Assalamualaikum
Sepatah kata sebelum ulasan filem ni dilanjutkan, OVERRATED.
Kalau sebut pasal filem genre horror atau thriller dari Thailand ni, biasanya expectation agak tinggi kan sebab kualiti filem dari sana banyak yang bukan kaleng-kaleng punya. Jadi masa nampak ramai duk RT pasal filem The Whole Truth ni di Twitter dengan pujian, ada la rasa macam "wow menarik." Tapi tu la... My short opinion pasal filem ni dah disingkatkan macam dalam ayat pertama tadi. Kehkehkeh π€
Tajuk: The Whole Truth
Tahun terbitan: 2021
Negara: Thailand
Negara: Thailand
Ringkasan cerita:
Pim dan Putt adalah 2 beradik yang dibesarkan oleh Mai, iaitu seorang ibu tunggal. Suatu malam, waktu dalam perjalanan pulang dari kerja, kereta Mai dilanggar oleh sekumpulan anak muda yang memandu masa mabuk. Mai selamat tapi dia jatuh koma dan doktor pun tak tahu bila Mai akan sedar. Dan berita ni disampaikan kepada 2 beradik tu oleh datuk mereka yang mereka tak pernah tahu pun wujud.Risau cucu 2 ketul ni takde orang jaga kan, datuk Pim dan Putt ni bawa mereka balik ke rumah dia. Tapi, ada la beberapa benda aneh yang jadi di rumah tu yang buat 2 beradik ni rasa tak sedap hati.
Bermula daripada nenek yang ada dementia dan perangai agak pelik, datuk pun macam biskut kejap ada kejap takde, dan kemuncaknya, 2 beradik ni ada nampak satu lubang di dinding rumah tu. Tapi peliknya, mereka je la yang nampak. Orang lain yang mereka tunjukkan lubang tu semua tak nampak pun.
Jom main lawan tenung mata. |
Pim dan Putt intai dalam lubang tu, dan mereka nampak ada budak dalam ruang tamu rumah yang hampir sama dengan rumah datuk tu. Tapi budak tu selalu dalam keadaan berdarah je. Memula mereka ingat anak jiran sebelah cedera, pastu lama sikit baru mereka sedar yang budak tu sebenarnya hantu lol
Oleh sebab mereka je yang nampak lubang dan hantu tu, pastu kejadian dalam lubang tu pun berubah-ubah, Putt kaitkan lubang tu dengan wormhole theory. Mereka rasa mungkin lubang tu nak tunjukkan pasal something yang dah berlaku di tempat yang sama (rumah datuk tu) tapi pada masa lalu.
Lepas tu keluar la bayang-bayang nak kata ada benda sinister jadi dalam rumah tu dan datuk nenek mereka bukan baik macam yang mereka duk tunjuk sekarang. Sebab tu mak mereka bangun-bangun dari koma terus meroyan lepas tahu 2 beradik tu duduk dengan datuk nenek tu sekarang huhuhu~
Ulasan:
Ma shaa Allahhhhhhh slow nak matiiiiii..........Aku tak kisah tengok filem slow tau asalkan babak dragging tu ada elemen saspens. Boleh la rasa immersed dengan jalan cerita. Tapi The Whole Truth ni slow yang tak banyak benda jadi pun. Bazir 2 jam.
Bagi aku, plot filem ni banyak babak yang tak perlu ada. Contohnya, pasal 2 beradik ni di sekolah. Babak Putt diugut oleh 'kawan' dia pastu 'kawan' Pim pula tikam belakang dia, dua-dua ni topik berat untuk pelajar. Walaupun ada potensi untuk bantu plot, sayangnya 2 benda tu tak dikaitkan elok-elok dengan cerita utama pasal lubang dinding tu. Maka ia jadi disconnected. Kalau tak letak pun takpe kot.
Lainlah kalau 2 kejadian tu ditulis sebagai punca Pim dan Putt jadi stress sampai nampak halusinasi bukan-bukan, termasuk lubang yang tak wujud. Kalau camtu, boleh la ada elemen saspens tu. Kita pun boleh persoal budak-budak ni yang gila atau datuk nenek tu yang gila? Tapi takde kaitan ya. Lepas Pim expose 'kawan' yang rekod video dia mandi untuk jadi bahan ugut tu, takde sambungan dah. Like???
Selain tu, kalau potong babak di sekolah dan tukar budak-budak ni tengah cuti, boleh juga mereka fokus pasal cari maksud sebenar lubang tu. Ada potensi jadi lebih seram sebab mana tahu jumpa sejarah lagi pelik ke kan. Tempoh filem pun tak payah drag sampai 2 jam.
Hantu tak seram. Untuk yang tak suka hantu, anda akan rasa lega sebab budak perempuan tu kekalkan wajah biasa je, cuma diwarnakan hitam untuk tunjuk yang dia bukan orang hidup. Tapi aku rasa agak mehh je la. Mungkin sebab part muntah darah tu tak realistik dan nampak sangat CGI. Cuma backstory hantu ni dan kenapa dia tunjuk lubang ni kat 2 beradik tu terharu sikit. Poor girl π’
Hantu ni nama Pinya. |
Watak-watak ada potensi, tapi agak kurang mantap. Datuk tu overprotective kat Mai sebab Mai anak tunggal dia, tapi masa nak tunjuk yang dia sanggup buat apa saja demi Mai tu, misteri tak cukup. Apoo dia bunuh budak yang langgar Mai tu di terowong terang benderang. Sebagai bekas polis, takkan tak tahu modus operandi bunuh ni elok di tempat tersembunyi? Kalau ada kereta lain lalu, tak ke kantoi? ππ»♀️
Nenek tu pun rasanya boleh jadi lebih pelik. Baru la plot twist masa dia kata dia takde dementia dan datuk tu yang paksa dia makan ubat terasa lebih OMG. Tapi gambaran dementia dia ni cuma pada tertukar Putt dengan ayah dia (Krit) pastu suka paksa Putt minum susu. Walaupun susu tu memang ada maksud tersembunyi (racun actually), tapi cara nenek tu sampaikan kurang umph aku tengok.
Watak 2 beradik tu pula, aku rasa macam kelakar pun ada. Reaksi masing-masing takde nampak muka seram pun walaupun dah banyak kali mereka intai lubang tu nampak hantu. Padahal hantu tu kejap muntah darah la, mengengsot la, dukung baby la, kepala berlubang la. Berani betul korang ya kahkahkah
Tapi kan...aku suka perhati aktres yang jadi Pim tu. Ada iras Alyssa Soebandono (aktres Indonesia)π
Plot twist pasal beberapa watak tu ada yang predictable, ada juga yang okey. Tapi penyampaian tu agak tersumbat sebab semua letak di hujung. Niat mungkin macam nak bagi mindblown sekaligus tapi sekali lagi sebab plot slow kan, maka hujung tu aku dah lost interest. Dah la takde shocking element masa reveal satu-satu kebenaran tu. Aku pun rasa macam "Oh ye ke...tu je?"
Kesimpulan, takde la se-best dan seseram yang orang puji. Expectation sis untuk filem ni selaku filem seram Thailand pun tak kesampaian. Aku rasa nak je minta refund balik masa aku bazirkan tengok filem ni π Dah la masa tengok online tu WiFi buffering tau. Daripada filem ni 2 jam, ada dekat 3 jam baru aku sampai ke penamat. Mujur la sis gigih juga nak perabih walaupun takde mood sangat dah nak tengok.
Cuma satu pujian, tema ableism dalam filem ni adalah satu realiti pahit dan tanda banyak kesedaran perlu dilakukan pasal penjagaan anak-anak kelainan upaya. Respek untuk Mai dan Pim sebab walaupun Putt tempang, mereka sayang Putt macam orang biasa. Tapi nenek tu la cibai sebab memilih nak cucu yang cantik dan cukup sifat macam Pim je. Sampai sanggup racun Putt dan kakak mereka (hantu tu) π’
Bye dan Assalamualaikum.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya π
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then π
Thank you for reading ❤