Ovomaltine Crunchy Cream sedap ke? | NaSa

Ovomaltine Crunchy Cream sedap ke?

in , by NaSa, December 19, 2021
Assalamualaikum

Aku kan... sebenarnya duk kenal serbuk koko untuk buat air tu je yang namanya Ovaltine. Kalau pergi supermarket biasa la nampak benda ni dalam botol kaca macam kat bawah. Ovaltine ni aku fikir macam geng dengan Milo sebab rasa coklat kan. Tapi tak pernah beli pun sebab sis setia dengan Milo haha
 
Baru-baru ni je aku mula perasan yang Ovaltine ni dah ikut jejak langkah Cadbury untuk keluarkan produk chocolate spread yang khas untuk sapu atas roti macam Nutella. Yeee Cadbury pun dah ada chocolate spread ya. Aku dah lama teringin nak beli tapi selain harga yang agak mahal, ianya agak susah juga nak jumpa di kedai. Mujur Shopee dah maju jadi boleh beli la kita order online je.

Alang-alang stok Nutella aku dah habis haritu, aku pun masuk la dalam Shopee lagi kan. Kali ni siap cari lagi seller yang ada jual Nutella SERTA Ovomaltine atau Cadbury tu, lagi baik kalau jual semua 3 brand. 

Tapi tu la susah nak jumpa haha. Kalau ada satu brand ni, brand lain mahal. Gitu la ulang-alik aku pusing dalam kedai-kedai di Shopee tu. Mujur la expiry date setiap satu tu tarik aku ke dunia nyata semula sebab fikir logik, kalau beli semua mana sempat nak makan semua berbotol-botol sebelum tamat tempoh kan. Dah la mahal. Kang tak habis, membazir je.

Timbang-tara balik tarikh antara semua tu, aku putuskan beli Cadbury kemudian sebab yang tu ramai seller jual stok expire Februari 2022. Maka aku beli Nutella yang wajib ada dan Ovomaltine tu dulu.

Beli daripada kedai Shopee @mybakingmart.
Tarikh luput dalam pertengahan tahun depan so tahan lama juga la. Macam biasa Nutella aku beli botol besar terus. Tak main dah botol 350gm atau standard 680gm yang biasa beli di Tesco dulu. Selalunya aku beli yang 1kg terus untuk stok 4-5 bulan tapi sebab ada Ovomaltine ni, maka aku beli yang 750gm je.

Au chakk!
Dua-dua ni botol kaca tau. Berat bapak hahah. Mujur seller bungkus berlapis-lapis dengan kotak dan bubble wrap. Selamat la sampai ke rumah. Kelakar sikit sebab Nutella tu buatan Perancis tau, pastu Ovomaltine tu stok dari Jerman. Tak reti aku nak baca. Dah kena translate pakai kamera Google Lens lol

Bahagian penutup botol dia balut dengan selotep tak nak ia terbuka sendiri.

Gambar ramuan kurang jelas sebab tulisan putih dan kecik. Tapi kalau jelas pun tak guna sebab tak reti baca πŸ˜‚ Tengok tarikh luput tu je la yang menepati nama produk tu di Shopee. Bagus seller tu jujur. 

Ulasan rasa:

Memandangkan ni kali pertama aku cuba chocolate spread selain Nutella kan, memula tu nervous juga sebab takut tak kena dengan citarasa. Tapi sebenarnya Ovomaltine ni boleh tahan sedap juga. 

Kalau tengok gambar di botol dia tu, ada bintik-bintik timbul dalam coklat tu kan, itulah benda yang crunchy tu. Katanya malt (mungkin barli kot). Benda ni rangup rapuh macam bertih beras. Sedap kunyah tapi kalau makan banyak nanti lekat di gigi haha. Part coklat dia tu pun sedap sebab manis just nice je.

TAPI...

Bagi aku, Ovomaltine ni sedap kalau makan macam tu je. Sebab kalau sapu atas roti, rangup bertih malt tu tenggelam sebab mulut kita detect roti je. Manis dia pun tak rasa sangat. Dan masalah bila kita tahu ada coklat tapi coklat tu tak terasa, kita akan cenderung untuk sapu lebih banyak coklat tu atas roti. Aku selalu ada rasa nak buat macam tu tau tapi tak jadi sebab fikir bahaya kalau terlebih gula.

Aku takde masalah ni dengan Nutella sebab Nutella tu letak sikit pun dah terasa manis. Lagipun salah satu bahan utamanya adalah Hazelnut dan bau hazelnut ni kuat juga tau. Try letak banyak mesti nanti kering tekak dan lemas hidung sebab manis sangat dan bau kuat hahaha

Tapi ni pun sebab perbezaan daripada segi bahan la. Nutella tu gula adalah bahan paling banyak kot. Ovomaltine ni letak serbuk koko yang buat air tu dulu paling banyak baru dia buh gula sebab tu kurang manis. Tapi kalau dah orang sapu bebanyak untuk dapatkan manis tu, sama je bergula dia nanti πŸ˜‚

Mungkin kalau Ovomaltine buat macam produk Choki-choki tu lebih sesuai kot. Aku rasa best juga kalau ada dalam tiub kecil yang kita boleh bawa ke mana-mana. Kot rasa penat dan nak sugar boost untuk instant energy, boleh makan Ovomaltine ni. Sedap juga kunyah bertih malt dia tu. 

Tapi siapalah saya nak komplen kan. Lagipun ni cuma rasa dari anak tekak aku je. Orang lain mungkin akan kata yang rasa Ovomaltine ni dah cukup perfect dan lagi sedap. Ikut selera masing-masing la. Tapi so far, aku lebih prefer Nutella untuk sapu atas roti.

Oh ya. Apa beza Ovaltine dan Ovomaltine? Kenapa nama lain tapi aku tulis macam dia berkait?

Tak ada beza pun. Ovomaltine adalah nama sebenar produk tu yang diasaskan di Switzerland. Tapi masa daftar trademark di negara lain, ada orang salah eja nama jadi Ovaltine. Tu yang hilang dua abjad tu. Dah rupa makpak nak daftar nama anak di surat beranak lain, tapi pegawai JPN pekak tulis lain. Kesian πŸ˜…

Doakan semoga nanti aku boleh beli chocolate spread daripada Cadbury pula. Nak tahu sama sedap macam chocolate bar dia ke tidak hehehe

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Cadbury ada jual sapuan rupanya.
    Ovaltine bagi akak boleh tahan sedap.

    ReplyDelete
  2. Ovaltine rasa manis bergula lagi-lagi bila minum air 3 in 1.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS