Assalamualaikum
Beberapa bulan lepas kan, ada la batchmate aku ni tolong war-warkan pasal permohonan zakat UUM yang dah dibuka kepada para pelajar yang berkelayakan. Salah satu syarat untuk memohon, pelajar kenalah yang dari keluarga berpendapatan rendah.
Memula tu berbelah bahagi juga nak isi. Sebab aku ni macam layak, tapi macam tak layak juga tau.
Layak tu sebab ye la mama abah kan mana kerja sebab dah tua dan sakit. Duit makan bulan-bulan tu memang ihsan daripada adik-beradik yang bagi setiap bulan.
Tapi macam tak layak sebab aku sorang je dalam family yang masih belajar. Macam ada lagi je orang yang lebih memerlukan kan. Memang gitu le mentaliti aku setiap kali dengar pasal zakat ni. Takut nak apply sebab takut terambik hak orang. Padahal aku pun family tak mampu nak bagi duit belanja pun huhu. Memang hidup bergantung kepada PTPTN sepenuhnya je.
Tanya kawan aku tu sama ada aku ni boleh mohon ke tidak, katanya dia pun tak pasti. Tapi daripada aku duk terfikir-fikir je, baik cuba je mohon. Diterima ke tidak tu belakang kira la. Mana tahu ada rezeki kan.
Betul juga katanya tu. Jadi aku bagi details yang diminta tapi tak berharap sangat la nak dapat. Zaman pandemik ni, orang lain yang betul susah mesti jadi lagi susah kan. Baik bagi keutamaan kepada mereka yang memerlukan dulu.
Dan aku pun lupa yang aku ada mohon zakat hahaha. Kekadang je teringat sipi-sipi sekali lalu.
Sampai la tadi ada keperluan yang buatkan aku termasuk dalam Microsoft Outlook guna emel UUM. Dah lama tak buka benda ni tau. Tak banyak benda penting pun. Mostly berita daripada pelbagai jabatan UUM dan Pusat Islam je. Tapi tadi terlintas nak skrol sikit. Tahu-tahu ternampak tajuk "BAYARAN".
Rupanya awal bulan 12 haritu lagi UUM dah masukkan duit zakat tu dalam akaun. Aku je tak perasan. Memang tak check sangat pun akaun tu sejak kebelakangan ni sebab takut nak tengok baki. Baik aku tak tahu ada berapa daripada tahu pastu mula la duk bajet nak shopping di Shopee lagi haha
Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah. Duit ni masuk tepat pada waktunya. Alang-alang stok ubat aku pun dah nak habis sekarang. Jadi boleh la guna buat beli stok ubat sampai tahun depan. Almaklumlah pasni dah nak grad belum tahu lagi ada rezeki dapat kerja ke tidak kan. Kena la berjimat dan rancang kewangan sebaiknya. Jualan murah pun tak pandang sangat dah. Takut kopak lagi.
Semoga rezeki kita pada tahun baru 2022 akan murah sentiasa hendaknya. Dan bagi sahabat-sahabat yang sedang struggle dalam kewangan seperti saya, semoga urusan kita dipermudahkan. Aminnn...
Bye dan Assalamualaikum.
Rezeki tak salah alamat
ReplyDelete