Assalamualaikum
Ketam nipah rebus ketuk serai |
Throwback je ni. Beli masa abang ipar aku positif COVID-19 beberapa bulan lepas. Mahal ye ketam nipah seekor RM13. Tu pun aku tak gemar sangat sebab leceh ya Rabbi nak makan pun.
Walaupun aku suka seafood, tapi aku tak suka sangat spesis ketam. Personally rasa tak berbaloi sebab kulit keras, isi sikit. Ketam nipah ni pun elok aku tengah kenyang makan nasi, tapi sebab lama betul nak pecahkan kulit dia untuk dapatkan isi tu, terus aku jadi lapar balik.
Mungkin kena beli king crab yang besar gedang isi penuh dalam part kaki dia tu kot baru aku rasa aku akan suka ketam hehehe. Tapi tu la duit takdak. Nak kena kerja keras ni untuk beli seekor π
Bye dan Assalamualaikum.
tak pernah lagi makan ketam nipah. moga ada rezeki makan ketam besar lepas ni
ReplyDeleteWak kalau makan ketam nipah ni kena cari alu lesung buat ketuk
ReplyDeletekalau ammi mmg prefer ketam nipah ni dari ketam bunga sbb ketam nipah isi confirm ada tak kiralah bulan mengambang ke, bulan sabit ke..
ReplyDeletesebelum masak kena ketuk2 dulu baru rebus..meresap rasa serai tu semua plus senang sikit kerja nak mengopek nanti