Roti baru Gardenia: Karamel Masin dan Black Forest | NaSa
Assalamualaikum

Bulan November haritu, di Twitter ada terjadi bualan ramai pasal produk terbaru daripada Gardenia. Katanya ada 2 perisa baru yang dah diperkenalkan dalam bentuk serupa roti krim coklat dan jagung Gardenia yang lejen sepanjang zaman tu. Tapi kali ni perisa baru tu jenis eksklusif sikit dan tingkat harga pun lebih mahal daripada roti krim yang perisa klasik tu. Amboi!

Memang bikin tanda tanya la kat aku sebab apa yang istimewa sangat tu sampai harga mahal, kan?

Kebetulan masa keluar haritu aku jumpa roti-roti ni maka sebagai seorang yang curious, kena la sis beli.


Perisa baru yang diperkenalkan oleh Gardenia, Karamel Masin dan Black Forest dengan Kismis. Harga setiap ketul roti ni, RM1.50. Mahal 60 sen daripada roti krim Gardenia yang perisa lain (sebelum harga roti Gardenia dinaikkan berkuatkuasa 1 Disember 2021)

Lepas baca description di plastik roti tu, rasa cam "oh patut la mahal sikit." Sebab roti ni kategori GOLD kekdahnya. Pastu ban roti tu perisa coklat, bukan ban kosong macam roti krim yang lain. Tapi ban coklat tu kan takde la rasa terlebih unik pun. Serupa Fluffy Bun dia yang perisa coklat tu je.
Recycle resepi yang ni je kot haha

Gardenia Quick Bites Gold - Karamel Masin



Kalau tengok packaging, cantik je warna emas tak emas tu. Gambar karamel tu pun cam menyelerakan. Sayangnya macam biasa, ianya ilustrasi sahaja. Tak ada kena mengena dengan bentuk produk sebenar.

Ulasan rasa:

Emmm roti Karamel Masin ni tak memuaskan sangat. Tak tahu la sebab aku dapat yang batch roti kurang bertuah ke cemana. Ada la beberapa faktor yang buat aku tak suka kat roti ni.

Ban coklat - Rasa macam hangit. It was quite suffocating sebab bau roti tu dalam mulut masa aku kunyah rasa overwhelming. Sampai tak rasa sangat inti dia sebab tercekik dengan bau roti. 

Inti karamel - Kedekut gilaaaaaaaaa!! Memang kurang bertuah sungguh la roti yang aku dapat ni sebab inti dia sikit betul. Aku gigit hujung roti tu kali pertama banyak juga tau, tapi takde tanda-tanda inti pun. Gigit kali kedua hampir ke tengah roti baru ada inti. Tu pun sikit je.

Tak percaya? Tengok bawah.

Apo weyyy ciput tu je inti dia??

Tak tahu la sama ada sebab inti karamel tu sikit, atau memang resepi inti tu kurang kick. Tapi inti karamel ni memang tak memuaskan sebab takde rasa macam karamel pun. Rasa masin pun takde. Aku cuba juga makan inti tu sahaja untuk cuba distinguish rasa inti tu tapi macam blank.

Campur roti hangit pula kan. Aku pun tak tahu apa yang aku makan tu. Cuma rasa terbazir RM1.50 je πŸ˜’

Gardenia Quick Bites Gold - Black Forest dengan Kismis


Skema warna untuk packaging roti ni pun cantik πŸ‘πŸ»

Curious punya pasal, gigih aku beli ya. Tapi lepas balik dan baca semula nama Black Forest tu baru teringat, aku tak suka kek Black Forest!!! Dah la ada kismis. Buah kismis tak sedap dalam makanan lain!!!

Kek Black Forest aku tak minat sebab dia kan letak blueberry antara lapisan kek. Bau blueberry kan kuat. As always, aku tak suka benda bau kuat so tak boleh la makan kek tu. Kismis pula aku suka makan kosong je. Kalau buh dalam roti, kek, atau nasi, lari rasa dia.  Memang silap langkah aku beli roti ni πŸ˜…

Tapi dah ada depan mata kan. Nak tak nak, aku makan je la sampai habis. Jenuh tahan nafas hahaha

Inti nampak macam melimpah ruah je huhu

Mujur roti Black Forest ni lebih bertuah sikit. Buka-buka je dah nampak petanda inti dalam tu memang banyak sebab ada kesan meleleh sampai hujung roti. Nampak la yang mesin tu isi inti penuh kan.

Ulasan rasa:

Ban coklat - Untuk perisa Black Forest ni Alhamdulillah dapat roti yang elok sikit. Takde rasa hangit. Rasa sama sebiji macam roti Fluffy Bun coklat yang aku tunjuk kat atas tu. Sedap la basically.

Kismis - Besar dan juicy. Penggemar kismis dalam roti akan suka kunyah kismis ni. Tapi bukan aku haha. Memula aku ingatkan kismis ni dalam inti tau tapi rupa-rupanya dalam roti. Mujur juga. Senang aku nak kutip satu-satu daripada roti tu dan asingkan. Kalau dalam inti krim tu, jenuh pula nak korek kan.

Inti blueberry - Dari segi rasa, aku tak boleh komen sebab aku tak suka blueberry kan (ke ceri entah). Aku pun tak tahu benchmark apa yang sesuai untuk nilai sama ada sesuatu inti berasaskan Black Forest tu sedap atau tidak. Jadi tak boleh nak cakap la sebab kalau ikut lidah aku, nanti bias kata tak sedap πŸ˜…

Tapi dari segi kuantiti, PADU!! Memang tebal betul inti dalam roti ni. Puas hati aku lepas gigit tu bila tengok inti krim penuh di bahagian tengah roti. Jauh beza dengan inti karamel masin yang ciput gila tu.

Yeeee inti tebal macam gini yang kita mahukan!!

Dalam inti tu pun ada biji-biji something tau. Tak pasti pula perisa apa sebab aku tak hayati sangat rasa dia. Makan sambil tahan nafas je roti ni sebab bau krim dia suffocating. Tu pun lama juga nak habis sebab gigih kutip kismis buang dari roti πŸ˜‚ Tapi biji-biji tu rasa macam berpasir sikit la masa kunyah.

Dan nampak tak ketulan kismis yang ada dalam roti tu? Memang besar saiznya ya.

Kesimpulan

Not quite worth the money. Roti Black Forest tu bukan salah dia la sebab roti ok, cuma inti je tak sesuai dengan citarasa aku. Tak berbaloi aku beli sebab kalau makan pun, nikmat roti tu tak sampai kat aku. 

Roti Karamel Masin pula ada potensi untuk aku suka rasa dia tapi sayangnya tak tahu la sama ada batch roti yang bermasalah atau memang kejadian inti dia ciput gitu. Rasanya aku kena beli kali kedua kot untuk buat perbandingan. Manalah tahu kot rupa sebenar dia sepatutnya lebih elok kan. 

Buat masa ni, aku cuma boleh kata roti ni tak berbaloi untuk RM3 aku huhu

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Karamel Masin memang out. Tak best. Tapi Black Forest tu something new. Boleh tahan sedap.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS