Review: Oatellia Exfoliating Gel Cleanser | NaSa
Assalamualaikum

Eh lamanya tertangguh review ni ehehe. Sorry la lepas mak aku keluar dari hospital dulu ada banyak juga kerja intern yang tertangguh jadi aku malas nak set up latar untuk ambik gambar.

Walaupun banyak update entri lain sepanjang waktu ni, tapi yang tu barang yang boleh ambik gambar guna latar beshe-beshe. Aku kalau skincare ni kena la guna latar lawa sikit haha (lawa la sangat)

Sepertimana yang sedia maklum, haritu aku jadi beta-tester produk baru Yello Skincare (Yello) kan. Kemudian Alhamdulillah ada pula rezeki untuk menang hadiah PR giveaway mereka. Jadi ayuh la kita tengok apa yang istimewa sangat pasal produk baru Yello ni sampai review boleh menang segala. Yukk~

Oatellia Exfoliating Gel Cleanser (Oatellia)

Baby baru Yello tahun 2021 ni adalah pencuci muka ya. Ada 2 jenis pencuci untuk kegunaan  berbeza ikut jenis kulit. Yang satu lagi tu namanya Oatmino Refreshing Cream Cleanser (Oatmino). Tapi aku review Oatellia dulu sebab masa jadi beta-tester, aku guna Oatellia je.

Rupa bentuk dua beradik ni.
Oatmino tu tunggu dulu yeee...

Bahan-bahan Oatellia Exfoliating Gel Cleanser:

Water, Sodium Lauroyl Methyl Isethionate, Cocamidopropyl Betaine, Glycerin, Propanediol, Butylene Glycol, Salicylic Acid, Avena Sativa (Oat) Meal Extract, Ahnfeltiopsis Concinna Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Coco-Glucoside, Glyceryl Oleate, Propylene Glycol, PEG-120 Methyl Glucose Dioleate, Lactic Acid, 1,2-Hexanediol, Ethylhexylglycerin, Sodium Dehydroacetate, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, Allantoin. (Sumber- Yello Skincare)
Yang aku bold maroon di atas adalah bahan berunsur AHA dan BHAyang juga dikenali sebagai chemical exfoliator. Nama pun 'exfoliating cleanser' kan. Berbeza dengan skrub fizikal yang exfoliate directly di permukaan kulit, AHA dan BHA kelupas sel kulit mati dari dalam untuk galakkan pembentukan sel baru.

Tulisan bold biru tu pula bahan untuk hydrate/soothe kulit. Ni untuk counter kesan sampingan AHA dan BHA tadi sebab biasanya chemical exfoliator ni boleh keringkan kulit. Gitu dua dalam satu cleanser ni.

Walaupun ada AHA dan BHA, tapi parasnya dalam Oatellia ni selamat untuk semua pengguna termasuklah ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak. It's a plus point sebab ada ibu-ibu yang hormon tak stabil kan masa mengandung dan lepas lahirkan anak. Sampai kulit muka pun jadi kusam. Jadi cleanser yang ada chemical exfoliator macam ni boleh la bantu naikkan semula seri muka.

Kegunaan Oatellia Exfoliating Gel Cleanser:

  • To remove dirt and excess oil.
  • To unclog pores.
  • To exfoliate dead skin.
  • To improve dull, uneven skin tone.
  • To reduce acne blemishes.

Ni sebabnya aku cuma dapat Oatellia masa cuba tester haritu. Kesan Oatellia ni lebih sesuai untuk masalah kulit yang aku hadapi masa tu. Walaupun kulit aku normal dan takde jerawat, tapi aku masih banyak tiny bumps dan parut. Pori tersumbat pun selalu sebab kuat berpeluh. Biasalah duduk Malaysia ni kan. Ada waktu cecah suhu 36 celsius, rasa macam dipanggang je dalam bilik ni hah πŸ˜‚

Cara penggunaan Oatellia Exfoliating Gel Cleanser:

​​Use once a day or every other day. Dispense 1-2 pumps onto wet palms and lather it well. Gently massage the skin and rinse it off thoroughly. Proceed with the rest of your skincare routine.
Disarankan guna sekali sehari atau selang sehari sebab kesan AHA dan BHA boleh jadi terlalu kuat pada sesetengah orang. Kalau dah biasa guna produk yang ada chemical exfoliator, boleh je guna hari-hari. Tapi apa-apa pun, seeloknya patch test dulu untuk check reaksi kulit sebelum guna.

Masa jadi beta-tester haritu aku guna 2 kali sehari. Pastu dah beli botol full-size, guna sekali sehari atau bila aku rajin nak cuci muka. Ada hari yang cuci muka guna air paip je. Bapak pemalas lol

Nah gambar kotak because why not? πŸ˜‚
(Klik untuk besarkan)

Alkisah botol:

Sebotol Oatellia Gel Exfoliating Cleanser ni dijual pada harga RM55 dan mengandungi isipadu 120ml. Setiap botol tahan selama 6 bulan lepas pertama kali dibuka. Dan macam biasa, produk Yello Skincare ada space khas untuk tulis bila kita pertama kali buka botol tu.


Tengok warna dia! Aku suka warna botol Oatellia ni sebab kuning ke arah oren yang vibrant gitu. Saiz botol pun bagi aku comel. Muat-muat genggam dalam tangan.

I also appreciate that tulisan pada botol Oatellia ni bukan ditampal melalui stiker, tapi dicetak terus pada botol dan tekstur tulisan tu timbul. Rasa tahan lama la kejelasan tulisan tu sebab kalau guna stiker atau cetakan tak timbul, nanti stiker tanggal atau dakwat comot kalau botol tu banyak kali kena air. Warna putih tulisan tu pun sesuai untuk tunjuk contrast dengan warna botol. Senang baca.


Pumper botol ni pun sis suka sebab tak perlu stopper asing untuk lock spring botol daripada tertekan. Cuma pusing-pusing untuk buka/lock. Simple untuk orang yang penjimat tapi pemalas macam aku.

Bukaan lubang pada hujung pumper tu panjang dan nipis. Jadi setiap pump tu akan keluar jumlah gel yang cukup-cukup. Muncung pumper pun straight dan tak terlalu panjang. Takde la masalah gel terpancut jauh ke depan. It settles nicely on my palm. Cuma pumper tu je keras sikit nak tekan.

((Korang pernah tak guna botol losyen atau sabun yang kena pulas ke atas untuk buka pumper? Gel mandian, syampu dan losyen aku semua botol macam tu dan semua aku menyampah. Sebabnya kalau nak lock, kena tekan ke bawah baru pulas. Membazir je isi yang masih ada dalam straw pumper tu πŸ˜‚))

Alkisah tekstur:



Nampak ke aku tunjuk apa atas tapak tangan tu? Tak nampak? Lemah. hahahahahahah

Warna gel Oatellia ni memang jernih. Dan walaupun nama gel, konsistensi Oatellia agak cair berbanding produk gel lain (contoh, gel rambut). Tapi tak terlalu cair sampai mudah menitik. Think of it likat macam minyak masak? Kalau tangan aku bergerak pun, gel tu mengalir dan meleleh slow je atas tapak tangan.

PALING PENTING, OATELLIA EXFOLIATING GEL CLEANSER NI TAK ADA BAU

Sebab kalau tengok senarai bahan dia memang takde fragrance kan. Maka pemilik kulit dan hidung yang sensitif terhadap fragrance yang kuat, ayuhlah kita bergembira πŸ˜‚


Sepanjang aku guna Oatellia ni, buih yang terhasil lepas campur gel dengan air tu kan aku rasa macam ikut mood dia je nak keluar banyak mana. Sebab aku selalu guna sama je 2 pump gel setiap kali cuci muka. Tapi ada waktu gel tu berbuih banyak gila, ada waktu dia buih-buih manja πŸ˜‚ 

Aku tak kisah sangat sebab either way, masa cuci muka tetap rasa macam urut muka togel je sebab buih Oatellia ni agak cepat hilang. Tinggal rasa kelicinan sabun je lol. Gel cleanser memang standard la tak banyak buih. Tapi tak bermaksud kesannya tak power sebab gel cleanser ni lagi berkesan untuk deep cleansing berbanding foam atau cream cleanser haaaa

Alkisah pengalaman penggunaan:

Secara ringkasnya, Oatellia Exfoliating Gel Cleanser ni berkesan!

Bagi muka aku la.

Hasil gabungan bahan-bahan soothing dan buih gel Oatellia yang tak terlalu banyak, lepas cuci muka, kulit aku rasa bersih tapi bukan jenis yang ketat tegang sebab terlalu kering. It felt just nice. Pipi rasa lembut dan halus je. Kiranya kelembapan semulajadi kulit masih ada lepas cuci muka tu.

Pori-pori yang besar sebab ada kotoran dan minyak tersumbat tu tampak lebih kecil lepas bilas muka. Tempat yang rasa gritty macam kawasan sebaceous filaments di hujung hidung tu pun licin. Biasa ada je rasa berbiji-biji kat situ walaupun aku dah tonyoh dengan micellar water untuk hilangkan lebihan minyak di muka. Tapi masa urut-urut buih sabun tu di muka, jelas terasa biji-biji tu menghilang.

Oatellia juga berkesan untuk kecutkan jerawat. Masa cuba yang tester tu, ada la 2-3 biji jerawat kecik naik di muka aku sebab 10 jam lebih pakai mask di hospital uruskan mak aku masuk wad kan. Tapi hari kedua guna cleanser tu, jerawat aku kering dan kecut. Parut pun beransur pudar lepas tu.

Oleh sebab ni pertama kali aku guna gel cleanser, buih yang tak banyak tu ada la buat aku rasa was-was sikit pasal keberkesanannya. Ala aku basuh baju pun selalu tambah detergent bebanyak sampai berbuih baru puas hati sebab rasa "lagi banyak buih, lagi bersih." Sama la kalau cuci muka pun lol

Cantik tak skaf bulu-bulu saya yang ada telinga ni? :3

Kebetulan haritu aku beli lagi mask dan skrub kunyit Yello, maka aku palatao buat stain test sendiri πŸ˜‚


Hasilnya, kesan kuning daripada mask kunyit tu elok je hilang. Selesai was-was di situ. Tak semestinya cleanser kena banyak buih baru berkesan cuci muka. 

Tapi, amaran awal untuk pengguna yang baru nak guna Oatellia, produk ni mungkin akan sebabkan purging effect disebabkan AHA dan BHA dalam tu. Jadi masa awal-awal penggunaan Oatellia ni, naik jerawat atau whitehead adalah normal sebab 2 bahan tu push sel kulit mati keluar cepat-cepat.

Aku pun kena. Elok-elok sebelum tu cuma hidung gritty dan pori pipi besar, masa minggu pertama guna Oatellia tetiba berlambak naik whitehead di kawasan hidung dan jerawat kecil di kawasan dahi dan dagu.


Depending on your skin type and skincare routine, whitehead dan jerawat tu akan hilang beransur-ansur tapi tak tahu la cepat ke lambat. Aku memula keep track juga bendalah tu naik bila, kat mana, yang mana dah hilang, yang mana ada lagi. Pastu lelama aku biar je hilang sendiri. Kang makin aku tengok, makin aku stress, pastu makin naik jerawat pulak haha. Maka lantak dia.

Satu je yang aku betul-betul perhati, iaitu kesan Oatellia kepada mild eczema di bahagian bawah mata aku. The very same eczema yang rasa terbakar masa guna serum Snowmeric Yello Skincare tahun lepas.


Nampak tak kawasan kulit yang nampak berkilat tu? Tu la punca sakitnya. Walaupun saiznya kecil, tapi sekali kawasan kulit tu rengsa dengan apa-apa produk yang ia tak gemar, pedih nokhorom hahaha

3 hari pertama guna Oatellia, muka aku biasa je. Masuk hari ke-4, kawasan tu rasa panas menyengat terutamanya masa stage pakai serum > moisturiser > toner. Masa cuci muka dan pakai toner je okey. Padahal skincare routine aku pakai produk sama je yang pakai berbulan-bulan sebelum start Oatellia. 

Aku sapu gel aloe vera tebal gila satu muka sebelum tidur malam tu untuk sejukkan muka. Barulah sakit tu hilang keesokan harinya dan aku boleh sambung pakai Oatellia semula. Tapi sekali tu je la sakit. Setakat ni, sampai sekarang dah takde masalah sama. Gedik ye muka aku ni haha

Sesiapa yang ada masalah sama tu, silalah proceed with caution ✌🏻

Kesimpulan

Sejujurnya, harga Oatellia (dan Oatmino) bagi aku memula rasa agak steep sebab sebotol RM55. Aku dari tahun 2018 kot guna sabun buku asam jawa RM3 seketul je. Sebelum tu guna pencuci muka drugstore harga bawah RM25. Jadi bila beralih kepada produk lebih mahal macam Oatellia, agak shocked la πŸ˜‚

Tapi sebab kualiti bahan-bahan dalam Oatellia tu sesuai dengan aku, pastu berkesan pula untuk selesaikan isu kulit aku, maka berbaloi la dengan harga yang dibayar tu. 

Lagipun konsep AHA dan BHA dalam cleanser macam ni bagus untuk beginner yang baru cuba untuk berjinak dengan chemical exfoliator. Walaupun tak seampuh produk AHA/BHA yang pakai dan tinggal (leave-on) atas kulit, tapi boleh la biasakan kulit dengan purging effect tu slow-slow.

Penutupnya, Alhamdulillah tak rugi beli. Cuma buat masa ni, belum ada plan nak repurchase lagi. Bukan sebab tak suka tapi sebab kan dah ada stok banyak daripada hadiah PR giveaway haritu haha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS