Masak-masak: Grilled Cheese Ringkas dan Mudah | NaSa
Assalamualaikum

Yeee rasa terpanggil pula nak berkongsi pasal satu resepi yang aku selalu juga la buat kalau ada stok cheese keping dan roti pastu campur pula dengan mood malas nak makan nasi. GRILLED CHEESE namanya. Gitu taste anak tekak ikut mat saleh kejap hehe

Grilled cheese ni salah satu makanan yang popular di USA, paling utama sebab benda ni mudah je nak buat. Ye la negara mat saleh kan kaya dengan keju. Macam-macam jenis keju diorang boleh dapat dengan mudah dan murah. Keju autentik yang bukan kilang proses pun senang jumpa. Tak pelik la kalau mereka makan roti bakar pun letak keju kan. Lain la kita di Malaysia ni keju bapak mahal lol

Suka je aku tengok tekstur dan warna camni kat roti bakar hehe

Bahan-bahan yang diperlukan:

πŸ”Έ 2 keping roti putih
πŸ”Έ 1 keping keju cheddar atau ikut la jenis dan jenama apa pun
πŸ”Έ 2 sudu besar butter
* Gandakan sukatan mengikut jumlah kepingan roti yang diguna

Cara masakan:

  1. Cairkan 1 sudu butter dalam kuali dan bakar roti pertama hingga capai tahap rangup yang digemari. Angkat.
  2. Cairkan baki 1 sudu butter dan kecilkan api. Letakkan kepingan roti kedua.
  3. Sambil roti tu dibakar, letakkan keju keping ke atas roti tu dan lapikkan bahagian atas keju tu dengan roti yang dah dibakar tadi. Pastikan bahagian roti yang dah dibakar tu menghadap ke atas.
  4. Tekan sedikit roti di bahagian atas agar keju melekat elok di kedua-dua keping roti.
  5. Tutupkan kuali dengan penutup dan biarkan sampai roti di bahagian bawah rangup elok dan keju cair sepenuhnya. Pastikan api memang kecil untuk elak roti cepat hangit.
  6. Angkat bila dah puas hati dengan tahap rangup kedua-dua bahagian roti.

Keju nipis jadi dia tak meleleh sangat lepas gigit tu πŸ˜‚
Grilled cheese ni best makan panas-panas sebab masa ni bahagian roti yang dibakar tu masih crunchy. Keju pun cair elok je. Kalau dah sejuk, nanti roti liat dan keju pun dah keras semula. Tak nikmat la haha

Rasa grilled cheese ni??

Sejujurnya kan, dia takde rasa yang menarik sangat pun. Sedap lagi sandwich sardin orang Melayu kita sebab boleh adjust masakan sardin tu letak cili potong, kobis, etc. Jadi ada la rasa manis, masin, pedas, apa semua. Grilled cheese ni cuma ada rasa rangup roti bakar dan lemak masin daripada butter dan keju sikit je. Sampai aku sapu Nutella di atas roti tu takpun cicah cili sos untuk lebih rasa.

Boleh kata bland sungguh taste mat saleh kan hahaha

Tapi bergantung pada jenis keju yang diguna juga sebab lain keju lain rasa dia. Aku setakat guna keju Cheesedale memang tak boleh nak expect kaya dengan rasa la sebab tu keju proses kan. Kalau negara mat saleh tu ada jual dua-dua keju proses dan keju tradisional yang betul-betul peram lama tu. Keju tradisional biasanya lagi banyak rasa. Smoked, nutty, etc. Mungkin sebab tu diorang rasa sedap je.

Dah tu kenapa aku rajin juga buat grilled cheese ni?

Kata kunci utama adalah MUDAH. Cuma bakar roti, letak keju, tunggu sampai cair pastu dah siap. Kenyang juga sebab roti kan sumber karbohidrat. Sesuai la untuk aku yang malas ni. Kalau nak buat sandwich sardin karang jenuh pula nak kena tunggu masak sardin nyeee ingat aku rajin ke hahahah

Tapi mood buat ni tengok ada bajet untuk beli stok keju atau tidak la. Kalau takde, makan roti bakar kosong pun cukup. Kecuali kalau waktu yang betul-betul teringin tu, ada juga aku korek duit untuk beli keju tu. Pastu jimat-jimat je makan 1-2 keping seminggu biar tahan lama πŸ™ˆ

Macam masa PKP mula-mula tahun lepas kan ada juga waktu yang aku terliur teruk sebab bosan nak mampus duduk asrama sorang-sorang tu. Sampai gigih aku pusing merata kedai runcit di UUM cari bahan. Pastu bakar roti dan keju tu guna seterika hah apa ade hal kahkahkah

Desperate times call for desperate measures bak kata orang putih πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. the easiest breakfast deal for my kids during school days

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS