Musim baju sejuk kembali ke Kelantan | NaSa

Musim baju sejuk kembali ke Kelantan

in , , by NaSa, December 17, 2021
Assalamualaikum

Sekarang ni dah masuk pertengahan bulan Disember. Kalau kat negara 4 musim, sekarang mereka sedap bergelumang dosa dalam salji. Tapi kalau negara kita ni terutamanya yang duduk di belah-belah Pantai Timur, ini adalah musim apa?

MUSIM TENGKUJUH~~~

Secara tidak langsung juga, ini adalah musim untuk kami berbaju sejuk haha. Mujur aku intern dari rumah jadi sambil buat kerja tu boleh la bergulung dalam selimut ya. Kalau kena ulang-alik pergi pejabat ni jenuh sejuk sampai ke tulang la ditimpa hujan. Dah la sis kulit nipis tak tahan sejuk hehe

Mana tidaknya, pagi hujan, tengah hari hujan, petang hujan, malam pun hujan. Sekejap-sekejap je dia berhenti. Pastu sambung semula barang sejam dua. Tengah malam dia hujan membawa ke pagi tu biasa. Sampai pukul 9-10 pagi pun masih rupa syuruk haaa malas wey nak bangun pepagi πŸ˜‚

Antara makhluk yang hadapi masalah masa hujan ni adalah yang bercermin mata ya. Tengok la aku ni.

Berkabus!!
Ni masa temankan abah ke klinik semalam untuk dapatkan booster dose untuk vaksin di Klinik Primer. Dah hujan kena la pasang aircond dalam kereta. Tapi norma baru ni kena pakai mask pula kan. Tu yang melampau-lampau kabus di cermin spek tu. Jadi kuasa tiga. Menggagau aku turun dari kereta nak ambik payung bagi kat abah sebab tak nampak. Mujur selamat je lintas jalan nak ke klinik tu.

Pemaleh betul assistant klinik sebelah tu kan πŸ˜‚
Tapi dapat ambik sesaje je la gambar ni. Cucuk booster tu tak dapat pun sebab stok vaksin di klinik ni habis. Ramai sangat yang walk-in gamaknya. Medical staff kat situ suruh datang balik minggu depan.

Ateee redha je la aku dengan abah kena balik tangan kosong. Nak buat cemana kan. Staff pun kata bukan tak nak bagi tapi memang ubat tak ada haha takpe la. Harapnya minggu depan masa datang kali kedua tu cuaca nanti cerah sikit. Haru wey redah hujan ni. Jalan licin. Selipar pun tenggelam lopak.

Kelakarnya, lepas sampai ke rumah tu, hujan dah beransur kurang sikit. Dua kali sis kena redha je la πŸ˜‚

Negara kita ni, kalau panas karang, panas sangat. Kalau nak hujan, takde ampun juga basahnya hahaha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS