patah riuk tulang.

Maka pengajarannya di sini, kalau lepas baring atau duduk tu, pastikan bangun dengan perlahan-lahan. Tak payah kalut sangat nak diri cepat-cepat. Jangan jadi macam aku yang biar je diri terbiasa dengan gelap mata dan pening kepala tu. Kita ni bukan boleh ramal masa depan. Mana tahu satu hari tu tetiba pitam terus, kan bahaya tu.

Semoga kita sama-sama berwaspada la ya. Ingat... Jangan sampai pitam!!

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Betul tu
    terutama yang dah warga emas macam wak ni

    ReplyDelete
  2. Rest well nasa. Selalu berlaku macam tu bila tak cukup rehat. Jaga diri tau. ^^

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS