Assalamualaikum
Baru perasan dah setahun lebih aku guna vakum ni tapi tak tertulis lagi kisah dan sejarahnya haha. Alang-alang tahun 2021 dah nak habis ni, jom la kita publish ceritanya. Peram lama-lama buat apa kan.
Kalau pernah baca pengalaman aku kena scam dalam Shopee haritu, akan tahu la yang aku berjaya dapat refund hampir 50% daripada scammer tu (walaupun sepatutnya boleh dispute sampai dapat full refund). Pastu sebab aku memang dah lama nak ada vakum mini yang boleh cuci kawasan kecil-kecilan, aku pun topap duit refund tu sikit dan checkout la vakum Midea ni sebijik.
Midea Stick Vacuum Cleaner 2-in-1. |
Comel kan saiz dia. Warna pun cantik purple gitu. Satu lagi pilihan warna, biru turquoise pun lawa.
Aku beli dari Shopee G-Orange Mall yang cawangan Kelantan juga. Rezeki masa usha kedai-kedai dalam Shopee tu aku jumpa G-Orange ni jual vakum Midea ni harga paling murah iaitu RM73. Harga kedai lain dalam RM78-RM80 gitu. Pastu best sebab sama negeri kan jadi tempoh penghantaran tu lebih cepat.
Yeee dia balut guna plastik clear gitu je kotak vakum aku haha. Bubble wrap takde, mungkin sebab dia rasa vakum ni tahan lasak tak mudah pecah. Tapi kot ye pun balut la dengan plastik hitam untuk cover details barang kan. Ni free je orang tau aku beli vakum π Tapi takpe la yang penting isinya selamat.
UNBOXING! |
Item yang ada dalam kotak Midea Stick Vacuum Cleaner 2-in-1:
- Vacuum + detachable dust cup + filter
- Handle stick
- 1 x Upholstery tool
- 1 x Crevice tool
- User guides
- Warranty card
* Upholstery tool tu yang lebar, beroda gelek-gelek untuk sedut permukaan rata
* Crevice tool tu yang panjang, nipis dan guna untuk sedut celahan yang sempit
Kad waranti ni G-Orange dah cop siap-siap. Tinggal aku je kena isi dan pos sendiri ke pejabat Midea untuk aktifkan waranti tu. Tapi syarat dia kena hantar dalam masa 7 HARI lepas pembelian tau. Aku malas nak kira sama ada tempoh tu kira dari tarikh aku bayar atau tarikh aku dapat vakum tu. Pastu overthinking kalau sampai lambat dan lebih daripada 7 hari tu, nanti tak boleh aktifkan waranti ke?
Maka akhirnya aku tak hantar pun kad waranti tu. Sis pakai kuasa redha je la kalau apa-apa jadi hahaha~
Alkisah penggunaan...
Tujuan aku beli vakum ni sebab memang dah lama ada dalam wishlist. Almaklumlah dah dapat bilik sendiri jadi boleh la hias ikut suka hati kan. Aku pun beli la karpet gebu segulung. Tapi aku malas nak sapu guna penyapu sebab tahu dah habuk halus tu susah nak dikaut. Lagi mudah guna vakum hehe. Ada hikmah la aku kena scam haritu sebab terbuka juga hati aku nak beli vakum ni akhirnya π
Contoh penggunaan vakum Midea:
Saiz vakum ni dah comel, tapi bising tu apak dieee hahahahaha. Tenggelam segala bunyi lain. Aku dah la kalau buat sesi kemas bilik selalu pasang playlist lagu untuk semangat kan. Tapi sekali pasang vakum ni, lagu pun hilang haha. Masa kemas bilik aku kena tutup pintu sebab nanti bising sampai ke luar π
Vakum ni ada 2 aksesori kan:
- Upholstery tool beroda tu okey la nak sedut atas permukaan rata. Tapi sedutan angin dari lubang dia tu macam agak lembut. Kalau guna di permukaan keras macam lantai, function. Tapi kalau di karpet, agak susah nak sedut habuk degil. Better guna vakum tu tanpa tool ni sebab sedutan lebih kuat.
- Crevice tool yang panjang tu best sikit. Boleh tala kat celahan bawah kabinet, antara rak buku, celah katil, memang dia sedut semua. Cuma panjang dia tu lebih kurang 15cm je lepas dipasangkan di dust cup. Jadi tak boleh nak sumbat lebih dalam ke celahan yang kita nak bersihkan. Tak sampai lol
Dan walaupun vakum ni ada handle, aku jarang guna handle tu.
- Satu, sebab handle tu agak nipis tapi vakum tu berat. Aku tolak tak bergerak lol. Dah la sis tak banyak stamina. Lenguh tangan wey berdiri lama-lama pegang vakum ni.
- Dua, jarak antara handle dan suis di vakum tu jauh. Handle ni kan detachable jadi suis tu di body vakum tu je la. Jenuh nak kena tunduk matikan suis lepas siap bersihkan satu-satu kawasan.
Lagipun bilik aku kecik je jadi kalau duduk di tengah bilik sambil tolak vakum ni pun sampai je. Tak perlu guna handle ni pun haha. Kalau guna untuk kawasan lebih besar tu perlu la guna sebab takkan nak melutut masa tolak vakum tu kan. Baik berjalan. Lagi cepat sampai ke tempat yang nak divakum π Dan wayar vakum ni pun agak panjang jadi boleh la nak pusing-pusing dalam jarak 3-4 meter.
Contoh kesan sedutan vakum Midea:
Habuk yang terkumpul tu memang sah-sah disedut kan. Tapi rambut gugur yang kita tak nampak sangat dan tak sedar pun gugur tu turut disedut sekali. Aku pun tak expect rambut bergumpal di filter tu. Kalau jumpa rambut di sarung bantal dan atas katil tu normal la. Rupanya ada juga yang jatuh ke lantai π΅
Rasa botak kejap kepala sebab tak sangka banyak juga rambut aku gugur ya. Ni pun mujur rambut aku paras bahu je. Aku tak boleh bayang kalau orang tu rambut panjang sampai pinggang atau pinggul. Mau penuh dust cup vakum ni dengan gumpalan rambut lebih besar huhu. Jadi kepada anda yang berambut panjang tu, masa untuk invest beli vakum ni sebijik dan rasa botak kepala bersama saya hahaha
Overall, walaupun saiz kecil, vakum Midea ni boleh tahan power. Tapi setakat guna untuk bersihkan kawasan sederhana luas macam bilik aku ni, okey la. Tersedut juga semua habuk yang terkumpul tu pakej dengan rambut gugur. Aku buat sedut sawang labah-labah pun function tau π
Overall, walaupun saiz kecil, vakum Midea ni boleh tahan power. Tapi setakat guna untuk bersihkan kawasan sederhana luas macam bilik aku ni, okey la. Tersedut juga semua habuk yang terkumpul tu pakej dengan rambut gugur. Aku buat sedut sawang labah-labah pun function tau π
Cuma kalau nak guna untuk kawasan lebih luas macam ruang tamu, mungkin perlu vakum yang heavy duty sebab vakum Midea ni agak cepat panas. Boleh guna 3-4 minit straight je pada satu masa. Tu pun dah panas sangat angin yang keluar masa sedut habuk tu. Kalau guna lebih lama, takut enjin rosak.
Ni air vent tempat angin panas tu dilepaskan. Kalau pasang handle dan guna masa berdiri, tak rasa sangat angin ni. Tapi sebab aku guna secara duduk masa bersihkan karpet tu, vent ni rapat ke tangan dan badan jadi angin panas tu rasa la. Kawasan sekeliling vent tu pun jadi ekstra panas. Kalau sentuh, rasa terenjat. Memang kena hati-hati supaya vakum ni tak overheat. Aku dah la tak daftar waranti lol
Kalau nak simpulkan pengalaman aku guna vakum Midea Stick Vacuum Cleaner 2-in-1 ni:
Kalau nak simpulkan pengalaman aku guna vakum Midea Stick Vacuum Cleaner 2-in-1 ni:
Pros:
- Harga mampu milik
- Berkesan untuk fungsi yang dikehendaki
- Mudah disimpan sebab saiz kecil
Cons:
- Bising
- Tak boleh guna lebih daripada 5 minit straight pada satu masa
Yang duduk rumah bujang dan nak vakum yang saiz mini untuk mudahkan kemas rumah, vakum macam Midea ni sesuai. Kalau yang duduk di asrama pun boleh beli. Cuma standby agar tak kantoi je la sebab bising wehhh hahahah. Kang nak bersihkan bilik tingkat 4, dengar sampai ke tingkat paling bawah π
Walaupun vakum ni marhaen, yang penting sis puas hati dengan kualiti yang disampaikan. Takpe ada rezeki pasni kita beli la yang cordless dan heavy duty pula. Senang tak payah berbelit dengan wayar dan boleh guna lebih lama. Beli yang ada function sedut hama ke kan. Boleh bersihkan tilam sekali haha
Bye dan Assalamualaikum.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya π
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then π
Thank you for reading ❤