Assalamualaikum
Sis ada 'mainan baru'~~~ Diterbangkan khas tak berapa khas la dari China hehehe
Cantik tak?? π |
Yeee aku baru beli watercolour set haritu. Ada 90 warna berserta 1 berus air percuma dan semuanya dijual pada harga RM51 sahaja!! Berbaloi wohhh~
Aku ni nak kata pandai melukis tu, memang tidak la. Buat garis lurus pun bengkok, inikan pula nak lukis benda lain yang lagi lawa kan. Tapi watercolour ni aku guna juga la dalam projek quilling art aku sebab nak penuhkan latar kosong untuk bagi naik seri warna kertas.
Credit: Citra Grafik |
Sebelum ni aku guna poster colour Buncho yang ada 12 warna macam atas ni. Untuk warna yang tak adamacam ungu, pastel pink, kelabu, biasanya aku mix warna-warna tu sampai jadi warna yang aku nak. Tapi koleksi kertas warna aku ada lebih 100 warna tau. 12 warna tu memang tak cukup la untuk mix and match tu. Sebab tu terlintas nak beli watercolour set yang lagi banyak warna.
7-8 hari juga aku tunggu dari China sebelum sampai ke rumah tu. Tapi takpe sis penyabar orangnya. Asal selamat sampai kan.
Sayang sikit bahagian penutup besi atas ni kemek sikit sebab selain watercolour set ni, aku ada beli pen kaligrafi sekali. Tapi sebab seller balut dengan bubble wrap tu ketat sangat, campur pula dengan tempoh shipping yang lama, maka pen tu tekan penutup besi tu lama sangat. Sebab tu kemek.
Mujur kesannya kecik je jadi aku tak berapa kisah sangat pun. Isi dalam tu yang penting. Yang paling aku risau sebenarnya kan, kalau blok warna cat tu tanggal dan jatuh, atau paling seram kalau retak seribu. Nanti tak cantik la first impression masa buka tu kan haha
Unboxing!!
Tiru macam influencer buka sebelah tangan.
Alhamdulillah semua blok warna tu dalam keadaan selamat je. Berbaloi la seller balut tebal-tebal sampai terkemik besinya lol. Selain tu, dalam tu rupanya ada penghadang antara kedua-dua belah bekas besi tu supaya kalau tertanggal pun, warna belah sini tak jatuh bercampur dengan belah sana. Nasib baik.
Daripada 90 warna tu, 4 daripadanya adalah warna fluorescent. Ala warna yang macam pen highlight yang kita guna nak warnakan isi penting dalam nota tu. Memang terang betul tau warnanya.
36 yang selebihnya adalah warna metallic. Kalau cat tu, nanti ada glitter berkilat-kilat hehe. Memula aku was-was juga takut glitter tu tak terang sangat. Ye la beli set unbranded yang murah kan. Takut kualiti kureng sikit la. Tapi...tidak sama sekali rupanya. Glitter dalam set warna metallic ni cantik je.
Belah sini semuanya adalah 50 warna solid yang kering dengan penampilan matte. Ada sesetengah tu warna atas dia macam gelap sangat kan, dah rupa warna hitam je. Aku pun memula tengok tu rasa cam ehhhh? Banyaknya warna hitam?? Tapi lepas campur air, warna sebenar dia lain gila hahaha
Contoh macam blok warna gelap yang bawah barisan blok merah dan atas blok biru tu kan, sebenarnya lepas calit dengan berus basah, warnanya adalah hijau!!! π
Contoh calitan warna setiap blok warna. Tunggang-langgang sikit turutan warna sebab aku kejap ikut zig-zag, kejap ikut straight hehe. Tapi isi penting yang mahu ditunjukkan di sini adalah warnanya semua cantik-cantik π
πΈWarna fluorescent tu macam aku kata, memang terang. Sama macam pen highlight aku.
πΈMetallic memang ada glitter berkilat. Blok yang berwarna terang tu sesuai diguna atas kertas putih dan juga kertas hitam. 2 warna terakhir yang putih dan off-white tu je yang cuma sesuai untuk kertas warna gelap. Kalau atas kertas putih, hanya mata orang yang baik-baik je akan nampak haha
Tapi warna metallic ni tak pekat sangat. Kena layer banyak kali baru warna dia jadi terang. Tak pun kalau guna berus yang tak terlalu lembap supaya cat jadi tak terlalu cair. Tapi kena hati-hati juga masa nak sapu di kertas sebab kalau banyak sangat, nanti glitter tu jadi tebal dan berkilat tu tak sama rata.
πΈ Solid colours tu pun okey juga. Ada yang opaque, sekali sapu je dah terang. Ada juga yang kena layer banyak kali baru warna jadi pekat. Tapi overall aku suka je semua. Terutamanya sebab ada warna selain basic colours yang memang sesuai dengan koleksi kertas warna aku yang banyak tu. Tak la penat aku fikir kena campur warna apa nak jadi macam warna kertas tu.
Sekali lagi, pada harga RM51, watercolour set ni memang berbaloi. Sesuai la untuk casual use yang biasa-biasa je, macam aku. Kalau nak bagi untuk kanak-kanak atau orang yang sedang belajar melukis pun sesuai guna untuk praktis sebab murah dan boleh eksperimen dengan banyak warna.
Cuma sedih sikit sebab lepas aku dah beli set yang 90 warna ni baru seller tu tambahkan set 100 warna dalam kedai dia. Harga cuma RM60 je rasanya. Beza sikit je kan kena bayar tu. Ralat juga la masa aku tengok haritu. Kalau dia letak awal-awal, boleh aku beli yang 100 warna tu terus hahaha
Bye dan Assalamualaikum.
Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya π
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then π
Thank you for reading ❤