Assalamualaikum
Rombak, rombak, rombak. Itu la kerja aku dengan susunan atas meja ni. Almaklumlah bilik agak kecil jadi sekali letak perabot, memang tak boleh nak sesuka hati susun dah la sebab ruang terhad. Lagipun berat kan. Gila tak kuasa aku nak angkat haha. Lain la kalau meja ni sebab barang kecik-kecik je jadi boleh adjust tambah atau buang bila perlu. Tapi biasanya kalau buang tu jarang la. Aku suka tambah je hehe
Kalah Kabinet menteri kahkahkah
Kalah Kabinet menteri kahkahkah
Setakat ni, ada la 3-4 kali juga susunan meja aku ni bertransformasi. Macam masa awal-awal pindah masuk bilik ni dulu, susunannya agak simple. Cuma ada organizer untuk tinggikan laptop/desktop dan beberapa bekas alat tulis. Macam bawah ni.
Meja ni asalnya ada sekali dengan rak di bahagian tepi tau. Masa ni ada lagi la rak tu di belah kanan aku rapatkan dengan dinding. Tapi pastu aku rasa annoyed sebab potensi untuk letak barang di situ jadi terhad. Maka aku buang papan rak tu.
Aku beli adjustable desktop organizer, maksudnya boleh disusun lebar atau sempit mengikut citarasa.
Organizer ni ada dua bahagian yang terpisah. |
Bukaan maksima organizer ni adalah 60cm, ngam-ngam dengan lebar meja aku. Jadi tak perlu la nak kecilkan jarak antara kedua-duanya dan bolehlah letak lebih banyak barang hehe
Susunan kedua meja aku pun berubah kepada bentuk di bawah ni. Kemas je kan (sebelum bersepah).
Tapi lama-kelamaan aku banyak kumpul alat tulis dan kraftangan, terutamanya pen warna-warni dan berus cat. Pastu aku pula jenis tak boleh kalau susunan pen tu tak ikut warna dalam bekas dia. Berus cat pula tak muat dalam bekas pensel. Dan kedua-dua ni menyampah kalau nak susun dalam bekas bertutup sebab leceh nak kena buka tutup bekas dia setiap kali nak guna kan.
Maka aku pun beli stationery organizer seperti di bawah. Best ada banyak petak boleh letak alat tulis.
Tiga petak bawah tu sepatutnya ada dua kayu lain untuk pisahkan di tengah untuk jadi 9 petak kecil. Tapi set yang seller hantar tu kayu tak cukup. Seller pun bagi refund RM4 dan pujuk aku kata "takpe petak besar boleh simpan barang besar macam buku nota" hahaha comel je. Dan aku tak kisah pun sebab boleh je aku letak hard disk bebanyak kat situ.
Cer tengok video organizing kat bawah. Feeling macam influencer hehe
Mula-mula nak beli organizer lain yang warna putih ada petak kecil dan jenis stackable sebab matching dengan warna dinding bilik. Yang tu comel je nampak macam estetik meja tulis Korea/Jepun. Tapi organizer tu agak mahal untuk setiap unit. Alat tulis aku pula banyak. Mampuih la aku nak beli banyak-banyak kan. Sebab tu beli organizer pasang sendiri yang ni je. Senang susun semua dalam satu rak.
Hasilnya, kemas la sikit susunan alat tulis aku. Senang juga nak ambik apa-apa yang aku nak guna.
Tapi haritu aku rasa terdetik nak ubah lagi susunan sebab makin lama, koleksi alat tulis dan peralatan kraftangan aku makin banyak. Tapi susunan meja yang sekarang ni macam kurang efisien. Aku rasa macam ada lagi cara yang bolehkan semua benda tu disusun dengan lebih kemas.
Jadi, lagi sekali aku beli desktop riser yang sepatutnya diguna untuk letak laptop/monitor desktop hehe
Seperti biasa, pilih warna hitam mengikut tema bilik. |
Organizer yang ni best sikit sebab kayu lebih tebal. Pasang pun guna skru jadi struktur lebih kukuh. Panjang pun panjang sebab cecah 50cm. Sebab tu seronok je sis letak barang bebanyak hehe
Penting organizer ni kena kukuh sebab aku nak letakkan stationery organizer yang ada segala mak nenek pen tu di atas. Bekas sebelah tu pula ada pelbagai stiker manik yang aku guna untuk hias bunga. Berat juga weh walaupun stiker tu nipis. Soalnya aku pantang nampak stiker pelbagai warna, semua aku sebat. Nipis tapi kalau kumpul banyak, lama-lama jadilah setebal buku kan haha
Dan koleksi kertas warna aku pun memang makin lama makin bertambah. Kalau dulu, muat je aku nak susun semua plastik kertas tu di bawah organizer yang aku letakkan laptop tu, tapi sekarang dah tak muat ye. Sebab tu aku perlukan organizer bertingkat yang baru untuk aku bahagikan separuh kertas tu ke bahagian sebelah pula. Biar lebih kemas dan tak sesak susunan kertas tu.
Punca kenapa kertas warna ni bertambah dengan suburnya?
Sebab kat Shopee sekarang dah makin mudah nak cari kertas yang berwarna unik. Ketebalan kertas pun pelbagai. Tak payah dah pusing kedai buku pastu hampa sebab takde kertas yang warna best. Jimat pun jimat sebab ada kedai buku di Shopee tu yang jual kertas ni pada harga yang lebih murah. Sebab tu seronok sis shopping. Following aku di Shopee pun banyak kedai buku dan alat tulis π
Setakat ni la kronologi perubahan susunan meja tulis aku sepanjang lebih setahun setengah ni (Julai 2020-November 2021). Macam-macam juga barang aku beli. Masuk tahun 2022 ni, tak tahu la aku nak ubah apa benda lagi kan. Tapi mungkin juga dia akan duduk diam gitu je nanti sebab mana tahu kalau ada rezeki dapat kerja, aku dah malas nak fikir rombak meja lagi sebab penat kerja haha
Semua organizer yang aku beli dan ubah atas meja ni, hatta meja ni sendiri pun, semua aku beli di Shopee tau. Kalau berminat nak cari juga, boleh je cari guna keyword "Desktop riser" dan "Stationery organizer". Banyak pilihan akan keluar nanti. Murah ada, mahal pun ada. Ikut citarasa masing-masing π
Bye dan Assalamualaikum.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya π
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then π
Thank you for reading ❤