Selamat kembali bertugas di negeri sendiri | NaSa

Selamat kembali bertugas di negeri sendiri

in , , by NaSa, December 27, 2021
Assalamualaikum


Alhamdulillah. Selepas lebih 13 tahun, berjaya juga family kami dapat satu berita gembira yang sangat dinantikan ni. Akhirnya, permohonan kaklong untuk bertukar ke sekolah di negeri sendiri diluluskan!

Kaklong dah jadi cikgu ni sejak tahun 2005 ke 2006 entah, aku tak ingat. Tapi memang jauh la posting pertama beliau sebagai cikgu tu. NUN DI SABAH! Tahu tak kenapa? Staf kementerian yang tukang bagi tempat bertugas tu ingat kaklong lelaki, sebab nama dia macam nama yang biasa lelaki guna. Tak terlihat agaknya ada "binti" di tengah nama tu. Tak memasal tercampak ke sekolah pedalaman huhu

Tahun 2012 baru kaklong boleh balik Semenanjung, tu pun minta pindah Kelantan tak dapat. Kalini dia dicampak ke Pulau Pinang. Pun jauh, tapi at least boleh balik kampung hampir setiap minggu kalau ada masa lapang. Berbanding masa duduk Sabah dulu, cuti panjang baru balik sebab tiket flight mahal.

Yang paling happy dengan berita pertukaran kaklong, semestinya 2 ketul budak gebu ni. Almaklumlah sejak baby sampai masuk sekolah menengah, uminya duduk jauh. Ni baru dapat duduk sama negeri.

Tu tu yang baju merah tu paling gedik suka hehe

Sempena meraikan umi mereka dah nak balik bertugas di negeri sendiri, Amir boleh ye jual nama kakak aku kata dia suruh aku buatkan kek coklat kukus untuk sambutan kecil-kecilan. Padahal kakak aku kata "kalau nak kek". Bukan kakak aku nak suruh aku buat kek. Memandai je dia hahaha

Tapi alang-alang ada masa haritu dan ni pun memang berita baik untuk satu family kan, aku bertukang la kejap di dapur. Special occasion gitu. Mujur semua bahan ada. Maka tadaaa siap sebiji kek πŸ˜‹

Bintik-bintik lobang apakah itu....

Kelakar sikit rupa bahagian bawah kek ni berlubang-lubang haha. Haritu kan aku buh cip coklat pastu benda tu cair masa kukus. Pastu sembang dengan makcik FB ni, katanya tunggu kek dah nak masak baru tabur atas tu. Nanti takde la cip coklat tu cair. Tapi aku macam berkhayal sikit masa buat kek ni. Lepas tuang kek dalam loyang, prappp aku tuang sekali cip coklat dalam tu. Tenggelam semua lol

Patut la masa aku cucuk lidi di tengah kek tu, hujung lidi asyik lembap je. Ingatkan kek di tengah tak masak-masak macam kek bahagian tepi. Rupanya tercucuk cip coklat cair πŸ˜‚

Kek yang dah siap

Tuan badan yang diraikan.

Special occasion kan, kek pun kena special sikit la curah ganache atas tu. Saja je aku nak perhabis baki coklat Beryl's yang cair dari Shopee haritu hehe. Low-budget sikit ganache kali ni sebab pakai susu cair je. Whipping cream kan mahei lol tapi takpe yang ni pun tetap sedap dan satu keluarga puas hati.

Tapi kek ni cuma versi penuhkan permintaan Amir je la. Anak ada 2 kan, permintaan pun ada 2 jugak la. Yang si kakaknya minta nak McDonalds haaa ambek kau. Budak-budak jaman now maju betul haha

Malas nak komen lebih sebab yang hasut Amirah untuk minta burger tu sebenarnya aku jugak hahahah. Sekarang kan tengah musim burger Prosperity. Aku duk terliur tapi takdak orang untuk diajak pergi beli. Alang-alang kaklong nak balik tu, kita sekali harung je la sambil menyelam minum air πŸ™ˆ

Terbang lagi duit umi dia hahaha

Burger dah berapa set. Air dengan aiskrim pun entah berapa cawan. Memang meriah maqon-maqon sebab beli untuk satu family terus ada 11 orang. Tu yang 2 kali aku ulang-alik dari kereta nak angkut semua benda ni. Dah la tray air McD ni takde tangkai ke apa, pastu buat daripada kertas pulak. Air dah la berat. Runsing aku takut roboh masa jalan nak ke kereta. Mana tau tragedi haritu berulang lagi 😡

Alhamdulillah murah rezeki kaklong duk belanja family makan. Tu yang berkat agaknya hingga akhirnya berjaya juga ditukarkan ke negeri sendiri. Tahun-tahun sebelum ni berapa kali makan hati sebab mohon-mohon tak dapat. Padahal cikgu lain di sekolah dia dah ramai boleh tukar. Sekolah tu pun dah berapa kali entah bertukar cikgu besar.

Walaupun sekolah baru kalini pun agak jauh dan kena sewa rumah lain sebab jarak lebih 1 jam dari rumah, tapi sekurang-kurangnya masih dalam negeri yang sama. Habis sekolah, nak balik makan kat rumah pun boleh je abah atau abang ipar aku drive pergi ambik. Kaklong pun boleh bawak kereta sendiri kalau dah ada lesen pasni. Takde la setiap minggu terbang beratus beli tiket bas masa weekend.

Tahniah diucapkan kepada kaklong. Dan dengar cerita, ramai juga cikgu lain macam kaklong yang dah diluluskan permohonan untuk bertukar ke negeri sendiri. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Selamat kembali bertugas, cikgu-cikgu sekalian. Teruskan usaha anda menabur jasa mendidik anak bangsa πŸ˜„

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah, bersatu semula dgn keluarga. Besar pengorbanan seorang gurukan.
    Nampak sedap je kek coklat tu :)

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS